Sajat baru-baru ini menafikan dirinya sedang bersembunyi, namun lokasinya terus menjadi tanda tanya.
Baca Juga: "Suka Hati Kata Kita Murtad" - Sajat 'Play Victim' Lagi?
Malah, ibu bapanya juga memaklumkan mereka tidak mengetahui lokasi usahawan itu apabila ditanya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis yang datang ke kediamannya.
 Kredit foto: Harian Metro
“Polis dan JAIS sentiasa bekerjasama dengan pihak untuk menyelesaikan apa-apa kes sekalipun termasuk dalam kes Sajat ini. Suatu masa nanti, kita akan dapat menangkapnya.
“Jika benar dia ada di negara ini, datanglah berjumpa kita di JAIS untuk merungkai segala permasalahan.
“JAIS dan polis akan tetap meneruskan usaha dan tidak pernah berhenti menjejakinya yang dipercayai masih bersembunyi dalam negara,” kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dipetik daripada Utusan.
Sementara itu, mengulas dakwaan JAIS gagal dalam menangani isu Sajat, dia menjelaskan pihaknya bekerjasama dengan polis bagi menyelesaikan kes berkenaan secepat mungkin.
Katanya, kes tersebut tiada prioriti nombor satu, dua atau tiga kerana tiada had masa ditetapkan.
 Kredit foto: Harian Metro
“Jika Sajat benar-benar ada di negara ini datanglah berjumpa kita. Kita selesaikan isu ini tanpa perlu dia mempertikai apa yang kita lakukan setakat ini.
“Pintu JAIS sentiasa terbuka untuknya supaya hadir menjernihkan keadaan, tindakan mengeluarkan kenyataan di media sosial tidak menguntungkan sesiapa,” ujarnya.
Kalau tak menyorok, kenapa Sajat tak jumpa JAIS lagi? Kenapa ibu bapa pun 'tak tahu' lokasi Sajat? - CARI |