CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3320|Reply: 21

Bukan Kedai Gunting Je Tutup- Kedai Makan, Tadika, BBQ Orang Jepun Akhirnya Ke

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:45 AM | Show all posts |Read mode







Seorang usahawan dari Jepun yang mempunyai 15 rangkaian restoran BBQ terpaksa menutup semua cawangan dan berhasrat untuk pulang semula ke negaranya kerana tidak mampu lagi bertahan.


Itu antara berita-berita yang semakin banyak di dada akhbar.




Akibat pandemik Covid-19, ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sudah bertahan setahun lebih, namun dengan jangkitan kes yang semakin meningkat, menjual perniagaan mereka adalah langkah terakhir terpaksa diambil.


Menurut Harian Metro, antara perniagaan yang banyak diiklankan untuk dijual ialah restoran, salon, tadika, taska, kedai makan, pusat rawatan kecantikan, bengkel, pusat kurier, pusat memancing ikan, pusat tuisyen, hotel, kedai pakaian, hotel bajet dan perniagaan kurier.


Foto :FB




Usahawan kedai gunting rambut jenama Master's Baber Shop, Thanes Selvakumar, 24, terpaksa menjual satu daripada lima cawangannya pada harga bawah pasaran.


"Saya terpaksa potong gaji pekerja, guna wang simpanan untuk terus bertahan dan terpaksa jual satu cawangan ini. Itupun tiada pembeli walaupun harga bawah pasaran iaitu hanya RM20,000 sedangkan harga sebenar RM40,000."



Foto : FB




Begitu juga dengan perniagaan dalam bidang makanan dan minuman yang dianggap merugikan oleh Muhammad Khairul Asrar Anuuar, 29.

Bekas pemilik Warung Pak Arep di Shah Alam itu terpaksa melepaskan perniagaan yang sudah dijalankan sejak lima tahun lalu.


"Memandangkan kedai makan tak boleh dine-in, jadi tak ramai pelanggan yang datang ke kedai kami. PKP 3.0 ini orang ramai jadi takut untuk berbelanja dan memilih memasak di rumah, jadi kami sebagai peniaga 'sakit' kerana sewa dan gaji pekerja perlu dibayar."



Akhirnya Asrar terpaksa menjual perniagaan pada harga bawah pasaran iaitu RM26,000 walhal harga beli dahulu lebih RM40,000.



"Duit yang saya dapat cukup-cukup makan dan selesaikan semua hutang dan akhirnya saya bersama rakan membuka gerai tepi jalan menjual Kuetiau Kerang Asrar di Taman Putra Perdana, Puchong."



Foto : FB




Malahan bukan rakyat tempatan sahaja terkesan, malah peniaga dari luar negara yang membuka rangkaian perniagaan di Malaysia turut mengalami nasib gulung tikar.


Pengurus Pengurusan Hartanah, Suriani Kamarudin berkata, setakat ini dia sudah menerima lima perniagaan yang hendak dijual.



"Ada empat restoran dan satu hotel tiga bintang ditawarkan untuk dijual pada harga bawah pasaran tapi tiada pembeli lagi. Sedih mereka gunakan semua simpanan untuk buat bisnes di Malaysia dan untuk tutup operasi pun mereka perlu membayar pelbagai yuran."



Hal sebegini tidak dapat dielakkan selagi Covid-19 tidak berakhir atau pun sekurang-kurangnya kes menurun. Anda ada cadangan lain? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Btahan setahun..tmpt aku pkp 1 pn dh byk tutup kedai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 11:08 AM | Show all posts
batmana replied at 13-8-2021 10:52 AM
Btahan setahun..tmpt aku pkp 1 pn dh byk tutup kedai



Kedai banyak tutup, tapi owner kedai tu memang tak reti2 nak bagi diskaun ke, lagi rela biar kedai jadi penunggu agaknya


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nt ada la forumer yg masuk bg cadangan, jual la online, ikut trend sambil menkentedarah kepci kt rumah dgn gaji bulanan tetap masuk tanpa diskaun..

Ikut trend kejadah, kalau penjual beratus jual benda yg sama, pelanggan cuma 2-3 org
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagilah bukak kedai gunting rambut, rambut akak udah persis rambut pontianak harum sundal-sundal dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara tu disini semakin dilonggarkan pulak, yg terbaru customer wajib 2 dos, penjual dh cucuk blh x cucuk pun blh....cobid pun ada sop cuma attack customer jerrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2021 12:00 PM | Show all posts
aku nk pindah umah woii..bl nk bg kebenaran nie??xlarat nk byr 2 umah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:01 PM | Show all posts
aku nk pindah umah woii :mad

bila nk bagi kebenaran? xlarat nk byr 2 umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 13-8-2021 11:22 AM
Nt ada la forumer yg masuk bg cadangan, jual la online, ikut trend sambil menkentedarah kepci kt rum ...

khueen
setakat sembang kt porem je mmg la sume boleh buat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp harga barang ko masyallah mahal yeee.. Cer ko try buat prompsi jual dgn harga rendah xdelah ko rugi byk. Ni x harga mhl ya amat. Ak xckp psl kedai makan yg kne modal and kos barang mentah. Ak ckp barang lain atau perkakas lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. kasihan baca berita macamni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 09:26 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-8-2021 11:32 AM
Bagilah bukak kedai gunting rambut, rambut akak udah persis rambut pontianak harum sundal-sundal dah ...

itu namanya pontianak kepam menyundal siang dan malam sis





Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-8-2021 12:01 PM
aku nk pindah umah woii :mad

bila nk bagi kebenaran? xlarat nk byr 2 umah

Itu la pasal.
Aku nak tukar sinki toilet pon tertangguh2 dah brapa bulan ni.
Tunggu masa je sinki tu nak runtuh.
Adoi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 13-8-2021 10:11 PM

Huh aku dulu sign up pkg facial/massage tengok2 beauty center tu dah fold up sbb covid. Padahal dah 10 tahun gak aku pakai service dia. Burn la duit aku bayar package tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:11 PM | Show all posts
yela, dah 17 bulan kot

kalau 2-3 bulan je terus lingkup, boleh la korang kata tak reti bisnes bagai
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
apa nk buat , negara kita ni based on WHO idea. klu WHO pun dh fedup dgn varian2 covid ni , ok lets live with Covid, nnti bukak la semua sektor ekonomi tu.ni bkn Msia je teruk, almost satu dunia.  nk buat cmne dh tersalah langkah. patut ikut style NZ dulu tu. dh x boleh nk reverse dh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 10:13 AM | Show all posts
potpetpotpet replied at 13-8-2021 10:04 PM
Itu la pasal.
Aku nak tukar sinki toilet pon tertangguh2 dah brapa bulan ni.
Tunggu masa je sink ...

nk tggu abis pkp xtau bl?nk pggl org psg kipas ngan lampu pn xblh..jmb kata nnti menggangu org work from home
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang X Ada kecoh2  pun rebut jawatan Dalam negara...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
bangla pakistan acheh bukak kedai tu bila nak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 12:38 PM | Show all posts
Cari-Azza replied at 13-8-2021 11:08 AM
Kedai banyak tutup, tapi owner kedai tu memang tak reti2 nak bagi diskaun ke, lagi rela biar k ...

takdenya nak tolak ansur. tetap full. siap caj interest lewat bayar sewa lagi.

dengan geng2 komunis dia, boleh je bagi diskaun.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064723 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list