Umum tahu segelintir masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat masih berdegil tidak mematuhi arahan kerajaan yang tidak membenarkan aktiviti merentas negeri kecuali dengan kebenaran polis.
 Kredit foto: IG
Justeru, tindakan Fazura memberi komen terhadap persembahan kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC di Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menjadi bualan hangat netizen.
"Sampai seludup mak bapak. Kita kenalah mematuhi peraturan kerajaan. SOP kan... Tak boleh rentas (negeri), jangan rentas," ujarnya.
 Kredit foto: IG
Kenyataan Fazura itu mencetuskan teka-teki di kalangan netizen sama ada ia ditujukan buat individu tertentu atau sekadar pesanan umum buat semua golongan masyarakat.
 Kredit foto: Twitter
Lembut saja sindirannya buat pihak yang masih berdegil melanggar SOP kerajaan. - CARI |