CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13897|Reply: 85

[Tempatan] Design baru plastik roti Gardenia

[Copy link]
Post time 20-4-2021 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Roti Putih Gardenia Original Classic berwajah baharu


ROTI Putih Gardenia Original Classic tampil dengan kebaikan Nutrinegy.

Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) memperkenalkan wajah baharu Roti Putih Gardenia Original Classic dengan imej lebih menawan dan kontemporari.

Bermula bulan ini, roti ikonik yang laris ini tampil dengan kebaikan Nutrinegy di mana setiap kepingan roti mengandungi vitamin A yang baik untuk mata, vitamin E, zat besi dan nutrien tambahan lain.

Semua nutrien ini memudahkan seisi keluarga untuk menikmati kebaikan dari bahan berkualiti tinggi.

Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL), Ena Suhaila Abas berkata, dianggarkan sekitar 11 juta buku roti dipasarkan setiap bulan di Semenanjung Malaysia dan dengan pengenalan Nutrinegy pihaknya menjangkakan perkembangan lebih pesat dapat dilihat untuk tahun 2021.

"Penyediaan Roti Putih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap hari dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat kami untuk meyakinkan ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi kebaikan Nutrinegy yang penting bagi penggunaan seharian.

"Kebanyakan rakyat Malaysia bukan hanya melihat produk yang kami pasarkan sebagai roti putih sahaja tetapi ia boleh menjadi hidangan yang memuaskan serta sesuai dinikmati pada bila-bila," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sepanjang Ramadan, pihaknya akan menyumbang 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Disiarkan pada: April 20, 2021 @ 9:37am

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni dengan tahun lepas semua brand nak buat logo dan packaging baru
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa je design baru ni. Iols perasan logo baru masa beli ahad lepas. Teringat pulak kenangan PKP tahun lepas, roti gardenia habis stok. Cepat je rasa masa berlalu, dah setahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
roti gardenia ni mudah kepek la, dia x anjal mcm roti massimo.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:49 PM | Show all posts
harap isi roti tak kempis macam perut friska madu JUSA C minus
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:06 PM | Show all posts
MissVixen replied at 20-4-2021 10:42 AM
Tahun ni dengan tahun lepas semua brand nak buat logo dan packaging baru

Harga barang pun naiklah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ramai tak perasan kan yg Gardenia ni ada 2...Satu gardenia Semenanjung Tanah Melayu.. satu lagi Gardenia Wilayah Sabah..

Kat Wilayah Sarawak macam takde Gardenia masuk..tu pasal org Sarawak kalo pergi ke Semenanjung Tanah Melayu, kebanyakkan akan beli stok Gardenia sini banyak2 bawak masuk dlm belon (kapal terbang)..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 ingat limited edition. Alahaii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bungkus plastik merah je ke
Yg ijau muda & ijau gelap, xtukar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi rasa dia sama je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 20-4-2021 08:08 PM
mesti ramai tak perasan kan yg Gardenia ni ada 2...Satu gardenia Semenanjung Tanah Melayu.. satu lag ...

Haritu ada foremer cakap, Gardenia Sarawak tak ada yang berinti coklat, jagung, vanila, sambal ikan bilis, serba mak nenek inti pelbagai, yang ada cuma plain roti kosong jah sebab tu kalu Sarawakian naik flight dari semenanjung berbondong-bondong diseludupnya smuggle dari Malaya roti Gardenia berinti banyak-banyak dalam beg macam sakai tak pernah tengok roti, mohon @FanTasyCreaTioN yang sia sentiasa memberi pencerahan

Mujur tak macam indon yang bawak lari Milo Malaysia yang Maha Manis lagi sedap pekat melekat minum Milo anda jadi sihat dan kuat kencing manis
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 20-4-2021 07:00 PM
roti gardenia ni mudah kepek la, dia x anjal mcm roti massimo.

Roti masimo anak2 aku x suka mkn.. Dia org ckp x best.. Sudahnye balik ke roti gardenia..bab mudab kelepek tu mmg btl.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 20-4-2021 08:23 PM

Ooo baru tukar ke? Iols dah beli yg pack baru ni minggu lepas. Ingat iols yg dah lama tak beli Gardenia bila tgk bungkusan lain sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
betul mudah kepek, kalau buat sandwich nak potong2 bagai, kurang recommend la gardenia ni..
better top baker, tegap je roti dia kalau potong..
tapi gardenia tetap di hati,sedap di makan begitu saja, bau wangi rasa milkyy..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh enak dimakan begitu sajaaaa.... Resepi Uncle Scrotum

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tetap pilih Massimo cz rasa premium n tahan lama walo dh tarikh luput yg jenama lain cpt berkulat esp gardenia..RiP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
massimo vs gardenia



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-4-2021 08:18 PM
Haritu ada foremer cakap, Gardenia Sarawak tak ada yang berinti coklat, jagung, vanila, sambal ika ...

nk buat mcm mana..kat wilayah Sarawak rata2 kilang roti dibuat oleh keluarga cincu..mana ada taste...kosong je..

hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
eLiaD replied at 20-4-2021 08:29 PM
tetap pilih Massimo cz rasa premium n tahan lama walo dh tarikh luput yg jenama lain cpt berkulat es ...

Secara alaminya makanan mudah berkulat..berpadanan la pulak roti. Klu aku, aku tak akan pilih roti yg tarikh luputnya sangat panjang hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-4-2021 08:18 PM
Haritu ada foremer cakap, Gardenia Sarawak tak ada yang berinti coklat, jagung, vanila, sambal ika ...

ye chuols bulan lepas jiran haku nak balik swk pindah sana terus haku teman la die g pasaraya sbb die kata nk beli roti nak bwk ole2 kt kg haku ingat die beli.cikit la sekali.haa ambik kaw satu troli tu die borong semua perisa atau brand die borong n time nak bayo semua pakat tgk kami...hahaha...n haku g umah die nak tgk die kemas brg2 haku tanya Kat die Mana roti yg beli aritu? die tunjuk 2 kotak beso die simpan kawwww.....mcm2 ragam ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.097083 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list