"Siapa kay? Rosak budak muda dengan nasihat sampah macam ni."
Akhir-akhir ini kita dihidangkan dengan ramainya individu menggelar diri mereka sebagai pakar motivasi. Sama ada masalah perhubungan, cinta atau pun perniagaan yang memberi nasihat pelbagai, namun ada kalanya ia menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan khalayak.
Terbaharu, segelintir netizen mempersoalkan individu yang memberi nasihat cinta hingga lah menyentuh hal dalam kelambu secara umum di media sosialnya.
Masalahnya apabila dia bertanya soalan berbaur l***h kepada mereka yang belum berkahwin dan ada pula yang mendedahkan dosa mereka.Perlu ke sampai macam tu?
Foto: Twitter
Bagi netizen, pertanyaan sebegitu tidak sesuai didedahkan di platform yang boleh dibaca oleh pelbagai khalayak umur. Lebih-lebih lagi ada yang tidak segan silu menceritakan pula kenangan mereka hingga membawa kepada persoalan siapakah pakar strategi itu?
"Dia memang suka tanya soalan macamtu terbuka & cara jawab direct. Dia mungkin motivator but not badan professional macam kaunselor/ahli psikologi for sure, jadi bukanlah orang yang sesuai untuk dirujuk."
Foto G
Namun bagi segelintir netizen lain, itu adalah cara pakar motivasi memberi kesedaran kepada lebih ramai orang mengenai impak perbuatan negatif tersebut. Malahan ramai yang belajar dari perkongsian itu.
Jadi, apa pendapat anda? Perlukah perkongsian sebegini diteruskan demi kesedaran awam atau sebenarnya ia lebih membuka banyak aib? - CARI
|