View: 6537|Reply: 38
|
"Berdebar Baca WhatsApp Tu!" - 2 Kali Lelaki Tak Dikenali Cuba Bawa An
[Copy link]
|
|
Hati-hati ibu bapa dan guru semua! Pastikan anak atau pelajar anda tidak terus percaya bulat-bulat sekiranya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali.
Gambar hiasan
Begitulah kisah benar yang didedahkan oleh seorang guru menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau sehingga menjadi tular.
Menurut guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas bertemu seorang bapa yang datang ke kedainya bersama dua anak untuk membeli fon kepala dan membaiki skrin telefon.
Bercerita lanjut kepada Mohd Fadli, bapa berkenaan memberitahu telah dihubungi oleh guru kelas anaknya pada minggu lepas mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai abang saudara dan mahu menjemput anaknya di sekolah atas urusan keluarga.
Terkejut dan risau, si bapa bergegas ke sekolah untuk mengambil anaknya.
Individu yang cuba menyamar sebagai abang saudara kepada anak perempuan berusia 16 tahun itu bagaimanapun tidak serik, dan menyamar pula sebagai guru kelas anaknya.
Siap memaklumkan hanya anaknya saja belum tiba dan rakan-rakan lain sedang menunggunya di sekolah untuk menyiapkan sebuah projek.
Namun kata guru itu, mujur bapa kepada pelajar Tingkatan Empat itu bersikap rasional dan tidak melatah dengan membuat tindakan bijak.
Menurut Mohd Fadli, bapa berkenaan telah membuat satu laporan polis, dan menerusi tangkap layar laporan tersebut turut dimaklumkan bahawa emel milik bapa itu turut digodam.
Kredit foto: FB Mohd Fadli Salleh
"Semoga pihak polis dapat menangkap segera penjahat ini. Hati-hati semua. Bulan puasa pun ada penyamar dan penjahat ingin melakukan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.
"Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin," ujarnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macamana penjahat boleh dpt no telefon guru kelas, bapa pelajar, email bapa pelajar.. mesti dorang ni saling kenal ni |
|
|
|
|
|
|
|
little_sis replied at 5-5-2021 06:29 AM
Macamana penjahat boleh dpt no telefon guru kelas, bapa pelajar, email bapa pelajar.. mesti dorang n ...
Mgkn musuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan atas mmg sangat logik..
Klu ni bkn kes parent cerai and trying to get to each other guna ank
Then it must be the case of ank nk g dating dgn laki ni tp cinta terhalang ting 4 kot.. Xkan la xreti jerit klu ada org xkenal angkot pula khuens. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
obses dgn budak perempuan tu kot..... sbb tu dia buat sampai mcm tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 5-5-2021 06:55 AM
Soalan atas mmg sangat logik..
Klu ni bkn kes parent cerai and trying to get to each other guna ...
I pon fikir mcm uols , mst pakwe bdk ni ke ape. Jenis laki obses sampai ke cikgu & parents pon die berani contact ish seram |
|
|
|
|
|
|
|
nipskacang replied at 5-5-2021 07:13 AM
I pon fikir mcm uols , mst pakwe bdk ni ke ape. Jenis laki obses sampai ke cikgu & parents pon di ...
Tula.. Mula2 ingt ank dia darjah 4..rupenya tgktn 4!!!siap ngaku hensem..mental sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak siasat pulak if anak dia kenal lelaki tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sy hensem tu xleh blah tu.. Hahahaha.. Telan ketum letak ubat nyamuk ke budak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhh! Cikgu tu ada kedai henfon! |
|
|
|
|
|
|
|
tak siasat ke anak dia kenal ke tak? biasa la umur remaja ni lain sikit. aku rasa mcm budak sekolah tu jgk kot? sebab tau no telefon cikgu tu jugak. atau pun anak dia sendiri ada peranan jgk. mungkin la.
dan kalau aku la, kali kedua dia bgth suh anak datang sekolah tu, memang aku yg antar anak tu dan tunggu tengok mana dia pergi. atau sapa yg dtg kemudian. pastu cepuk sikit antar ke polis. done. |
|
|
|
|
|
|
|
Xkan budak perempuan tu tak kenal? Nontel mak pak kut..mcmna boleh org lain tau melainkan anaknya sendirik bgtau? Cross check anak tu jgk |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..
masa mula2 aku baca igtkan anak dia sekolah rendah ke apa..
ini 16 tahun.. kalau cikgu lepaskan pun pd 'abg saudara' dia tu, takkan la dia bodoh nak ikut org tak kenal..
aku bukan nak buruk sangka, tp kesian bapak dia kalau anak dia tipu camtu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Confident ke ko hensem.. ish risau nya zaman skarang. Jangan pulak kot anak kenal kat apps merepek zaman skarang. Minta dijauhkan dari keluarga kami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 5-5-2021 07:14 AM
Tula.. Mula2 ingt ank dia darjah 4..rupenya tgktn 4!!!siap ngaku hensem..mental sungguh
Hahaha tulah, mengaku hensem, obviously mental. Run for your lifeeee dikk |
|
|
|
|
|
|
|
camne dia boleh ada number cikgu kelas? or camne dia ada number bapak budak tu? ke ada plot twist? si anak suh boipren yg buat giteww? |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya hati iols tetap mengatakan budak pompuan ni garit |
|
|
|
|
|
|
| |
|