View: 2391|Reply: 20
|
Padah Membiarkan Tuhan Mengawal Kereta
[Copy link]
|
|
Columbus: Seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat cedera dalam kemalangan selepas dia memohon supaya 'tuhan' mengawal kenderaannya.
Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi 'menguji' takdir hidupnya ketika kereta itu dipandu pada kelajuan 193 kilometer sejam.
Portal Oddity Central melaporkan, pihak berkuasa berkata, kereta itu dipandu wanita berusia 31 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun.
Kejadian berlaku pada tengah malam di Beachwood, 15 Jun lalu.
Imej rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita berkenaan tidak menghiraukan lampu isyarat merah dan terus memandu keretanya sebelum kenderaan itu melanggar tiang dan dua kenderaan lain.
Pelanggaran kuat itu menyebabkan kereta berkenaan terhenti di depan sebuah rumah di jalan berkenaan.
Foto: Agensi
Bagaimanapun, dia dan anak perempuan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Ketika disoal siasat, polis terkejut apabila wanita itu mendakwa berbuat demikian kerana mahu 'membiarkan Tuhan mengawal kereta.'
Dia kehilangan kerja baru-baru ini dan mengalami pelbagai tekanan untuk meneruskan hidup.
Namun, dia hilang pertimbangan dengan menekan pedal minyak kereta untuk menguji 'takdir yang ditetapkan tuhan.'
Selepas mendengar penjelasan pelik wanita itu kemudian dibawa ke hospital tempatan untuk ujian dadah dan alkohol, namun keputusannya adalah negatif.
Wanita itu juga tidak mengalami sebarang sejarah masalah mental sebelum ini. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian lah tak tahu konsep qada qadr ni.
kalau macam ni senang - dok tengah jalan raya yg sibuk and biar diri kat tetengah jalan , mati ke tak kena langgaq
ini dah masuk kategori mudharat diri sendiri , bunuh diri yg memang sengaja. |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah kenapa???? ingat tu tesla??? dengan bawak anak nyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
nak mampus pon .jangan susah kan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku...sedang memikirkan...apa 'tanggapan dia mengenai TUHAN'...selepas kemalangan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti dia sedang hadapi masaalah sebab tu dia mula nak menyalahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni bole uji takdir lompat kat kolam buaya |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: Aku...sedang memikirkan...apa 'tanggapan dia mengenai TUHAN'...selepas kemalangan berkenaan.
Dia kena naik tesla baru dia kenak tuhan. Kalau naik myvi rasanya dh jd tin milo
Bila org depress needs something untuk di salahkan. Bila stress otak akan fokus surviving bukan fikir solve the problems.
Hanya yg pernah lalui fasa depress je tahu kesakitannya |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni mungkin tak masuk akal
orang buat macam ni maybe dia dah give up buntu
so dia end up buat macam ni ..
dia betting 50-50
if dia mati, mati lah .. if hidup means God still loves her and the kid
she puts everything on God hand ..
if dia survive tapi cedera parah or not .. dia akan teruskan hidup walaupun dia suffered
tak semestinya buat macam ni kena ada sejarah masalah mental
most of us akan kata why nak babitkan anak
maybe time tu kebetulan it slipped in her mind ...
do this walaupun ada anak kat sebelah
furthermore, maybe dia single mother ..
cuma andaian saya ... tak semestinya betul dan tepat
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 19-7-2021 03:32 PM
Aku...sedang memikirkan...apa 'tanggapan dia mengenai TUHAN'...selepas kemalangan berkenaan.{:1_550: ...
Mungkin iman bertambah. Sebab patutnya dalam keadaan gitu dia dan anak dia dah mati tapi ni hidup pula. Kecederaan tak serius pula tu. Must be God'a angels protecting me, thank yiuoooo lawdddd. Katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kelebihan orang beriman semakin besar ujian semakin naik derejat
|
|
|
|
|
|
|
|
kat Malaysia pun lagi ramai- tak pakai mask kehulu kehilir kata tuhan akan lindingi mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey there Lord it's me
I wondered if you're free
Or not asleep
This just won't keep
It seems I just don't see
Why all the things we asked
Or prayed would come to pass
Have gone unheard
Like silent words
That slip into the past |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib la nak, ko dapat mak gitu
Mesti budak tu jerit2 ketakutan |
|
|
|
|
|
|
|
Siann ramai yg tertekan... |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 19-7-2021 03:34 PM
Pasti dia sedang hadapi masaalah sebab tu dia mula nak menyalahkan.
Yepp.. aku dulu pun mcm tuu.. kita nak cari jln kita nak cari penyelesaian...wpun kita buntu sebenonyaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 19-7-2021 08:19 PM
itulah kelebihan orang beriman semakin besar ujian semakin naik derejat
Ontahh.. tp aku antara yg tak mampu berhdpn ujian.. bila ujian dtg bg aku ini sbb aku ade dosa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni praying fr jesus to take the wheel secara literal. Betol2 hit rock bottom. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama peel antivaksin ummah Melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin akan diluaskan dada,hidup nampak lagi cahaya dan fikir lebih +ve, selepas menerima dugaan yang kuat, kemudian selamat pula dari kemalangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|