CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 1

Diinspirasi Oleh Seorang Kanak-Kanak, Ini Kisah Jam Pertama G-SHOCK

  [Copy link]
Post time 12-5-2021 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Diinspirasi Oleh Seorang Kanak-Kanak, Ini Kisah Jam Pertama G-SHOCK



G-SHOCK asalnya dihasilkan oleh syarikat elektronik Jepun, iaitu Casio. Jam ini telah dicipta oleh seorang jurutera Jepun yang bernama Kikuo Ibe, dan nama G-SHOCK merupakan singkatan dari ‘Gravitational Shock’. Fungi G-SHOCK sememangnya dicipta untuk tahan tekanan mekanikal, getaran dan gegaran.

Dipercayai sebelum bermulanya penciptaan jam ini, Ibe mempunyai satu jam yang dikasihi iaitu pemberian oleh ayahnya. Namun malangnya, jam tersebut telah terjatuh dan berkecai rosak. Pada saat itu, Ibe berazam untuk mencipta jam yang tahan lasak dan tidak mudah rosak.



Proses penghasilan jam telah dilakukan oleh Ibe sendiri bersama tiga orang rakan yang lain berpandukan tiga kriteria utama atau dikenali sebagai ‘TRIPLE 10’ iaitu ketahanan jatuh dari ketinggian 10 meter, mampu berada dalam tekanan air 10 atm (100m) dan mempunyai jangka hayat bateri selama 10 tahun.

Masalah Ibe timbul apabila dia tidak dapat mengenal pasti bagaimana komponen elektronik dalam jam agar tidak mudah rosak jika menggunakan prinsip ‘TRIPLE 10’. Beratus prototype telah dilakukan namun menjumpai jalan buntu apabila semua jam percubaan telah hancur kerana komponen elektronik tidak mampu bertahan dalam keadaan ‘TRIPLE 10’.



Akhirnya impian Ibe menjadi realiti apabila jam G-SHOCK pertama berjaya dihasilkan menggunakan prinsip ‘TRIPLE 10’ pada tahun 1983, menggunakan struktur enjin terapung (engine floating structure) iaitu selepas 2 tahun projek tersebut dimulakan. Semuanya berpunca apabila dia telah melihat seorang budak perempuan yang bermain bola di taman dan mendapat idea dari bola yang melantun-lantun.

Sehingga ke hari ini, G-SHOCK kekal menjadi pilihan jam tangan buat mereka yang sukakan aktiviti lasak dan fesyen menerusi kolaborasi bersama pelbagai jenama besar dunia seperti Undefeated, Neighborhood Carhartt dan banyak lagi.



Tahukah anda Kikou Ibe hanya memakai 3 model jam tangan G-SHOCK sahaja? Ibe hanya mempunyai model DW-5600 dalam koleksinya dengan variasi warna hitam putih dan merah dan hanya memakai model tersebut kerana model ini adalah model pertama yang dicipta hampir tiga dekad yang lalu.

Ini hanyalah merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:
The Vocket


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:28 AM | Show all posts
wow.. .. .. ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.295332 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list