View: 3039|Reply: 22
|
Tak Menyempat Langgar Lampu Merah, Penunggang Motor Dilanggar Ambulans
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.
Menurut beliau, ketika kejadian ambulans yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.
Penunggang motosikal cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah pada Ahad.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.
"Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.
"Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.
Katanya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali aku jumpa celaka mcm ni. Ada sekali tu dekat area Kerinchi depan simpang lrt universit. Aku nak ke simpang kanan & lampu hijau, tetiba ada si tua bodoh muka berkerak dari arah bertentangan selamba je langgar lampu merah. Dia marah2 aku depan trafik light tu sampai trafik light jalan aku bertukar merah. Ikutkan hati & dendam aku, aku langgar je si bodoh tu, tapi sempat jua aku doakan kecelakaan dekat dia walaupun aku tau tak dibenarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
okla..ambulan tu jugok bawa pi spital...cepat gk. |
|
|
|
|
|
|
|
cash la kau..dorang ni bukan setakat lampu merah dia langgar, bawak melawan arus pun makin menjadik2..kita plak kena ketepi sambil kena hon2 |
|
|
|
|
|
|
|
Merata2 bwk kenderaan mcm ni. Lggar trafik light, kedekut nk bg signal, u turn ikot dan. Masing2 mcm xbelajar undang2 jln raya lgsg. Baik moto,baik keta xkira bangsa. Yg naya org yg ikut undang2 tpalit sama. Lg sedih bila nyawa pn melayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je perangai macam tu suka langgar lampu merah lepas tak apa nasib tak baik jadi macam dalam kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dah aku jumpa spesis bila nampak lampu merah mulalah tekan minyak, kalau hijau lak, macam kura kura lajunya |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu i bersimpati pada penunggang motosikal sebab berpanas hujan terik bagai tapi bila tengok gaya bawa etc makin lama u know hmm tahlah nak rasa kesian tu makin pudar tak tahulah sebab banyak kes kes tak ikut lampu isyarat. Langgaq je - specially waktu time time nak balik keje pepetang, depa tak tunggu pun lampu isyarat tu warna hijau , makin lama depa makin ke tengah jln and tak hiraukan pun lampu masih merah.
harapnya pendekatan Shibuya tu berjaya lah di kawasan sesak sesak. |
|
|
|
|
|
|
|
rider moto selalu gini.. depa ingat depa licik boleh lepas.. 9 kali lepas, kali ke 10 mendapat la. Lagi satu perangai suka jalan inter exchange lampu merah-hijau lane orang lain.. ada split second 2-2 hala merah.. time tu yang dia lalu.. yang sedih ada yang ayah nak hantar anak sekolah.. ayah pakai helmet, anak sekolah rendah tak pakai.. pastu ayah redah lampu merah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geram kan tengok perangai macam ni. Dulu kat simpang besar Jalan Semarak, Kampung Baru dengan Jalan Tun Razak, ada sorang naik motor menonong keluar dari arah Kampung Baru langgar lampu merah yang dah banyak saat jugak merah. Terus dia kena langgar dengan kereta Perdana dari arah KL yang memang lampu hijau masa tu. Puas hati tengok.
|
|
|
|
|
|
|
|
langgar lampu isyarat merah dgn tak bagi signal didoakan semoga mendapat hidayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la dgn iols, kena langgar belakang dek grab rider langgar lampu merah. Dah la menipu, lari plak, mmg aku doakan semua berbalik pada ko balik budak muka parut serupa kawah bulan. Dah la muka tak lawa perangai pun 2x5.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prinsip aku bila mandu my GLC250 dijalanraya...very simple...aku anggap semua pengguna jalanraya jenis siyall takda sekolah...so dengan berpegang pada prinsip ini aku akan apply defensive driving....ie anticipating the idiocrisy of other road users....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bengong punya rider. Ambulans tu nak balik hkkb ko ajak patah balik pi hsptl selayang lak {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah depan mata berlaku. Aku bawa motor nak pergi kerja. Sampai dekat trafik light lampu merah aku berhenti. Tetiba motor sebelah aku terus nak pecut pastu eksiden dengan kereta dari kiri. Aku malas nak turun motor. Lampu trafik hijau aku terus gerak pergi kerja. Orang lain cari masalah langgar lampu isyarat tak kan aku nak korbankan gaji aku masuk kerja lambat. |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka lah siapa2 yg selalu buat mcm ni. menyusahkan org lain. Dh eksiden tak pasal2 kena hantar bengkel. |
|
|
|
|
|
|
| |
|