CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7725|Reply: 46

[Tempatan] Shopping complex Cheras Sentral aka Plaza Phoenix kini lengang, sunyi sepi. Sain

[Copy link]
Post time 29-4-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Cheras Sentral ‘mati’?


PEMANDANGAN di dalam Cheras Sentral yang sunyi sepi tanpa kelibat pelanggan.

    Oleh Aqilah Mior Kamarulbaid
    29 April 2021, 9:00 am


SAUDARA PENGARANG,

SUNYI, sepi dan lengang. Itu keadaan yang dapat dilihat di pusat beli belah Cheras Sentral terletak di Taman Len Seng, Kuala Lumpur. Bangunan ini terletak di laluan Lebuh Raya Cheras-Kajang berdekatan Plaza Tol Grand Saga Batu 9, Cheras.

Lokasi ini dikira cukup strategik kerana berada di laluan utama penduduk dari Cheras, Kajang dan Hulu Langat untuk ke ibu negara setiap hari. Malah, pusat beli belah ini cukup bertuah kerana bersebelahan stesen MRT Taman Connaught.

Namun, pusat beli belah sembilan tingkat ini sudah kelihatan seperti pekan zombi. Pelbagai kedai termasuk dari jenama terkenal tidak lagi beroperasi. Pasar raya yang terletak di tingkat paling bawah sering bertukar jenama sehingga semuanya terpaksa gulung tikar.

Pusat beli belah ini hanya dikunjungi orang ramai yang ingin menonton wayang di tingkat sembilan.

Dek kerana bangunan itu yang lengang dengan kelibat manusia dan sunyi sepi, ada pasangan kekasih berpelukan dan bercumbu di kaki lima.

Entah mana silapnya, mungkin aspek promosi yang kurang memberangsangkan menyebabkan pusat beli belah ini tidak dikunjungi orang ramai. Cheras Sentral dibuka sebelum MRT laluan Sungai Buloh-Kajang siap dibina.

Sepatutnya sebelum virus Covid-19 melanda tahun lalu, pihak pengurusan boleh merangka pelan promosi seperti mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjadi tuan rumah bagi mana-mana acara pertandingan sekolah di peringkat daerah mahupun negeri.

Selain itu, pihak pengurusan boleh menghantar kertas kerja cadangan kepada kerajaan untuk menambah satu lagi cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyediakan kemudahan kaunter perkhidmatan awam. Sudah tentu, nasib pusat beli belah yang bagai telur di hujung tanduk ini dapat diselamatkan.

Tidak dinafikan, pusat beli belah ini terpaksa bersaing dengan Cheras Leisure Mall dan Eko Cheras Mall yang hanya terletak berhampiran.

Cheras Leisure Mall adalah antara pusat beli belah yang paling lama bertahan dan sudah melebihi usia 20 tahun, manakala Eko Cheras Mall baru berusia setahun jagung, namun kedua-duanya berjaya.

Kalau diimbau sejarah bangunan itu, ia dahulu dikenali sebagai Plaza Phoenix yang akhirnya menjadi pusat beli belah ‘berhantu’ sekali gus mencatatkan sejarah sebagai projek komersial yang gagal.

Wawancara oleh sebuah portal berita tempatan bersama wakil pengurusan Malaysia Land Properties Sdn. Bhd. (Mayland) pada 2012, mereka begitu yakin mampu mengubah nasib pusat beli belah itu. Namun, selepas hampir sedekad harapan itu ternyata meleset.

Plaza Phoenix dibuka pada Disember 1994, namun terpaksa ditutup Ogos 2005. Pada 2008, Mayland yang merupakan pengusaha hotel dan pemaju hartanah berpangkalan di Hong Kong mengambil alih projek tersebut.

HASIF
Cheras, Selangor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Plaza Phoenix dalam kenangan..aku pernah kerja part time 3 bulan kat McD tunggu result SPM. Jadi sunyi lepas supermarket and mcd tutup, takde penarik, n susah parking.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah terserempak ngan dct (zaman2 baru nk naik) kat plaza pheonix back to tahun 2000 masa matrix dkt cheras..
Port lepak bdk2 matriks paling dkt ngan kolej kat plaza pheonix n leisure mall, selamba gap kelas boleh p shopping dlu..   
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 09:52 AM | Show all posts
Dari dulu pun sunyi berbanding Cheras Leisure Mall tambah laluan disitu sentiasa sesak sebab banyak persimpangan flyover. Tambah dah ada Eko Cheras Mall yang lebih baru dan mudah access dengan MRT.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mek_bulat replied at 29-4-2021 09:51 AM
Penah terserempak ngan dct (zaman2 baru nk naik) kat plaza pheonix back to tahun 2000 masa matrix dk ...

kolej kurniawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 10:01 AM | Show all posts
Cukup2 la bina shopping cmplex ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-4-2021 09:55 AM
kolej kurniawan ke?

Oppsss.. Kurniawan jgk kah? Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 10:13 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 29-4-2021 10:01 AM
Cukup2 la bina shopping cmplex ni..

Kerajaan tak boleh nak halang sebarang bentuk pelaburan & pembangunan

demi kemakmuran ekonomi negara

sbb suma profesion (lawyer, arkitek, engineer, kontraktor etc) nak carik rezki

ade projek ade la rezki depa

takde projek menganga laa

tu lom citer limpahan kerja kpd rakyat yg bawah2


takde sape yg bleh jangka masa depan

then anggap jelar lom ade rezki mane taw tup tup

10 ke 20 tahun lg lps terhapus convid naik balik kebabom ekonomi dat area


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 10:25 AM | Show all posts
shopping complex ni susah nak jangka
dah la wujud pun boleh lingkup
baru wujud pun boleh jadi sendu
kalau wujud sekitar kawasan org have2 pun belum tentu boleh create crowded

sebelum ni pemaju nak create suasa SOHO
small office, home office
atas kediaman
bawah pejabat ngan shopping complex tahap sederhana
pun melingkup jugak

area dekat Sg Penchala tu
ada shopping complex terbesar
Empire Gallery kalau tak silap namanya
dikatakan jauh lebih besar dari Mid Valley
sekarang apa cite?
tak dgr cite
hari tu ada masalah terbengkalai
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NataliaLuiz at 29-4-2021 11:11 AM

Buat residential-mixed development la. Dari terbiar, Renovate dlm tu jadi bilik2 utk org bujang sewa. Or 2 pintu kedai tu buat jadi satu rumah utk small family. Bila economy dah ok, buka balik kedai lain yg dah reserved utk business. Room/house tu kekalkan aja utk sesiapa rent. Parking dah ada, tak yah keluar nak gi kedai makan, dlm mall semua tu dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mek_bulat replied at 29-4-2021 10:03 AM
Oppsss.. Kurniawan jgk kah? Hahahaha..

not me...tp my jiran sblh rumah dulu
dia matriks kt kurniawan dulu
and i tau psl plaza phoenix,len seng bagai tu sbb my auntie duk kat tmn ceupacs cheras (area banglo2 kat blkg polis PGA apanama tah yg bangunan besar tepi jalan tu)
iols duk belah2 ampang
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape aje nak singgah cheras sentral ni wlpn kedudukan strategik siap dengan stesen mrt lagi
Depan sikit je eco cheras.
Lagi happening.
Seberang jalan pula ada leisure mall.
Iols paling benci lalu jalan ni sebab ketiga2 shopping mall ni buat jalan situ sesak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
NataliaLuiz replied at 29-4-2021 11:10 AM
Buat residential-mixed development la. Dari terbiar, Renovate dlm tu jadi bilik2 utk org bujang sewa ...

Betul tu...buat mcm konsep dalam filem Judge Dredd tu...Rumah, sekolah, hospital, pasar raya, tempat rekreasi, kelab malam, rumah ibadah semua dlm 1 bangunan kompleks Mega Tower tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 02:19 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 29-4-2021 02:21 PM
tagas replied at 29-4-2021 10:13 AM
Kerajaan tak boleh nak halang sebarang bentuk pelaburan & pembangunan

demi kemakmuran ekonomi  ...

Kan..project2 ni la menghidupkan bank...tpi pendapat meols kl ni dah byk. kovid punya pasal byk kedai2 dah bungkos dh jadi cm tempat anker. TR Exchange nk bukak....sepi la KLCC. Coming soon PNB.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 02:41 PM | Show all posts
Sabah bila ada pembangunan.???..sekarang suria, imago, karamunsing, CP, merdeka complek semua penuh sesak...kalau ada LRT kau tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel sebelah tu silka hotel dah katup ke? Bad fenghsui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry replied at 29-4-2021 03:01 PM
Hotel sebelah tu silka hotel dah katup ke? Bad fenghsui

rasa mcm tutup dah...sblum pkp tu ramai gak pelancong duk sana...ni dah gelap dh..dr dlu la bad feng shui..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2021 03:15 PM | Show all posts
Plaza Phoenix ni bukan dah lama ka sendu
sejak sebelum Covid-19 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 29-4-2021 03:18 PM

Dah lama sendu Cheras Sentral ni, walaupun lepas tu ada stesen MRT sebelah, pun tak dapat membantu. Sekarang ni mesti lagi sendu. Leisure Mall jugak yg meriah dari dulu, skrg ni dah ada Cheras Eko Mall yg nampak lagi moden, sebelah stesen MRT pulak. Leisure Mall dgn Cheras Eko Mall tu lagi dekat, cuma opposite direction je. Atas sket, ada Aeon Maluri dan Sunway Velocity, atas lagi ada My Town. Banyak sgt shopping mall area Cheras ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 03:34 PM | Show all posts
Plaza Phoenix ni dr aku kecik dulu dah sendu.. sekali ke 2 kali je kot aku gi jalan2 sana. family aku prefer cheras leisure mall atau jusco maluri tu hah. sblm cheras leisure mall ada supermarket kerrys kat puncak bukit sebelah atas leisure mall tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062412 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list