Baru-baru ini, tular mengenai status halal premis makan Empire Sushi seperti dikongsikan pengguna twitter yang menggunakan akaun nama @bamdult.
Dia memuat naik tangkap layar dari laman sesawang halal.gov.my menunjukkan sijil halal Empire Sushi telah ditarik balik.
Susulan pendedahan tersebut, Empire Sushi tampil menjawab kekeliruan tersebut. Rupa-rupanya, Empire Sushi baru sahaja menukar nama pendaftaran syarikat dari Empire Sushi Sdn Bhd kepada Empire Sushi Group Sdn Bhd.
Jadi kini mereka sedang menunggu kelulusan dari BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).
Mereka juga menegaskan bahawa Empire Sushi bebas dari kandungan babi, alkohol dan mirin.
Fuh lega kerana status halal makanan tidak boleh diambil mudah. Tambahan pula, Islam telah meletakkan garis panduan halal haram jelas dalam pengambilan makanan minuman.
Ia sebahagian tuntutan ibadah. - CARI
|