View: 11182|Reply: 80
|
Haneesya Hanee Dah Tak Laku?
[Copy link]
|
|
Nama model, pelakon dan penyanyi berwajah manis, Haneesya Hanee, 22, pernah mencetuskan gelombang sensasi pada awal perjalanannya melangkah ke dunia persada seni.
Bukan hanya gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik selepas 72 jam menerimanya, malah beberapa video miripnya sedang berparti di sebuah kelab malam turut menjadi tular.
Itu belum lagi pelbagai bentuk penghinaan mengenai warga kulit yang harus ditelan bulat-bulat gadis kacukan Melayu-Arab itu. Lebih mengguris hati ada netizen menjadikan Haneesya atau nama sebenar, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan sebagai bahan jenaka dan menyamakannya dengan objek berwarna hitam.
Foto: IG
Apa sahaja ujian diterima tidak sesekali menjadi mematahkan semangat pelakon yang mula mencuri perhatian menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek dan Curi-Curi Cinta itu meneruskan perjuangan hingga akhirnya nama dijulang peminat sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, dua tahun lalu.
Namun, nama penyanyi lagu Mengejar Mimpi itu bagaikan hilang sengat, sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja jarang kelihatan di kaca televisyen (TV), malah, kali terakhir dilihat membintangi drama Tirai Keinsafan pada 2019.
Ramai mula melemparkan persepsi, Haneesya yang memulakan kerjaya seni menerusi teater Siti Di Alam Fantasi pada usia sembilan tahun itu sudah tidak laku ekoran kekurangan tawaran sejak namanya menerima pelbagai impak buruk.
Bagaimanapun, Haneesya menafikan tanggapan berkenaan. Sambil menjelaskan, masih berlakon, cuma impak pandemik COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) menghalangnya menjalankan aktiviti seni termasuklah penggambaran kerap tertunda.
Perlahan suara di hujung talian, Haneesya berkata, dia masih menerima tawaran lakonan. Jika diikutkan, kini sepatutnya menjalankan penggambaran drama tetapi terpaksa akur dengan situasi semasa.
"Secara jujurnya, minat saya terhadap lakonan tidak pernah pudar. Saya akui, kurang menerima tawaran berlakon dalam satu tempoh sebelum ini. Namun, keadaan ini tidak lama, saya kembali menerima banyak tawaran berlakon, tetapi diuji pula dengan pandemik COVID-19.
"Jadi, nama agak tenggelam dan suram apabila banyak projek drama tidak dapat dilaksanakan. Secara kebetulan, saya sempat aktif berlakon hanya seketika, sebelum pandemik menyerang seluruh dunia.
"Sebenarnya saya ada sahaja menerima tawaran berlakon, tetapi disebabkan PKP tidak membenarkan penggambaran dijalankan, banyak projek drama terpaksa ditunda," katanya kepada BH Online.
Haneesya berkata, dia sepatutnya menjalani penggambaran drama, bulan lalu namun disebabkan ia juga tertunda apabila fasa satu PPN dilaksanakan.
"Sebelum itu, saya terima beberapa tawaran, tetapi semuanya sama, terpaksa ditunda. Ada juga banyak kali ditunda hingga akhirnya dibatalkan. Kali terakhir saya membintangi drama sekitar tiga bulan lalu.
"Bagaimanapun, saya tidak hanya mengharapkan kerjaya lakonan, saya juga diberi peluang bergelar pengacara menerusi program Diva The Boss terbitan RTM.
"Rakaman program ini masih belum selesai. Saya masih ada dua episod lagi untuk diselesaikan," katanya.
Justeru, pelakon yang bakal membawa nama Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss City Tourism yang akan berlangsung di China pada Oktober depan itu berkata, dia tidak akan sesekali berputus asa dengan dunia lakonan.
Jauh di sudut hati, Haneesya berkata, dia sedih mengenangkan persepsi netizen yang menganggapnya sudah hilang dari radar dunia hiburan.
"Saya sedih sangat apabila ramai melemparkan tanggapan sedemikian. Lakonan adalah jiwa saya. Mana mungkin saya meninggalkannya memandangkan minat berlakon sejak kecil.
"Namun, apakan daya, kita perlu akur dengan situasi pandemik COVID-19. Dalam masa yang sama, saya jadi bersemangat apabila menerima pertanyaan ramai peminat.
"Mereka kerap bertanya bila saya mahu kembali berlakon. Sebenarnya, ramai menunggu drama terbaharu lakonan saya, ia sedikit sebanyak buat saya rasa terharu dan dihargai.
"Dahulu saya memang takut peminat melupakan saya, tetapi sekarang, saya lebih percaya dengan perancangan Allah SWT," katanya.
Katanya, dia tidak hanya duduk menggoyang kaki di rumah, sebaliknya giat menjalankan perniagaan penjagaan rambut.
"Saya memulakan perniagaan ini pada fasa PKP sejak September, tahun lalu. Mulanya, perniagaan ini agak perlahan, tetapi setakat ini, Alhamdulillah, sambutan semakin baik.
"erniagaan inilah menjadi sumber rezeki pada masa kerjaya lakonan tidak dapat berjalan seperti biasa. Itulah yang dikatakan, perancangan Allah kita tidak tahu.
"Tatkala diuji dengan projek drama sentiasa tertangguh, namun Allah permudahkan perjalanan perniagaan. Semuanya berjalan lancar, tidak pernah berdepan dengan ketiadaan pelanggan dan sebagainya," katanya.
Gadis tinggi lampai itu berkata, dia kena reda sekiranya Allah menetapkannya kurang berlakon, tetapi berjaya dengan dunia perniagaan.
"Saya reda apa sahaja ketentuan Allah, asalkan saya masih boleh mencari sesuap rezeki buat keluarga.
"Dalam hidup, saya hanya ada ibu dan adik-adik sahaja, jadi merekalah faktor utama yang membuatkan saya terus berusaha. Keluarga sentiasa percaya kepada saya, nasihat mereka supaya saya tidak cepat mengalah," katanya.
Sebagai anak sulung, Haneesya akui, dia perlu kuat menempuh setiap ujian supaya menjadi contoh kepada dua adiknya.
Haneesya turut tidak putus-putus berterima kasih kepada BH atas kejayaannya menembusi senarai Top 5 dan seterusnya, mengungguli trofi Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH 32.
Baginya, ABPBH membentangkan pelbagai rezeki buatnya. Bagaimanapun, kemenangannya juga menyebabkan banyak syarikat produksi tidak berani mengambilnya berlakon bimbang mengenakan harga yang tinggi.
Jelas Haneesya, dia bukan seorang yang suka meletakkan harga, apatah lagi, masih hijau dalam dunia lakonan.
"Banyak pihak produksi bertanya harga terkini saya selepas menang ABPBH 32. Saya tidak pernah menaikkan harga sebab saya tahu, saya masih hijau dalam dunia lakonan. Tidak mungkin saya mahu meletakkan harga tidak masuk akal.
"ernah juga terfikir mengapa saya perlu menang jika hasilnya sebegini, tetapi apabila fikir semula, kemenangan ini adalah hasil usaha peminat saya.
"Saya bersyukur disebabkan ABPBH 32 nama saya semakin dikenali. Saya amat terhutang budi dengan BH dan ABPBH kerana menaikkan nama saya," katanya.
Haneesya berharap, syarikat produksi memberikan peluang untuk menghidupkan karakter berbeza, selain watak antagonis.
Katanya, dia mahu mencuba dan mempelajari pelbagai jenis karakter dalam lakonan.
Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah bermaksud tidak gembira diberikan kepercayaan menjayakan watak antagonis, cuma mahu memperlihatkan sisi berbeza dalam lakonan.
"Setakat ini, ramai yang suka apabila saya melakonkan watak antagonis. Watak Zaza dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek orang ingat hingga hari ini.
"Bagaimanapun, saya juga ada keinginan mencuba watak lain yang lebih mencabar. Jika boleh saya mahu menerokai semua jenis watak.
"Saya juga terbuka melakonkan watak komedi seperti drama yang dijayakan bersama Ropie Cecupak, baru-baru ini. Saya seronok dan tidak sangka boleh membawakan karakter komedi dengan baik," katanya.
Haneesya menghidap penyakit disleksia sejak kecil. Alami masalah pembelajaran dan pernah dibuli, diejek rakan sekolah kerana disleksia dan warna kulit.
Sebelum ini, hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah-olah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana berkulit gelap. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah laku ke pon sebelum ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah ke laku ke bom sblm ni
Dia dgn adik jah yg kecik tu sama je mcm tk de luck syok kt insta sundirik je |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa mcm nak volunteer je jadi model manager dia and train so can masuk fashion week. Sayang betul cause you have the look, tapi dok la ashik fefeling my countrymen don’t like me |
|
|
|
|
|
|
|
kannn... train dia betul2 kann..
muka dan warna kulit okay sgt da... esotik kot..
xde model management ambil dia ker???
|
|
|
|
|
|
|
|
yihhh.. sendu jek.. sbb ko sndiri xpandai nak tonjolkan diri dek oii... |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 16-7-2021 11:19 AM
kannn... train dia betul2 kann..
muka dan warna kulit okay sgt da... esotik kot..
xde model mana ...
Itula.. rasa mcm kenapa la dia tak boleh terfikir apa yg kita fikir.. haha, kalau pergi US ni, rasa mcm tak susah nak jual muka.. editorial sangat. But tula, cik punya badan maybe ada matlamat lain.. Tapi annoying jugak ashik baca, merempan sana, merempan sini..
Kalau aku muka camni, dah lama pi mana2 US/Italy/France model management |
|
|
|
|
|
|
|
Zaien replied at 16-7-2021 11:26 AM
yihhh.. sendu jek.. sbb ko sndiri xpandai nak tonjolkan diri dek oii...
Betul sangat.. kalau pandai manage diri and find opportunity. Entah2 dah boleh jalan sama stage dengan Kendall gitu |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni memang tak penah laku pon kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Miss City Tourism? Beauty pageant baru ke? Btw good luck ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah. iols gelak maknya yg ketua fanclub. |
|
|
|
|
|
|
|
kann... buang talent aja kann...tinggi okay, muka okay, warna kulit okay da...
IG tu buat best2 sikit.. letak la gambar2 muka editorial sikit... muka majalah sikit...
video catwalk ker... sure nanti ada agensi mana2 nampak kann...
itu pun kalau betul niat nak modelling la kann...
ini balik2 merempan... ehhhh yuccksss....
|
|
|
|
|
|
|
|
what do u mean by dah?
selamo ni laku ke dekkkkk??? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kalau pergi international, lakuuu...
muka dia eksotik kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali pandang cam muka pondan faiz ke sapetah lupa nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
faiz roslan?
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 16-7-2021 01:02 PM
faiz roslan?
Aah. Dia laa.. huduh lg faiz tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cantik iya. Tapi ntah la. Malaysia tak berkenan kat ko Hanee. Kesian juga. Tapi mungkin 5 ka 10 tahum dari sekarang nasib ko akan berubah. Tengok kak long Nur Fazura Sharifuddin betapa mewangi sekarang berbanding 10 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 16-7-2021 12:53 PM
kann... buang talent aja kann...tinggi okay, muka okay, warna kulit okay da...
IG tu buat best2 s ...
High five laksmana! Sangat setuju dengan u.
Sayang sebab rasa bakat ada, tapi siapalah kita nak push push orang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|