CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20445|Reply: 84

'Jodoh Mas Anizan sudah berakhir'

[Copy link]
Post time 5-10-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode
'Jodoh Mas Anizan sudah berakhir'



KUALA LUMPUR: Bukan sengaja berahsia, sebaliknya bekas model dan pelakon popular era 1990-an, Mas Anizan, 48, memilih menyimpul rapi kisah peribadinya sejak bergelar anak seni lebih tiga dekad lalu.


Bagi pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Sesat Dalam Cahaya pada 1990, kehidupan peribadi menjadi hak privasi dan tidak perlu dikongsi dengan khalayak.


Sejak dahulu, pendirian tetap teguh tidak berkongsi soal peribadi terutama kisah rumah tangga. Namun, kali ini,


Mas Anizan bagaikan hilang kata-kata apabila terbongkar kisah perceraiannya.


Perkahwinan kedua bersama ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang dibina sejak sembilan tahun lalu gagal diselamatkan. Sudah ketentuan takdir, jodoh mereka tidak kekal hingga akhir hayat.


Menerusi Kolum Desas-Desus, sisipan B*POP, Ahad lalu, kisah perceraian wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu terbongkar apabila bayangan ahli perniagaan berkenaan tidak kelihatan pada majlis pernikahan anak sulung, Mas Aliza, baru-baru ini.


Ia sekali gus mencetuskan spekulasi, apatah lagi, kisah perceraian Mas Anizan dan ahli perniagaan berkenaan pernah ditimbulkan sebelum ini.



Kisah perceraian Mas Aniza terbongkar apabila bayangan bekas suami tidak kelihatan pada majlis pernikahan anak sulung, Mas Aliza, baru-baru ini. - Foto Mas Anizan


Bagi pelakon drama Sara Sajeeda dan Hati Yang Dikhianati itu, tiada apa yang perlu diselindungkan lagi.


"Memang benar, saya dan bekas suami sudah berpisah. Apa yang berlaku sudah pun berlalu.


"Sejujurnya, saya terima ketentuan takdir dengan hati yang reda dan sabar. Saya anggap jodoh kami tidak panjang hingga ke akhir hayat. Saya sentiasa percaya soal jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut semuanya ketentuan Ilahi.


"Soal kenapa dan mengapa, biarlah menjadi rahsia yang tersimpan kemas. Seperti yang ramai tahu, saya tidak selesa berkongsi soal peribadi terutama kisah rumah tangga sejak dahulu lagi.


"Bagi saya, kisah peribadi lebih elok tidak menjadi bahan tatapan khalayak. Walaupun saya seorang selebriti, tetapi tidak semua perkara saya boleh berkongsi, itulah prinsip dipegang sejak zaman muda lagi.


"Ada sesetengah perkara perlu disimpan sebagai hak peribadi. Lagipun, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama anak-anak dan ibu," katanya kepada BH Online.


Wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu menafikan, ia salah satu punca dirinya tidak pernah mendedahkan identiti bekas suami hingga berpisah pun tiada siapa yang tahu.


"Segala tindakan dilakukan tentulah bersebab. Saya tidak selesa kehidupan peribadi saya dan keluarga terlalu terdedah pada pengetahuan umum.


"Saya akui, anak-anak menjadi pengguat semangat saya. Mereka sentiasa ada di sisi ketika suka dan duka saya.


"Jujurnya, hubungan saya dan bekas suami masih baik kerana kami memiliki seorang cahaya mata perempuan, Ariana Marissa yang kini berusia 7 tahun. Apapun, bekas suami tetap bapa kepada anak saya," katanya.



Mas Anizan bersama puteri sulungnya, Mas Aliza. - Foto IG Mas Anizan


Mengulas adakah serik berkahwin lagi, Mas Anizan berkata, perkataan serik tidak wujud dalam kamus kehidupannya.


"Namun, saya tetap berhati-hati. Dalam usia matang, tiada apa yang saya harapkan melainkan kebahagiaan dan ketenangan hidup bersama anak-anak.


"Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak kehendak takdir jika bertemu jodoh lagi. Pastinya, saya mengharapkan lelaki beriman yang boleh membimbing dan memimpin saya ke syurga," katanya,


Ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Mas Anizan berkata, dia sedang menghabiskan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati terbitan Global Station yang tertunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga berlanjutan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).


"Alhamdulillah, saya sudah boleh kembali bekerja selepas hampir lima bulan berkurung di rumah. Saya anggap ini rezeki anak-anak," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 01:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd btl la speku kat forum ni yg dia kawin lain lps Ali bapu meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:06 PM | Show all posts
ina_na replied at 5-10-2021 01:59 PM
Jd btl la speku kat forum ni yg dia kawin lain lps Ali bapu meninggal..

Rasanya mmg semua tahu dia kawin lain lepas Ali Bapoo ninggal.  Cuma tatau dgn pasti dengan sapa dia kawin.  And dia bukan anak kacukan melayu inggeris seperti mana artikel ni tulis.  Ke ai yang tatau.  Patut la dah stat belakon balik.  Dah cerai rupanya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:12 PM | Show all posts
asamfish replied at 5-10-2021 02:06 PM
Rasanya mmg semua tahu dia kawin lain lepas Ali Bapoo ninggal.  Cuma tatau dgn pasti dengan sapa d ...

Itulah kan, rasanya dia ni dari area yang agak rural jugakla dekat Perak sana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
madu ngan lyn kan dlu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2021 02:18 PM | Show all posts
takde yg dpt decode ke siapa ex nya itu..
bertaraf menteri kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 5-10-2021 02:06 PM
Rasanya mmg semua tahu dia kawin lain lepas Ali Bapoo ninggal.  Cuma tatau dgn pasti dengan sapa d ...

I pun rasa dia bukan anak kacukan.... sebab kalau betul dia pan asian nama dia time tu dah sebaris dgn sofea jane, julia rais, ramona rahman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2021 02:33 PM | Show all posts
ina_na replied at 5-10-2021 01:59 PM
Jd btl la speku kat forum ni yg dia kawin lain lps Ali bapu meninggal..

btul la kut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 02:37 PM | Show all posts

llyn dah ckp bukan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sesiapa perasan kan..kebannyakan retis yg selalu berlakon watak tempelan..dpat laki mesti kaya dan vvip kan...yg selalu jd watak heroin..kawin org biasa je..
Tak suka nk kaya sbb tumpang harta org..cubalah rajin sikit cari duit sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:57 PM | Show all posts
patutlah urusan perkahwinan anaknya arituh serupa rakyat marhaen
kalau masih berkahwin, tentu lain caranya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:37 PM | Show all posts
uish..tengok dalam gambar masih lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:38 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 5-10-2021 02:44 PM
Kalau sesiapa perasan kan..kebannyakan retis yg selalu berlakon watak tempelan..dpat laki mesti kaya ...

begitulah kehidupan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu

Haaaa iol je ke yang tak tau??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde saper tau siapa suami dia ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis kalau tetiba berlakon balik setelah sekian lama selalunye sbb kembali menjanda
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 5-10-2021 02:37 PM
llyn dah ckp bukan laaa

Brp ramai dah artis yg kantoi propa selama ni? Kalau xda angin masakan pohon bergoyang? Lgpn anak kecik dia tu tersangatlah iras anak2 lynn yg kecik2 suma tu kecuali yg sulung anak dgn yantzen. Mana yang tahu tu bg laa klu sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh ke kalau dah cantik xyah makeup sekilo tp biar natural beauty menyerlah. Tua pun apa salahnya? Ps iols better dari mekap filter segala bagi nampak flawless dan muda remaja.
Tp tu la memang mcm tu kan? Macam si pavithra lepas kena mekap filter semua puji mcm international model. Ni td nampak mekyun pulak. Padahal dia semulajadii sweet. Eh koser pulak iols komen. Suka hati lah kan nak mekap ke nak komen. LOLLL
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 06:30 PM | Show all posts
Takmustahil akan kawin kali ke3

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050666 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list