View: 6738|Reply: 34
|
Berita mlm seram:Nak duit untuk adik, nak pergi sekolah' - Pasangan terkejut, bu
[Copy link]
|
|
Kehadiran seorang kanak-kanak perempuan pada awal pagi di hadapan rumah keluarga ini menimbulkan banyak tanda tanya. Apakah dia benar-benar meminta bantuan atau ada sekumpulan penjenayah yang sedang menunggu jerat dimasuki pelanduk?
Pada awalnya, ketua keluarga ini tidak mengesyaki apa-apa dan mahu menghulurkan sedikit wang untuk membantu. Tetapi firasat isterinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu dia menghalang suaminya dari keluar rumah.
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran dan layak dipertikaikan kerana taktik yang digunakan lebih kurang seperti pili utama ditutup menyebabkan penghuni rumah perlu keluar untuk membuka pili itu semula. Dalam kesempatan itulah penjenayah akan datang menyerbu melakukan onar.
Adakah kanak-kanak perempuan dalam cerita ini merupakan sebahagian dari taktik penjenayah untuk mengaburi mangsanya?
Dalam keadaan mamai-mamai, tengok jam baru menunjukkan 1.30 pagi. Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 12-13 tahun berada di depan rumah, mengoncang pagar. Dalam hujan lebat, bercakap pun terpaksa jerit-jerit. Nak minta tolong sikit katanya, nak minta duit belanja.. adik nak sekolah.
Kami: "Datang dengan siapa?"
Dia: "Dengan mak. Mak ada, tapi tunggu dalam kereta. Ni datang nak minta tolong, nak duit sikit untuk adik nak sekolah."
Taktik atau memang terdesak?
Jam 1.30 pagi tadi dalam keadaan hujan lebat dan gelap, sayup-sayup kedengaran suara budak memberi salam.
"Assalamualaikum... Assalamualaikum..."
Masa itu, semua sudah lena diulit mimpi, tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Pada mulanya memang tak layan, tetapi disebabkan sudah terlalu lama, bangunlah cepat-cepat menjawab salam itu.
Dalam hati, "Ke dah lewat bangun pagi ni?". Mesti kelam kabut nak pergi kerja dan anak-anak nak sekolah. Saya kejutkan Abam Bomba, cakap ada orang kat depan bagi salam.
Abam Bomba yang dengar kata-katanya itu terus ambil kunci rumah dan duit, nak diberi kepada budak itu. Tetapi saya rasa tak sedap hati. Terus pegang tangan Abam Bomba, halang dia dari keluar.
"Abang, cuba fikir. Kalau ye pun susah, takkan datang jam 1.30 pagi? Dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi.
"Kalau dia susah, takkan boleh naik kereta? Dia cakap dia datang dengan mak dia. Habis, kenapa mak dia tak turun sekali? Kenapa mak dia tunggu dalam kereta saja? Dah kenapa kereta dia tak parking betul-betul depan rumah kita?"
Abam Bomba terdiam, terus batalkan niat. Cuma dia cakap dia kasihan tengok budak itu. Saya tetap menghalangnnya keluar dari rumah. Bimbang hal lain pula yang terjatuh nanti.
Saya suruh budak itu menunggu di dalam kereta dan akan menghubungi polis untuk beri bantuan kepada dia.
Dia: "Nak duit untuk adik nak pergi sekolah.." katanya lagi.
Last saya cakap, kalau tak pergi juga, saya akan call polis. Pelik, pagi-pagi buta datang rumah orang minta bantuan.
Abam Bomba sekali lagi nak keluar, nak tolong dia dan hanya nak bagi duit saja. Lepas tu nak masuk balik.
Aduh Abam Bomba.. Saya cakap,
Abang, sebenarnya banyak kes jenayah macam ni. Bila orang jawab salam, kita dah keluar rumah, pintu dah terbuka. Adalah datang geng yang dah standby dalam kereta menyerbu kita. Masa tu, apa yang kita nak buat?
Nak minta tolong memang tak sempat dah. Jerit minta tolong pun orang tak dengar. Jadi, lebih baik jangan mengambil risiko."
Selepas tu, suruh budak itu tadi menunggu di dalam kereta, sebab nak call polis. Terus dia pergi. Call talian 999, polis kata kami mengambil tindakan yang betul iaitu jangan keluar rumah dan menunggu pihak polis peronda datang ke lokasi untuk membuat rondaan.
Allah, hanya Dia maha mengetahui segalanya. Lebih kurang jam 2.30 pagi polis dari Balai Polis Dearah Kuantan call dan datang membuat rondaan.
Sumber: Azmija
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Scarynya... jam 1.30pg . Kanak2 pulak tu.. betul tu mcm pelik sja. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca kes ni kt Kuantan, risau kt mak n abah kt sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya apesal tgh malam buta |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya call polis dulu sebelum budak tu pergi
Haishla ntah per2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya..jam 1.30 mintak bantuan. Patut call je polis..jgn bagitau dorang |
|
|
|
|
|
|
|
Uittt!!! Minta bantuan apanya dah pagi buta.
Kat taman aku ni kalau jenis nak minta duit camni dia dtg pkl 8am ke ats, ikut office hrs |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak pergi umah uel..tentu dapat motor sebijik.peti ais pun dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul susah minta tolong siang hari x boleh ke? kalau dah pagi2 buta dtg rumah org mmg sah la jenayah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Scarynyaa |
|
|
|
|
|
|
|
betul ni
ada 2,3 org penduduk area tu kena
mo yg sama tengah malam ketuk rumah org
|
|
|
|
|
|
|
|
whattt... tapi kalau orang ketuk pagaq aku kui 1.30pg, mmg aku buat pekak ja la.. tak kosa aku nak pi tgk. hahaha.. dah la area umah aku ni angker sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni ai selalu baca kt reddit.org prmpuan/kanak2 mntak tlg tgh mlm.rupanya mmg ada yg tgu.
"taktik yang digunakan lebih kurang seperti pili utama ditutup menyebabkan penghuni rumah perlu keluar untuk membuka pili itu semula"
Yg ni pulak kwn ai bru je kene.nasib dia xkeluar.balik keje tgh2 mlm.rumah flat.pili air plk kt tgkt bwh.dia tgu pagi bru pegi tgok.mmg betul ada org sengaja tutup |
|
|
|
|
|
|
|
Few years back pernah orang buka pili air di porch.... masa tu i berdua je dgn anak i.. mmg bunyi air paip kuat je dia buka full... i biar je sampai pagi esok baru pi tutup |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 16-4-2021 04:42 AM
Kenapa tak pergi umah uel..tentu dapat motor sebijik.peti ais pun dapat.
Ebit sedang sibuk suap gelandangan |
|
|
|
|
|
|
|
Cam rumah aku tahun lepas, meter air boleh pecah melimpah air keluar.
Pagi tu baru tau tupun jiran panggil cakap meter air pecah.
Heran camne boleh pecah? Ada org pijak ke?
Gundu kah org tu?
Call SAJ suh tukar meter. Settle. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah jiran aku, perompak tu masuk skali masa jiran aku smpi rmh drive kereta masuk porch. bila jiran aku keluar pintu kereta, terus dia tunjuk pisau. menjerit2 jiran aku kt anak bini dia dlm rumah bgtau jgn buka pintu. jiran aku bg je apa yg ada masa tu. wallet tepon sumer. mujur jiran aku tak diapa2 kan. smpi skrg aku takut kalau blk keje smpi rmh hari dah mlm. jiran2 aku mmg majoriti duduk dlm rumah wpun baru pukul 8. kul 8 tu kira dah sunyi. kul 10 mlm lagi la sunyi |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni la yg aku baca komen2 dok ngejek abam bomba abam bomba.
Tp budak ppuan tu mcm kurus kering, lengan panjang benor |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pulak tgk gambar tu lelama. Mana muka dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|