CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5460|Reply: 43

Noh Salleh Kecewa, Masyarakat Perlekeh Kerja Amal Artis

[Copy link]
Post time 20-3-2021 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Noh Salleh kecewa apabila kerja amal yang dilakukan segelintir selebriti diperlekehkan oleh masyarakat.


Penyanyi kumpulan Hujan ini berkata, mereka perlu kuat kerana mentaliti negatif begini sukar diubah dan dia enggan melayannya.


Foto: IG




"Tak boleh ubah dan tak boleh layan. Dari layan benda yang memenatkan fikiran, baik layan benda yang positif. Jangankan selebriti, misi CSM (Cinta Syria Malaysia) pun dipertikai. Yang mempertikaikannya pun ustaz-ustaz juga.


"Kita tak boleh kategorikan orang yang kurang minda ini sebagai tak Islamik. Yang ada gelaran ustaz pun lebih kurang juga," katanya ditemui pada sidang media pelancaran Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021 semalam.


Menurutnya, dia menganggap ini sikap manusia dan agak sukar mengubah minda mereka.




  



"Mereka kena ambil pengajaran bahawa usaha ini sesuatu yang harus mereka sertai. Mungkin satu hari nanti orang takkan buat kerja kebajikan kerana semua orang dah senang. Ibadah amal ini kalau tiada yang buat pasti pupus. Mungkin sebab artis, apabila warganet cakap sikit terus terasa hati.


"Sebagai aktivis kita kena pekakkan telinga. Kita nak tolong orang sehingga ke akar umbi. Kalau baru nak bermula dah kena kritik dan lemah, baik tak payah dan jadi artis sahaja," katanya.


Noh dan isterinya Mizz Nina memang terkenal dengan misi amal dan pernah menjayakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua pada 2019.




  



"Disebabkan Covid-19 saya terlepas misi bantuan musim sejuk, misi bantuan Ramadan dan misi Raya Korban.


"Sekarang dengarnya di Syria CSM dan beberapa agensi lain buka perkampungan untuk pelarian Syria yang dinamakan perkampungan Melayu. Saya bangga kerana semuanya diusahakan oleh orang Malaysia. Tapi tak dapatlah nak pergi," katanya.


Menurutnya, dia bersama isteri serta beberapa pihak termasuk usahawan Khairul Hakimin mengadakan mesyuarat berkenaan perkara ini pagi semalam.


  





"Kami buat ketetapan siapa yang nak pergi bolehlah, tapi terus sambung misi Ramadan pula. Takkan sebulan pula nak tinggal di sana. Kemudian apabila balik di Malaysia kena kuarantin dua minggu pula. "Saya tak kisah berada lama di Syria tapi apabila balik Malaysia kena jalani kuarantin itu yang masalah," katanya yang turut terbabit dengan misi amal Kopstar (Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad). -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 11:16 AM | Show all posts
Biase la kene perlekeh.
Sbb retis, and korang ramai kenal, lg la ramai perlekeh.
Bukan ke mende tu biase
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
{:laugh nak buat camne retis pun manusiq
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la tu, tapi mizz nina ni iols takkan perlekeh. App dia tu pun letop dan iols masih pakai.

Kecuali kalau tu siti sarah, dia menderma ke apa semua tu untuk marketing dan menunjuk. Uols semua jangan percaya dengan chucky ittew.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan noh sedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayah tlg syiria tu bole tak
Negara erebs sekeliling tu kaya raya ...
Rakyat kita ni bersepah merempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex Zarema bini Aidil. Selalu reputs suka nak provoke, takmo tanya Zarema apa dia rasa? Hahaha. Sampah sungguh reputs kat Mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat amal senyap2 sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 20-3-2021 12:55 PM
Tayah tlg syiria tu bole tak
Negara erebs sekeliling tu kaya raya ...
Rakyat kita ni bersepah mere ...

aku dari dulu klu support syria ni mmg kurang laaa

taoi klu infaq utk rakyat malaysia aku mmg buat ...

sbb dlm islam mmg dah kata , tolong keliling kau dulu bila dah xde baru ko tolong org lain , macam yg ebit liew  buat ...

dia byk duit, dia p cari org susah
bukan org susah g mengemis kat dia
dia p cari yg kat lorong2 ...

ada ler yg bagitau dia kat mana kat mana


macam ketua kampung
klu ikutkan , diorg ni kena bagi bantuan

tapi ketua kampung and ajk masjid kenyang ambik duit derma buat gaji memasing...  takpaham aku

jihad la kat negeri sendiri dulu sblm jihad kat negara org ... zzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 20-3-2021 02:17 PM
aku dari dulu klu support syria ni mmg kurang laaa

taoi klu infaq utk rakyat malaysia aku mmg  ...

Laknat kan aje ketua kmpung sidang2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 04:33 PM | Show all posts
kerja amal tkpe jngn kerja anal

kalau kerja anal siap la korang diperleceh

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kami buat ketetapan siapa yang nak pergi bolehlah, tapi terus sambung misi Ramadan pula. Takkan sebulan pula nak tinggal di sana. Kemudian apabila balik di Malaysia kena kuarantin dua minggu pula. "Saya tak kisah berada lama di Syria tapi apabila balik Malaysia kena jalani kuarantin itu yang masalah,"



knp masalah nk kuarantin tu?  tah la Noh.  kt Malaysia byk lg org yg susah lagi2 dek kerna pandemik ni. sejak kantoi berite yg palestine tak dpt pun so called bantuan ni iols mmg pangkah je. lgpun afdhal tlg dalam negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu noh hujan ni mengingatkan zaman rumaja aku zaman panjat pagar skola dulu zaman mula kenal cinta gittuhh..alahai skang da remaja purba da beranak dua da pun skang..kenapa masa cpat nau berlalu???{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex: Badan noh sedap

Gi la kedai mkn die kat ampg tu.. Laksa sarawak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 20-3-2021 01:07 PM
Ex Zarema bini Aidil. Selalu reputs suka nak provoke, takmo tanya Zarema apa dia rasa? Hahaha. Sampa ...


silap benang ke apeni hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la hebohkan org perlekeh ke tidak. Yg penting Allah tahu kita buat sesuatu tu kerana apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 20-3-2021 08:37 PM
Gi la kedai mkn die kat ampg tu.. Laksa sarawak...

Nama kedai dia laksa sarawak ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku la
Tolong org dlm negara sendiri dulu
Sbb dkt malaysia ni masih ramai lg yg hidup susah
Duk tolong org negara luar org sendiri diabaikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.270941 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list