CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3172|Reply: 20

[Sarawak] Acu pisau, sebelum rogol anak saudara

[Copy link]
Post time 25-8-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: Seorang lelaki sanggup mengacukan pisau di leher anak saudara berusia 12 tahun sebelum merogol kanak-kanak itu di dalam sebuah kereta.

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tujuh sebatan atas kesalahan sumbang mahram, serta penjara lapan tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan melakukan jenayah seksual.

Mahkamah Sesyen memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara terbabit secara serentak, bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Ogos lalu.

Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandung mangsa serta tinggal bersama neneknya di dalam rumah sama di Bau.

Kronologi kes tertuduh berusia 44 tahun melakukan  perbuatan tersebut di dalam sebuah kereta diletakkan di sebuah kampung di Bau pada 19 Julai lalu.

Mangsa bersetuju untuk mengikut tertuduh keluar membeli minuman pada hari kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Tertuduh memberhentikan kereta di kawasan semak yang sunyi dan kemudian mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks tetapi mangsa enggan.

Apabila permintaan ditolak, tertuduh terus mengeluarkan sebilah pisau lipat dan meletakkannya di leher mangsa.

Mangsa yang berasa sangat takut dan tidak berani untuk melawan dilaporkan gagal berbuat apa-apa untuk mempertahankan diri.

Selepas kejadian itu juga, laporan polis dibuat namun tertuduh berjaya melarikan diri.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Tertuduh yang mempunyai kesalahan lampau diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen.

Sebelum itu tertuduh beberapa kali berjaya lolos dari operasi polis dan hidup dalam persembunyian hampir sebulan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita terdahulu :
BAU: Seorang lelaki yang disyaki merogol anak saudaranya berusia 12 tahun ditahan selepas sebulan diburu polis.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen kira-kira jam 6.30 petang semalam.

"Suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama sepasukan polis Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah akan direman hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.

Sementara, Poge berkata, usaha memburu suspek dibuat selepas mangsa yang ditemani ibu dan abangnya hadir membuat laporan di Balai Polis Siniawan kira-kira jam 10.47 malam, 19 Julai lalu.

Berdasarkan keterangan mangsa, katanya, suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa merogolnya di dalam kereta di kawasan hutan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2021 08:53 PM | Show all posts
Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandung mangsa serta tinggal bersama neneknya di dalam rumah sama di Bau.

giler la...


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi setan manusia mcm ni!

Elok dihumban ke kolam buaya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg ni yg ada anak tak kira lelaki perempuan pun tak selamat dgn ahli keluarga sendiri. Kena hati2 dan jaga betul anak kalau tinggal 1 rumah dgn saudara lelaki. Sedangkan bapa kandung pun sanggup cabul rogol anak

Bapa saudara mmg setan sanggup cabul rogol anak saudara sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sakit dahhhh manusia sekarang
bila fam sendiri pun dah tak boleh diharap
kes lagi teruk, mak/ayah sendiri buat naya kat anak

abam jail, mintak sebat heol dibahagian kemaluan berkali2. thanks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mendadih..patut la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kes family tolong cover/sembunyi selama dia melarikan diri tu.

Kesian bdk xbsalah last2 jd mangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini jantan banyak puaka. Sila kontotkan bijik yang menjahat dengan anak sedara sundiri. Tak layak hidup dengan orang. Kasi buaya lagi bagus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. kenapa la kes mcm ni dah mula banyak.. kemaruk apakah lelaki2 semua ni…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereputlah jahannam nieyh dalam jel dikerjakan gangster gay. Iols ta boleh tahan dengan kes rogol especially melibatkan bawah umur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. semoga Allah beri kekuatan dan rahmat untuk adik ni nak membesar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 11:15 PM | Show all posts
kmk paling sik rajin baca berita nak macam tok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:46 AM | Show all posts
akuchenta replied at 25-8-2021 08:58 PM
Babi setan manusia mcm ni!

Elok dihumban ke kolam buaya!
rasa nya boya pun jijik nak makan ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:49 AM | Show all posts
akuchenta replied at 25-8-2021 09:01 PM
Skg ni yg ada anak tak kira lelaki perempuan pun tak selamat dgn ahli keluarga sendiri. Kena hati2 d ...
menda camni la buat kita terpikir ...
kat mana salah nya  hingga terjadi camni...

nak kata sebab pergaulan bebas anak2 lelaki dan perempuan ...
ada jer elok dan sangat rapat antara mereka dan tak terpikir pa2 pun ...

sekarang ni... anak lelaki pun tak selamat ... apalagi anak2 perempuan ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:52 AM | Show all posts
dan ada kesalahan mencuri ...

dah tau camni...
patut nya ... family keliling lebih alert dan berhati-hati dari membiar kan anak2 dekat dengan hantu ni... tak kira la abang sendiri ke apa


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:54 AM | Show all posts
mrsbale replied at 25-8-2021 09:08 PM
Mesti kes family tolong cover/sembunyi selama dia melarikan diri tu.

Kesian bdk xbsalah last2 jd ...
dia ni memang dah terer pasal buat jenayah ni...ada kesalahan lampau ... dah ada kes polis ...
mesti dia dah tau kat mana nak sembunyi kan diri

tak pun dia ugut macam dia ungut si mangsa tu dengan pisau


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 06:56 AM | Show all posts
cashewnut replied at 25-8-2021 09:27 PM
Ini jantan banyak puaka. Sila kontotkan bijik yang menjahat dengan anak sedara sundiri. Tak layak hi ...
sian boya weh....dier rang pun jijik rasa nya nak baham


moga dalam nun dia d kerja kan cukup2



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:56 AM | Show all posts
AnnaSendin replied at 25-8-2021 10:21 PM
Semoga mereputlah jahannam nieyh dalam jel dikerjakan gangster gay. Iols ta boleh tahan dengan kes r ...
FC pun doa kan yang sama ...

aamiin ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:58 AM | Show all posts
Vellfire replied at 25-8-2021 11:15 PM
kmk paling sik rajin baca berita nak macam tok
sakit ati jak baca ...

tapi dalam masa yang sama kita ambik pengajaran ...
kena alert benda2 camni tak mustahil berlaku ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 11:17 AM | Show all posts
Sekarang risau dgn keselamatan anak sendiri. Walaupon anak lelaki, tapi bila setan dh berbisik, apa pon boleh jadi kalau iman tak kuat.

Runsing betul la dgn perangai manusia sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.552241 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list