CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 1

4 Punca Mungkin Penyebab Anda Mengantuk Selepas Berbuka

[Copy link]
Post time 25-4-2021 07:34 AM | Show all posts |Read mode
4 Punca Mungkin Penyebab Anda Mengantuk Selepas Berbuka



Gambar sumber : mSTAR

Waktu berbuka puasa adalah salah satu saat nikmat buat mereka yang berpuasa. Selepas seharian menahan lapar dan dahaga, semestinya kita akan teruja untuk berbuka puasa dengan keluarga. Namun, ada tak antara anda yang akan berasa ngantuk selepas berbuka, ataupun selepas makan pada waktu sahur? Situasi ini tidak digemari ramai kerana ia menjadi penyebab badan berasa sangat berat untuk melakukan ibadah lain.

Walaupun perkara tersebut sebenarnya agak biasa namun menurut Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, perkara itu boleh jadi tidak normal kepada seseorang. Harini ini kami kongsikan 4 punca kenapa anda mengantuk selepas berbuka:


Tindak balas sistem pencernaan

Selepas seharian tidak makan, sistem pencernaan anda akan memecahkan makanan kepada nutrien dan mengubahnya menjadi glukosa, yang menjadi sumber tenaga kepada badan. Selepas makan, badan akan mengeluarkan hormon seperti, as amylin, glucagon, dan cholecystokinin untuk meningkatkan tahap gula dalam badan untuk membuat anda rasa kenyang. Pada waktu yang sama, otak akan mengeluarkan hormon serotonin yang menyebabkan anda berasa mengantuk.



Jenis makanan


Perhatian! Pemilihan makanan pada waktu berbuka amat penting! Hal ini kerana makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan. Asid amino tersebut digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin yang menyebabkan anda muda berasa mengantuk.

Tabiat tidur

Setiap orang mempunyai amalan rutin tidur yang berbeza pada bulan Ramadan. Ada yang tidur lebih awal daripada biasa dan ada juga yang berjaga untuk menunggu waktu sahur. Perubahan pada corak tidur turut akan menyebabkan anda mudah berasa mengantuk. Selepas makan, badan akan berasa kenyang dan tenang, seakan akan sedang berehat, jadi anda akan rasa cepat mengantuk terutama sekali bila malam sebelumnya anda tidak dapat tidur yang berkualiti.

Tahap kesihatan

Kalau anda selalu sangat berasa mengantuk, ianya mungkin menjadi tanda-tanda kepada penyakit seperti Celiac, Anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif. Jadi sekiranya keadaan tersebut berterusan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor.

Sumber:  Awani
Read More : https://www.koolfm.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2021 08:21 PM | Show all posts
Ada kolig kerap terlelap...rupanya bila warded...doc suggest kena pakai mesin oksigen...karbon dioksida byk dlm bdn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 1.009686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list