View: 4254|Reply: 20
|
Che Ta Jadi Penyanyi Pula...
[Copy link]
|
|
Kisah pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal bergelar penyanyi pernah bertebaran, beberapa tahun lalu.
Beberapa komposer seperti Hazami, Imran Ajmain dan Eddie Hamid antara yang dikatakan mahu membantu impian Che Ta menjadi kenyataan.
Foto: IG
Namun, ia bagaikan angan-angan yang berlalu pergi apabila pelakon Kiah Pekasam itu enggan mengambil risiko kerana selesa mengukur baju di badan sendiri.
Bagaimanapun, Che Ta tidak mampu menolak apabila diminta menyanyikan lagu 'jingle' untuk produk kecantikan diwakilinya, Mylea, baru-baru ini.
"Jangan salah sangka. Saya bukannya bermaksud mahu bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan lagu komersial.
"Lagu ciptaan DJ Fuzz itu untuk mempromosi produk dan hanya berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut, malah sudah dimainkan di corong radio," katanya kepada BH Online.
Hanya mengambil masa sejam merakamkan lagu berkenaan pada 14 April lalu, isteri Zain Saidin itu berkata, awalnya, dia tidak yakin dan tidak sanggup menyanyi.
"Saya tidak mempunyai vokal yang bagus seperti penyanyi profesional. Namun, saya mencabar diri disebabkan pengasas produk mahu saya menyanyi.
"Saya tidak menganggap ini projek serius. Jauh sekali nak berentap dalam Anugerah Juara Lagu. Walau ada yang memuji, anggap saya boleh menyanyi, tetapi saya tak rasa boleh serius dalam bidang menyanyi.
"Dalam hati hanya berkata, mesti puji saya boleh menyanyi sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong 'sunat'," katanya berseloroh.
Sudah terbiasa dengan kecaman, ibu Aaisyah Dhia Rana itu berkata, dia tidak mahu memikirkan cemuhan netizen apabila menjayakan projek itu.
"Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tetapi, ia tidak pernah menjadi kudis," katanya yang baru dilantik sebagai duta platform E-Dagang, Warongku di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
Dalam perkembangan lain, Che Ta teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.
"Sudah 11 tahun naskhah Kiah Pekasam melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.
"Saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran pada 8 Mei ini. Syarikat produksi mahu mengejar momen musim mangga harum manis.
"enggambaran filem ini akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan Aidilfitri. Pelakon asal juga akan membintangi filem ini, termasuk suami saya," katanya yang baru sahaja melancarkan koleksi tudung, Square Scarves sempena Aidilfitri, baru-baru ini.
Che Ta kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi, Assalamualaikum Mustafa terbitan Country Universal Sdn Bhd di samping Kazar dan Syazwan Zulkifly.
Mengulas sambutan Ramadan, Che Ta berkata, dia seronok mengunjungi bazar Ramadan membeli juadah berbuka puasa.
"Saya bersama pengarah, Feroz Loy dan beberapa kru sempat singgah ke bazar Ramadan ketika menjalani penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor.
"Lebih bertuah, ada peniaga memberikan juadah secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.
"Namun, wajib ada nasi jika berbuka puasa. Tekak orang Melayu memang tak boleh tinggal nasi," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nape muka dia lama2 makin pendek n bulat..xtau nak explain cmne..cm compress..certain angle cm muka mira syukur alhamdulillah pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
edit/filter kot..muka si echah pon kdg2 nmpak pelik..dgn hidung kecik mcm filter..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku serius mcm tak berapa suka tgk muka ank nek ta yg 1st tu..
mcm katun..
beria pasang badan.. muka tetap non hadohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by giyomi at 3-5-2021 07:53 PM
ada peniaga bagi free tuk artis...huh, rasanya lebih afdhal bagi percuma kat fakir miskin lg banyak pahalanya. tp bisnes masing2, so lantaklah ko nak bagi kat siapa |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar cik ta yg last tu...cik ta ni kecik molek ke orangnya tapi kalau kecik molek anak2 dia sama tinggi dgn dia...laki dia pun sama ...
Kiranya anak2 dia semua rendah2 ke cane... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 3-5-2021 08:01 PM
Gambar cik ta yg last tu...cik ta ni kecik molek ke orangnya tapi kalau kecik molek anak2 dia sama t ...
Che ta tinggi 168cm....kurus je kalau in real...i pernah jumpa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu apa tu che taa..mesti best kan...dgn loghat kedah gituhh |
|
|
|
|
|
|
|
kucim replied at 3-5-2021 08:15 PM
Che ta tinggi 168cm....kurus je kalau in real...i pernah jumpa....
Oh...tinggi juga dia ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
rozita che wan ni xde lah cantik mana pun
mcm mak mak org lain saja
dia mmg xyakin diri jika mula xmake up sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
Salam gambar family atas tu Zain yg paling segak muda dan fresh. Anaknya si Ecah nampak comot pula |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 3-5-2021 09:23 PM
rozita che wan ni xde lah cantik mana pun
mcm mak mak org lain saja
Kalau buang mekap dah macam neneks dahhhh
Mekap sekilo filter 100kg |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 3-5-2021 08:15 PM
Oh...tinggi juga dia ni....
Tinggi..tapak tangan pun runcing2 panjang
Kasut saiz 8 |
|
|
|
|
|
|
|
muahahahahahahahaha..........
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia keja apa... Bisnes ape |
|
|
|
|
|
|
|
iols mohon che ta bersara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org lawa body vogue ni matchy2 tudung n baju gitu pon boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ini utk marketing purpose. so, klo bg kat artis, dorng boleh review kat followers dia.
maybe dorang bg kat fakir miskin juga tapi tak update ke.
haaa nampak tak aku husnozon
|
|
|
|
|
|
|
|
tersedak iolls baca komen uolls |
|
|
|
|
|
|
|
tp dlm kes ni, ada tak dia sebut nama semua warong yg bagi percuma tu dlm ig, insta or whatsoever socmed. saja tanya wlpon sebenarnya y bother3x
|
|
|
|
|
|
|
| |
|