Remaja 15 Tahun Rogol Sepupu Bawah Umur Di Sarawak, Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney. Kes rogol bawah umur semakin hari semakin membimbangkan pada masa kini. Dilaporkan bahawa, Mahkamah Majistret Kuching telah memerintahkan seorang remaja lelaki untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo atas kesalahan merogol sepupu wanitanya yang berusia 15 tahun.
Tertuduh dihantar ke sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan pesalah muda yang berusia 15 tahun itu dihantar ke sekolah berkenaan selama tiga tahun berkuatkuasa hari ini, setelah meneliti laporan akhlak dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pada 25 Jun yang lalu, tertuduh mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Oleh itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula semalam untuk mendengar laporan akhlak remaja tersebut.
Mangsa mengandung selama lebih kurang tujuh bulan
Mengikut pertuduhan, remaja yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam tersebut didakwa merogol mangsa dalam satu kejadian antara 1 Januari hingga 31 Disember 2019, di kediaman mereka yang terletak di Siburan.
Berdasarkan keterangan kes ibu mangsa (pengadu), dia telah menyedari bahawa terdapat perubahan fizikal pada tubuh badan anaknya (mangsa) iaitu perutnya semakin membesar. Pengadu seterusnya membawa mangsa ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor kemudian mengesahkan mangsa mengandung selama lebih kurang tujuh bulan.
Difahamkan, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan sepupunya (pesalah muda), yang dipercayai tinggal sebumbung dengan mangsa. Sehubungan itu, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan yang lebih lanjut.
Post time 12-9-2021 08:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nak marah nak tuduh dua2 ni bersalah tak sampai hati. Muda lagi tak fikir panjang. Masa ni lah kita kena fikir dimana peranan orang dewasa. Bila tinggal sebumbung, tanpa menerapkan perkara halal haram beginilah jadinya. Semoga kita dan keturunan kita dilindungi dari benda-benda mungkar.
Pendedahan kepada internet dan banyak drama dan movie yang tidak ditapis menyumbang kepada peningkatan kes rogol atau seks suka sama suka dikalangan remaja bawah umur.
Berat tanggungjawab ibubapa di zaman dunia tanpa sempadan ni.
Nak pukul anak anak yg buat kesalahan, tak pasal pasal kena tuduh mendera pulak.
Post time 12-9-2021 09:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni mesti kes bercinta dgn sepupu..sampai mengandung!
Risaunya dgn remaja sekarang. Ibu bapa kena main peranan betul2. Jgn sampai jadi mcm ni baru nk menyesal. Anak perempuan kena jaga betul. Anak lelaki pun sama..
Tgk media sosial, internet skg. Kuat betul pengaruh buruk kpd anak2. Ada yg dh tak malu mengaku gay lesbian. Bercinta sampai terlanjur. Rosak dh fikiran anak2.
Mak bapa mesti bertegas dgn anak2. Jgn manja sgt anak2.
Post time 12-9-2021 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kekadang bukannya rogol tapi lebih kepada nak sama nak. Tapi sebabkan budak pompuan tuew bawah unur, dicaslah rogol. Yang maklap masa depan jantons, yang pompuan terlepas.
Post time 12-9-2021 11:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-9-2021 08:52 AM
Seusia ni ... emosi dan perasaan ingin tahu sangat tinggi ...
serba serbi nak tau ... nak cuba ... ...
Betul apa Fc cakap. Umur muda semua nak dicuba dah lah remaja sekarang mudah terdedah pada benda-benda negative dari internet. Terima kasih Fc bagi banyak tacang hari Ahad ni..santai2 baca forum.
Post time 12-9-2021 11:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Porn, nafsu dan perasaan ingin tahu yg x terkawal. Dari zaman dulu pun dah ada. Lagi skrg ni, accessibility tu di hujung jari.
Nak salahkan ibu bapa pun X boleh juga. Sebab ada je anak pak imam X menjadi. Zaman skrg ni, bekerja sorang nanti cukup2 mkn je. Bila kawal sangat jadi memberontak, kalau lepas sangat perangai menjadi2.
Salah kan diri sendiri. Jangan nak salahkan orang lain lagi2 mak bapak. Kalau sayang kan mak bapak, xde buat perangai macam tu
Post time 12-9-2021 12:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-9-2021 08:54 AM
mak pak sekarang ambik mudah ... takde masa sebab bz kejar duit ... semua serah kat Cikgu
Setuju FC, memang pun , I pernah jumpa masa tu I cikgu tusyen, mak pak punya bz, sampai report kad pun suh I pi sign tau... I malas, korang buat anak jagalah anak sendiri, I pi ngaja aja, bab sekolah mak pak yang urus kan, tak pi jugak... last2 anak sign sendiri bawak balik repot kad tunjuk kat I, bukan tunjuk kat mama ayah depa, mujur lah budak2 tu jadi orang tu pun puas la I smack down pakai mulut hari2 5 kali seminggu...
perempuan lebih teruk rasa nya dengan persepsi masyarakat sekeliling ...
lagi lagi dah mengandung tu ...
yang lelaki nya yer memang kena hukum ...
habis hukuman ... 3 tahun ... bebas lah dia ...
tak berkudis pun pada pandangan masyarakat ...
masyarat masih boleh menerima ... tak seperti yang perempuan ... akan kena cerca seumur hidup...