View: 57884|Reply: 60
|
Adat kahwin Org Bajau Di Sabah
[Copy link]
|
|
Adat Istiadat Perkahwinan Bajau
Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.
Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi murah.
Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami daripada poligami. Dalam perkahwinan Bajau, kebanyakan perkahwinan berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang dan 憄anas?serta akan mendatangkan sial.
Masyarakat Bajau amat teliti dengan perlaksanaan sesuatu majlis perkahwinan. Mereka percaya bahawa perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa, sebaliknya dilaksanakan dengan tuntutan adat dan agama. Suatu ketika dahulu, majlis perkahwinan Bajau berlangsung selama satu hari, satu malam. Sebaliknya pada ketika ini, majlis berlangsung selama dua hari satu malam.
Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan.
Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka.
Setelah bersarapan lebih kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka. Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan khutbah nikah.
Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki.
Beberapa syarat dikenakan kepada pengantin lelaki jika ingin melihat pengantin perempuan di sebalik tirai itu. Jika pihak pengantin perempuan menutup pintu, maka pihak pengantin lelaki perlulah membayar wang tebus pintu atau dipanggil kaukaban lawang. Biasanya pengantin perempuan akan duduk dipelamin dan menunggu suaminya di sebalik tiga lapis tirai. Tirai itu perlulah dibuka selapis demi selapis dengan disertai magjam-jam. Setiap tirai hanya akan dibuka sebaik sahaja pengantin lelaki membayar wang tebus sebanyak mana yang difikirkan patut.
Setelah tirai yang terakhir dibuka, pengantin lelaki perlulah memutarkan kain selendang yang diberikan kepadanya selepas majlis akad nikah tadi, sebanyak tiga pusingan di atas kepala pengantin perempuan. Kemudian, pengantin lelaki tadi perlulah menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jari tangan kanannya. Proses ini dikenali sebagai tutukan yang sama seperti proses membatalkan air sembahyang dalam perkahwinan Melayu.
Selepas majlis persandingan, pengantin lelaki akan terus tinggal di rumah pengantin perempuan selama tiga malam. Dalam tempoh itu, ahli-ahli agama akan bergilir-gilir memberikan nasihat tentang rukun berumahtangga, persefahaman suami isteri dan lain-lain nasihat yang dirasakan perlu. Setelah tiga malam ibu bapa pengantin lelaki akan datang dan meminta izin dari besannya untuk menjemput pasangan pengantin baru itu berpindah ke rumah mereka. Perpindahan itu dikenali sebagai tingkuang. Pasangan pengantin baru itu kemudiannya boleh terus tinggal di rumah pengantin lelaki buat selama-lamanya, jika mereka mahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bah...siapa di sini orang bajau...buleh tlg explain kah
betul kah suku bajau suka kawen dgn saudara2 jaa..
ndak mau orang luar..pendek " kata orang dalam je."
komen..jangan tak komen |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik.
Banyaknya pantang larang...takut sia |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus informasi ni lela!
sia pun tidak tau sama ada kaum bajau masih pegang teguh kepada pantang2 ni, sia bukan orang bajau... |
|
|
|
|
|
|
|
Gud info lela...thread ni patut kena digest ni...
Teruskan lela... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeeBuzz at 29-7-2005 01:12 PM:
Gud info lela...thread ni patut kena digest ni...
Teruskan lela...
Thanks Bee...
Sape lagi bah yang mau cita tentang keunikan dan keistimewa Sabah
kita la bah ni...kita patut berbangga menjadi rakyat Sabah.
MARI BAH... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya sia rindu bah cakap Sabahan
lebih-lebih lagi nak merdeka ni...
heheheheh..
Sabah tanah airku... |
|
|
|
|
|
|
|
akceli lela...dulu aku selalu buka thread2 sebegini...cuba check index...banyak thread berkenaan org kita banyak aku buka...tp sometimes terkilanlah coz sambutan dikit2....well..... |
|
|
|
|
|
|
|
well.. orang sekarang ni tak berapa tau soal macam ni.. kadang nak komen pun susah.. tapi tak apa lah. .kalu baca dapat juga pengetahuan/// |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh..hampir tiga tahun tiada sapa balas posting dalam ni
oklah juga syen kasi hidup balik thread ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu sia ada jumpa youtube pasal adat org bajau kawen.....mana sudah sia letak tu ya....
bah nanti sia cari...sia tepek sini................ |
|
|
|
|
|
|
|
mau tau ja.... dari mana sumber itu cerita...... ada sumber kah? dan bajau dalam itu cerita merujuk kepada bajau mana? bajau KB lain adatnya berbanding bajau semporna dan bajau sebelah2 KK ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun kawin dgn org bajau...tp xda pun adat2 mcm tue...mungkin bajau lain,kan bajau nie brcabang2.... |
|
|
|
|
|
|
|
bajau ni banyak..kota belud...SAMPOLNA....ala2 pela'u....
kadang2 konpius jugak aku mana bajau mana suluk...coz kadang2 tu dua2 mihir.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku bajau baa..
bapaku brunei...
tp darah kuat bajau la pasal tgl d kb kan..
teda suda baaa macam tu..matila ayam..
ramai juga kawin ari ahad...
kalu ari rabu memang tedala baa org maw kawin tyme tu...palui la...
even hari 1 sampai hari 5 memang teda la org pilih date maw kawin tyme tu...
rilek jak family aku kawin..
depend sama family jugak...
kalu kawin len2 bangsa kadang biasa2 jak..
tp kalu kawin 1 bangsa lebih2 lagi 1 kampung..
memang havoc gilak la..
betitik sampai pagi
berunsai sampai pagi
bekaruke sampai pagi..
tp jangan jak ada org mati..
memang gloomy gilak trus tu event...huhu
panjang tul explanation aku taw...kekeke
maka ada lagi ni aku maw tambah...kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
as i know, kalau bajau memang cenggitu la......kalau boleh, dorang nak kawen sesama dorang, meaning mcm yang bersepupu-sepupu tu la.....tapi, kalau kawen ngan org luar pun takder masalah.......tu yang saya tau la........besides bajau neh, banyak kan dia punya cabang2..... |
|
|
|
|
|
|
|
yer la......kan sa dah ckp.......kebanyakkannyer.......tapi kalau mo kawen sama org luar, tak kisah jugak...biasa la kan...bak kata kamu moden suda ba skang nehh.... |
|
|
|
|
|
|
|
sya pernah pegi majlis kahwin org bajau di area2 tenghilan...sana punya adat pun ada lain lg...masa mlm pertama pengantin nda bule tidur...spa2 yg dulu tidur dia yg "jln" dulu...kira mo berjaga lah smpi pagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|