CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 6

Tebuk Dinding Rumah, Salur Gas Beracun Nak Bunuh Jiran

[Copy link]
Post time 26-8-2021 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga emas ditahan polis kerana didakwa cuba membunuh jirannya menggunakan gas beracun selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor akhbar The Sun, semalam.


Menurut laporan polis, lelaki itu cuba mengepam gas beracun ke dalam rumah jirannya menerusi satu lubang kecil yang ditebuk semasa mangsa keluar membeli barangan dapur.


Apabila mangsa pulang ke rumah, dia menghidu bau asap yang pelik sebelum ternampak lubang kecil berisi tiub yang melekat pada tong gas di luar rumah.




Foto: The Sun




Dia kemudiannya segera menghubungi pihak bomba yang bertindak menutup kawasan rumah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.


Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa sudah terlibat dalam perselisihan faham sejak bertahun-tahun lamanya dan tidak pernah berbaik sepanjang hidup berjiran.


Suspek kini ditahan reman dengan perintah mahkamah bagi memastikan siasatan polis tidak terganggu. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat mana?....
Kodiang? Sik? Ulu tembeling ke?....

Nak upload berita, biarlah lengkap.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:22 AM | Show all posts
kene csi based on baju polis tu jurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:33 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-8-2021 08:32 AM
Ni kat mana?....
Kodiang? Sik? Ulu tembeling ke?....

kan  

berita apa ni tak lengkap, lokasi tak bubuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:37 AM | Show all posts
busuk nye hati dah tua-tua.. kau je la mati
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:38 AM | Show all posts
Kerja sia2 sendiri jugak yang akhirnya dapat masaalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat punya manusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048279 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list