Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, 24, yang terkenal dengan suara lantang sememangnya tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya setiap kali keluarkan lagu baru yang berentak balada rock.
Seperti penyanyi-penyanyi lain juga, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari juga gemar membuat "cover" lagu dan kali ini Ara memilih untuk menyanyikan semula lagu legenda penyanyi pop tanah air, Fauziah Latiff.
Nyanyian semula lagu berjudul Gubahan Rindu Puisi Syahdu yang dimuat naik menerusi Instagram Ara sungguh menggamit kalbu hingga menerima ribuan tontonan.
Memang "padu teruk" suara Ara Johari buat "cover" lagu Fauziah Latiff ini dengan versinya yang tersendiri. Rata-rata netizen tergamam dan tak puas mendengarnya!
versi penuh
Untuk info, lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu nyanyian asal Fauziah Latiff ini sememangnya sedia popular sejak diterbitkan pada 1992.
Terdahulu, Naib Juara AJL Ke-32 yang mengalami masalah paranoid akibat Covid-19 sejak tahun lalu sebelum ini mengakui dia sangat berhati-hati pada setiap kegiatan harian yang ingin dilakukan dan lebih gemar duduk di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti kerja seni secara atas talian (online) meskipun sudah divaksin.
padu!
Bagus lah kan kalau tak ada perkara mustahak baik duduk je dirumah musim-musim pandemik ini. Boleh juga lakukan perkara berfaedah atau buat lebih banyak "cover" lagu.
Lagu apa lagi korang teringin nak dengar Ara "cover"? Bincangkan! - CARI
Post time 21-7-2021 12:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ashilalat at 21-7-2021 12:56 PM
Komen utk nyanyian Ara : Not tinggi mmg tiada masalah untuk Ara, boleh je sampai. tp bila dia jerit tu, kemerduan nya hilang. Jeritan dia kadang2 jd out of control. Tak sedap dan x merdu didengar.
As compared to Jee punya versi asal (versi rakaman je lah sbb x pernah tgk pon Jee bawak live lagu ni), Jee punya not tinggi tu merdu dan meruntun hati mcm tu.
Jerit2 untuk sampai not yang tinggi, mmg ramai penyanyi yg boleh mcm ziana, shima, jaclyn, ara ni. Tp kemerduan ketika not tinggi ni x banyak penyanyi yg ada. Yg aku perasan penyanyi lama mcm Sharifah Aini ada kelebihan ni. Kalo yg baru Jee, Siti dan Liza Hanim ada kemerduan ketika not tinggi2 tu.
Setakat ni versi Gubahan Rindu Puisi Syahdu yg aku leh terima ialah versi Liza Hanim je. Sorry Ara.
sebagai peminat jee masa muda suara masih power..
ara punya tak sedap.. takde jiwa.
just tarik2 kosong tak merdu. dia ni serupa mcm si linda nanuwil...
jerit2.. sampai tu sampai tapi gitu jela... nak rasa sedap tu ilekkk...
sorry...
Setuju Ara tak merdu. I dah la kipas susah mati ahkak Jee. TV2 baru ulang collection ahkak Jee Sabtu lepas. Cantik nala rekek masa dia pakai baju hitam merah tu. Sheols is my first girl crush and penyanyi. Zaman tu ada telefon line you can call bila nak dengar lagu. Nombor 600 cenggitu la kalau tak silap. Punya minat dia dulu walau budak hingusan sek ren beranikan diri curi guna phone rumah. Rasanya diaorang charge dalam 3 hengget kot seminit so habis je intro lagu tu terus cepat2 hang up. Tu pun sempat mak iols bebel ni call ke mana mahal sangat ni lepas bill sampai. Sekali tu je la call amek feel lagu ahkak Jee
Post time 21-7-2021 07:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nicolebaby replied at 21-7-2021 02:26 PM
Try to cover this one...antara lagu Jee yang high note memanjang
One of my feberet song...Lagu ni termuat dalam album Tiada Noktah Cinta dan Koleksi Emas Vol 2.
ada satu HMI tu Jee nyanyi lagu ni.
Tp aku rasa dia miming. Susah nak mampos lagu ni. Kalau ada bbnu boleh bawak dgn merdu lagu ni, aku akan automatik suka bbnu tu. Hahaha.