View: 7821|Reply: 23
|
Lukis nak tak nak je, pemuda ini terkejut ‘lukisan orang malas’ pun ramai minat
[Copy link]
|
|
Lukis nak tak nak je, pemuda ini terkejut ‘lukisan orang malas’ pun ramai minat nak beli... nasib baik boleh siap cepat!
Isnin, 26 Julai 2021 2:00 PM
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Foto kiri Adib yang melukis sekadar suka-suka, foto kanan antara lukisannya yang meraih perhatian.
LUKISANNYA mungkin kelihatan seperti satu lakaran conteng, tapi jualannya laku keras!
Begitulah penangan lukisan seorang pemuda apabila setiap karyanya yang dipromosikan di platform e-dagang popular habis dijual.
"Tak dan nak beli. Hmm."
"Alamak. Sold out dah."
"Sold out pula. Baru nak beli. Hmmm kalau bagi gambar sendiri boleh kan?" menurut komen-komen netizen di laman sosial berhubung lukisan yang dijualnya.
Pemuda berkenaan, Muhd Adib Afdzal Taib berkata, lukisannya itu tiada sambutan apabila dia pertama kali memuat naik lukisannya secara dalam talian, minggu lalu.
Namun nasib anak muda berusia 25 tahun itu berubah keesokan hari, selepas seorang pengguna aplikasi TikTok membuat perkongsian mengenai lukisannya hingga menjadi tular.
"Jualan melonjak naik. Rasa terkejut dan terharu sebab ada yang puji lawa. Syukur dapat menghiburkan ramai terutama mereka yang kemurungan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Saya memang minat melukis sejak sekolah rendah. Konsepnya simple sahaja. Boleh dikatakan lukisan orang malas," katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Adib, idea untuk menghasilkan lukisan-lukisan unik itu timbul selepas dia terlihat seorang penjual di platform e-dagang menjual kata-kata semangat.
Secara kebetulan, dia ketika itu sedang membuat suntingan pada sebuah poster untuk syarikatnya menggunakan perisian Photoshop.
"Dari situ saya terfikir kenapa tidak jual lukisan di Shopee. Saya melukis dengan membuat lakaran di Photoshop menggunakan mouse (tetikus).
"Selain wajah manusia, saya juga melukis haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Malah ada juga mahu saya lukis pokok bunga," ujarnya yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Antara lukisannya yang memaparkan figura terkenal sehingga menjadi perhatian ramai adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pengacara Neelofa dan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia mengambil masa antara lima hingga 10 minit untuk setiap lukisan hitam dan putih, dan 10 hingga 15 minit bagi lakaran berwarna.
Setiap lukisan hitam putih dijual pada harga 50 sen, manakala 80 sen untuk lakaran berwarna.
"Saya hanya menjual setiap lukisan serendah 50 sen. Setakat hari ini (Ahad), lebih 400 lukisan terjual dengan pendapatan lebih RM200.
"Ada pelanggan yang ingin menempah untuk staf pejabat mereka sebanyak 60 potret! Ada juga yang ingin bekerjasama membuat cetakan t-shirt menggunakan lukisan saya," ujarnya yang bekerja dalam bidang pemasaran.
Adib bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sebenarnya bukanlah pakar seni lukisan, dan mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan.
"Apa yang saya tahu, ada pelanggan saya mengatakan walaupun lukisan ini conteng-conteng, tetapi kita boleh kenal empunya wajah dalam lukisan tersebut.
"Saya melakukannya sekadar suka-suka dan mahu menghiburkan orang. Pendapatan yang saya peroleh daripada menjual lukisan tersebut hanyalah sebagai bonus tambahan," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Lakaran potret Siti Nurhaliza. |
|
|
|
|
|
|
|
Adib turut melukis potret Neelofa. |
|
|
|
|
|
|
|
Lukisan potret perdana menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakaran Lee Chong Wei. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni retis ker? Citer apa lakon? |
|
|
|
|
|
|
|
adalah nmpak iras2 pada lukisan tu....haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo mungkin sold out sebab pelukis dia herlok juga (taktau la rupa di balik mask tu hauk atau herlok).
Deorang ingat kalau beli lukisan tu dapat pakej sekali dengan pelukis tu. Mesti @Kurex dan @Themilo pun ada DM adib ni nak beli lukisan last2 kena scam sebab tak dapat pelukisnya sekali. Last2 menangis di bucu katil dan menyorok tepi langsir baru jahit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni siapa pula? Artis ke??
Nyahhhh kau ke bod personaliti media |
|
|
|
|
|
|
|
Spatutnya dkt bod kongsi tular.. |
|
|
|
|
|
|
|
kyozsamurai replied at 26-7-2021 05:37 PM
adalah nmpak iras2 pada lukisan tu....haha
hahhaha kan esp abahcow & LCW.. wpun hodoh lukisan dia, tapi boleh cam la sape yg dia lukis |
|
|
|
|
|
|
|
friedfishsoup replied at 26-7-2021 05:41 PM
Ni siapa pula? Artis ke??
Nyahhhh kau ke bod personaliti media
gigih betul mak jah ni bukak new threads kan. berderet2 kat bod gosip.. pitam! |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 26-7-2021 05:38 PM
Ooo mungkin sold out sebab pelukis dia herlok juga (taktau la rupa di balik mask tu hauk atau herlok ...
Jgn percaya disebalik topeng kaka..... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 idea ye sekarang. Tapi not bad dia lukis. Kalau aku lukis, rupa apa pun tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang macam-macam boleh jual. |
|
|
|
|
|
|
| |
|