View: 7958|Reply: 65
|
Ramai Terkilan Dapat Daging Korban Busuk, AJK Surau Lepas Tangan?
[Copy link]
|
|
Orang ramai kecewa apabila daging korban yang diagihkan sebuah surau di Bandar Baru Bangi semalam tidak boleh dimakan kerana sudah berbau busuk.
Seorang penerima yang mahu dikenali sebagai Hadi, 40, berkata, rata-rata penduduk mempersoalkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan.
“Saya terkilan bukan kerana tidak dapat menikmati daging korban, tetapi perkara seperti ini (daging busuk) sepatutnya tidak berlaku kerana ia berkait dengan ibadah korban umat Islam yang mengharapkan setiap agihan memberi manfaat kepada penerima.
Daging seberat 2 kilogram yang diterima daripada sebuah surau sudah berbau busuk dan tidak boleh dimakan.
“Saya percaya lebih ramai lagi penerima terpaksa membuang sahaja daging yang diberikan kerana tidak lagi selamat untuk dimakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Terdahulu Hadi mendakwa, majlis pengagihan itu sepatutnya berlaku pada hari Khamis iaitu hari ketiga Aidiladha, namun dibatalkan pada saat akhir oleh pihak AJK surau tanpa diketahui alasannya.
“Saya datang ke surau sejurus selepas solat asar dan ketika itu lebih 30 orang sudah menunggu, namun selepas setengah jam saya tinggalkan lokasi berkenaan kerana tiada apa-apa berlaku.
“Lebih mengecewakan apabila pihak AJK surau tidak memaklumkan sebarang perkembangan dan kami hanya mendapat tahu majlis agihan daging itu tidak dapat dibuat pada waktu malam,” dakwanya.
Hadi mendakwa, pada keesokan harinya, dia telah dihubungi sahabatnya memaklumkan bahawa agihan daging korban sedang dijalankan dan tidak lama selepas itu dia turut menerima daging berkenaan.
Bagaimanapun katanya, daging seberat hampir dua kilogram itu sudah berbau busuk dan dia dinasihatkan supaya membuang sahaja daging ber-kenaan dengan menanamnya bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.
“Menurut sahabat saya, daging tersebut dikatakan tidak disimpan di dalam peti sejuk selepas penyembelihan.
“Mungkin daging itu disembelih pagi atau tengah hari pada hari Khamis dan agihan dibuat semalam (Jumaat). Mungkin sebab itu daging tersebut telah rosak dan berbau,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Isa, 30-an turut berkongsi kisah sama apabila menerima daging korban yang sudah busuk.
Lebih menyedihkan itu kali pertama dia menerima sumbangan daging korban, namun langsung tidak dapat merasainya.
“Tidak mengapalah mungkin bukan rezeki kami tahun ini mahu merasa daging korban. Tapi yang paling kami sedih adalah sikap AJK surau yang banyak lepas tangan sehingga membuatkan penduduk seperti ‘pengemis’.
“Lain kali beritahu awal tiada majlis agihan daging di surau, tak adalah orang ramai datang berkumpul di surau.
“Ini tidak, malam baru buat pemberitahuan, apa salahnya masa orang ramai beratur terus beritahu agihan tidak dapat dibuat,” jelasnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
management surau pun fail. haiyoooo
apa je lagi yang win dalam malaya ni
sia2 haiwan tu kena korban tapi hasil tak boleh dimakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai org beratur? Patuh sop ke x tu?{:smile
Baidewei, ai xtaw laa practice kt negeri lain,tp kt tmpt ai,org2 masjid tu pegi edarkan daging2 tu kt org kg.. pegi satu2 rumah n bagi daging tu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 25-7-2021 05:28 PM
Ramai org beratur? Patuh sop ke x tu?{:smile
Baidewei, ai xtaw laa practice kt negeri lain,tp kt tm ...
Kat mana2 pun ada je daging diagihkan ke rumah tapi tak semua dapat ler. Ikut nasib. Ni yg datang sendiri ke surau yg mmg jenis nak daging korban ler kot kalau tunggu kat rumah belum tentu dapat. Daging korban tahun ni terhad. |
|
|
|
|
|
|
|
Sia-sia dan membazir |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 25-7-2021 06:13 PM
missbigrockstar replied at 25-7-2021 06:00 PM
Sia-sia dan membazir
Kesian orang yg masuk korban tu. Daging korban terbuang begitu saje, rugi dan sia sia. Ajk masjid tak rasa bersalah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajk surau pun ada juga yang bertelagah. Tiada dalam mana mana akta yang ajk surau mesti seorang yang baik hati dan mulia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pd tuan punya dgg korban,kesian jgk pd org yg tertunggu dgg korban..sampai 2x dtg..dpt pulak dgg busuk ..nk agihkn dgg pon payah..x phm aku!tggjwb ke laut x yah jd ajk surau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cekla at 25-7-2021 06:52 PM
Kat tempat i surau takde buat korban tahun ni sebab kawasan pkpd..hanya ladang lembu yg ada pusat sembelihan dibenarkan dan diberi permit utk korban. So i buat kat situ je. Lepas sembelih dan lapah, pusat sembelihan akan hantar kpd pic, dan pic akan agihkan kpd peserta. Hanya 1/3 daging korban peserta dapat. Lagi 2/3 group pic akan bahagi2kan kpd org2 miskin dan rumah anak yatim. Depa siap ada squad penghantar lagi. Kami buat korban raya 1st..pukul 11pg lembu dah siap lapah. Lepas zohor start agih |
|
|
|
|
|
|
|
2 kg banyak tu.Sayang dibazirkan gitu jaaa
Iols tak dapat langsung daging korban segar tahun ni tp ada la jiran hantar lauk yg dia dah masak.
Mil buat korban pastu dapat lak yg org bagi lagi katanya byk kemain daging. Tp anak cucu jauh takde yg balik plak. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 25-7-2021 06:00 PM
Kat mana2 pun ada je daging diagihkan ke rumah tapi tak semua dapat ler. Ikut nasib. Ni yg datan ...
Yelaa kena dtg sana kan tak best plak rasa mcm terhegeh2 plak.
Kalau dtg takde daging tak ke sesia2. Kuar umah pada waktu skrg ni dah mcm membahayakan nyawa sendiri gak.
Tahun2 sudah sblm covid biasanya ada wakil tmpt tinggal iols akan minta penduduk bg nama sapa2 yg tak balik kg sbb ank bagi daging.
Tp sejak covid ni dah takde dah buat camtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zafira at 25-7-2021 07:22 PM
Bukan kt bangi aje, kt KL ni pun sama tp yg kelola under JAWI. Kami buat korban 2 bahagian. Bila time agihan ramai yg ckp dpt daging dah busuk. Kesian. Pihak ajk surau dah lapor. Alhamdulillah dh diganti dgn daging korban baru walaupun tak bersamaan dgn 6 ekor lembu yg asal. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau peserta korban ni dpt tau daging tu busuk cmtu je mesti sedih kan? Sekor lembu bknnya murah skrg, yg tukang semelih, tukang lapah mcm x berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
Daging kurban tmn iols ni sepnjg 20thn duduk xonh dpt.. Kasi pd kroni masjid sajok |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 25-7-2021 06:11 PM
Kesian orang yg masuk korban tu. Daging korban terbuang begitu saje, rugi dan sia sia. Ajk masji ...
Kalau mcm ni amalan, ibadah org masuk korban ON kan. Bukan salah diorang pun. Salah pihak yg menguruskan. Kesian juga kepada lembu-lembu terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini jalan yang terbaik. Kenapa harus disembelih di surau? Zaman berubah. Tak perlu pun sembelih di surau atau di tempat2 awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya perkara ni mmg berlaku sejak dulu lagi. So sad. Org yang selayaknya tak dpt sbb bukan kroni puak2 surau.
|
|
|
|
|
|
|
|
pengurusan kena lebih teliti la pada masa akan datang..membazir je lagi2 daging korban tu..xkan buat kerja main buat je xde perancangan. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 25-7-2021 08:57 PM
Ini jalan yang terbaik. Kenapa harus disembelih di surau? Zaman berubah. Tak perlu pun sembelih ...
Sebelum2 ni byk ekor lembu korban..kalau tak silap 2 thn lepas 7 ekor penduduk taman masuk korban..surau agihkan kupon..blh dikatakan setiap rumah dpt. Tp musim yg tak byk peserta join..hya golongan miskin dan kurang kemampuan yg didahulukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
xbaik buat mcmtu apala diorg ni pikir, patut lepas da lapah edar je daging tu. now da membazir |
|
|
|
|
|
|
| |
|