|
|
Pelawak Shuk Sahar mengakui hilang banyak pekerjaan termasuk ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Hot FM, namun dia tidak kisah asalkan keluarganya di sisi di saat-saat getir.
 Kredit foto: IG
"Kalau dulu ada duit lebih tapi hubungan keluarga renggang, tapi sekarang saya dapat semula keluarga saya walaupun tawaran kerja banyak hilang," katanya.
"Saya bersyukur hubungan saya dengan isteri dan ahli keluarga semakin rapat. Saya juga bersyukur dapat semula keluarga selepas macam-macam dugaan yang datang.
"Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar. Saya tak kisah asalkan keluarga bersama saya sekarang ini. Apa yang boleh saya katakan, Sera seorang wanita yang kuat dan saya tak pernah salahkan dia atau sesiapa dengan apa yang berlaku. Malah saya letak semua kesalahan atas diri saya," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama air minuman, Semooth di Wangsa Maju.
Mengambil pengajaran atas insiden yang menimpanya sebelum ini selepas terpalit kontroversi dan skandal, Shuk menegaskan dia kini lebih menghargai keluarga.
"Dalam keadaan apa sekalipun, keluarga perlu diselamatkan. Saya tak boleh biarkan keluarga yang saya bina musnah atau bergolak.
"Memang ada kawan-kawan yang datang beri sokongan tapi berapa lama mereka mampu bersama kita. Mujur saya ada ibu bapa yang sentiasa berada di samping saya.
"Kesudian Sera menerima saya semula serta memaafkan segala apa yang saya lakukan adalah bukti cintanya terhadap saya cukup kuat. Saya tak tahu bagaimana jika orang lain hadapi situasi sama," katanya.
Dalam masa sama, Shuk meluahkan perasaa sedih apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera terkena tempias dihujani kecaman netizen.
"Namun, saya selalu nasihatkan dia supaya jangan melayan setiap komen negatif, sebaliknya fokus terhadap keluarga ini," katanya.
Bertabahlah Shuk, hidup memang penuh dugaan dan cubaan. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|