CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29834|Reply: 194

Siti Nordiana Didakwa Buat Dakwaan Palsu, Tak Ikut Standards Kes Saman Fitnah

[Copy link]
Post time 19-8-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Tak habis lagi kisah saman Siti Nordiana,kali ini ia disifatkan sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang.


Kata Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G,segala dakwaan yang dibuat menerusi saman yang dikemukakan Nana adalah tidak tepat.




Foto: mStar





"Kedua-dua anak guam menafikan segala dakwaan yang dikemukakan oleh pihak plaintif. Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.


"Anak guam berpendapat bahawa semua dakwaan yang telah dinyatakan adalah palsu dan percaya bahawa saman ini adalah satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang ke atas mereka," katanya seperti dipetik melalui mStar.


Tambah Hafidzah, anak guamnya tak buat sebarang kenyataan atau percakapan dengan niat jahat.




Foto: mStar




"Anak-anak guam menyangkal dakwaan yang mereka memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas mereka."


Sementara itu Tiga lagi defendan iaitu penyanyi Syura Badron, Lan Solo serta isterinya Sheila Hassim diwakili peguam Alan Razak dan Muhammad Hafiz Hood.




Foto: IG




Sebelum ini dilaporkan, kedua-dua pihak peguan akan berbincang untuk mengadakan mediasi di luar mahkamah. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
belit la selagi boleh! dah tu siti nana ke yg mula2 buat iglive mengutuk defendants?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:40 PM | Show all posts
huk aloh lawyer ni
anak guam mu mungkin tak banyak cakap
tapi diorang ada dalam live tu kan?
so so so????
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:41 PM | Show all posts
ehh kejap, bukan ke yg kata PR FMC tu yang paling banyak cakap
siap tunjuk jari tengah lagi

so tang mana tuduhan palsu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
wowwwww..begini jd nye
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa kata nana fitnah diorng plak... time mencapuk tak ingat ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 02:51 PM | Show all posts
memalukan je hafizah ni...x tgk fakta kes ke...sian...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengumpat dengan bukan niat jahat? Belit macam ular tedung. Terang2 ada bukti video.
Semoga nana menang! Takde rasa bersalah dan semua ego melangit mangkuk ayun ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
danggg tak setel lagi
apa keburuk rambut alan tu
dah kenapa lak nana buat tuduhan palsu?
5 eko tu memang dok potpet pasal dia kot
haiyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:55 PM | Show all posts
takutkan dengan undang2 dunia2 nih...
semoga Allah pelihara mereka yang benar...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile ke mengumpat tapi x berniat jahat? Kaki putar
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nak carut je kat loyer tu tapi kang kena saman lak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan lima orang tu kalah dimahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap sape yg ugut siapa skrg? Dah kenapa deols pula cakap nana bagi ugutan ancaman. Bencinya aku. Ko tgk ke tak live tu wahai loyer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:05 PM | Show all posts
Harap nana tak  mudah keluarkan apa2 kenyataan balas..tengok je sejauh mana boleh pergi dgn  diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 berapa kos lawyer Alan ni ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishhhh rasa tergantung tol..
Blh tunjukkn x apa yg pihak Ct Nana dakwa pihak sblh sana?
Defamation secara public dah terang bak spotlight.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya bg alasan saja saja je kitorg mengumpat engkau. Takde niat jahat apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Clean slate nana have 90% chance of winning. Unless lawyer dia fuck up{:teatime
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak bgi tekanan kat nana supaya settle kat luar mahkamah..no no no nana..fight!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.081271 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list