CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4994|Reply: 31

Tak pecat kartunis Ujang, dia juga bukan kakitangan Les'Copaque - Pengarah Urusa

[Copy link]
Post time 25-2-2021 07:36 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Syarikat animasi, Les'Copaque Production Sdn Bhd menafikan memecat kartunis, Ujang seperti dakwaan yang tersebar. Ini berikutan kartunis popular itu mendakwa diberhentikan kerja, baru-baru ini.


Puncanya, Ujang ditegur berikutan menghasilkan kandungan komik Upin Ipin yang sudah lari daripada tema asal komik berkenaan. Hasil kandungan juga didakwa tidak mencapai apa yang dikehendaki.


Pengarah Urusan Les'Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, Ujang bukanlah kakitangan syarikat animasinya, sebaliknya bekerja dengan Nyla Sdn Bhd.


Katanya, Nyla adalah penerbit bahan bacaan bercetak yang menggunakan cerita dan watak daripada siri animasi Upin & Ipin dengan izin berlesen daripada Les'Copaque.


"Saya tak pernah memecat Ujang. Dia juga bukan kakitangan Les'Copaque. Sebelum ini, kami menghasilkan komik Upin dan Ipin, Ujang diambil bekerja oleh Nyla yang memegang lesen berkenaan.


"Jadi, Ujang hanya penasihat syarikat berkenaan. Jujurnya, saya ada menegur Ujang mengenai kandungan yang dihasilkan sudah lari daripada tema asal yang dipersetujui.


"Bagaimanapun, Nyla memberhentikannya. Namun, sedihnya, Ujang mendakwa saya memberhentikannya. Saya tidak pernah membayar gaji Ujang. Jadi, bukan hak saya untuk memecatnya," katanya kepada BH Online.


Sementara itu, filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal terus menjadi pilihan apabila menjadi filem animasi pertama disiarkan menerusi saluran pawagam di rumah, Astro First, sejak tiga bulan lalu.


Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal sekali gus mengetepikan filem Ultraman Taiga, Petaka dan 10 Tips Tipu Bini.


Burhanuddin berkata, ia adalah satu lagi pencapaian yang membanggakan selepas tayangannya di panggung wayang pada April 2019 berjaya meraih kutipan RM26 juta.


"Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan kisah menarik dan boleh ditonton seisi keluarga berulang kali, disebabkan itu langganannya tinggi.


"Selepas ditayangkan di panggung wayang, kami tidak pernah menayangkannya di mana-mana platform, jadi ramai yang tidak berkesempatan menontonnya seperti peminat di Kelantan yang tidak mempunyai panggung wayang.


"Alhamdulillah, pawagam di rumah juga boleh berjaya mendapat sambutan bagus," katanya.







Dalam masa sama, Burhanuddin berbangga apabila episod baharu, Upin & Ipin Tumbuh Rambut 'trending' dalam laman sosial selepas ditayangkan sejak minggu lalu.


Katanya, episod baharu menampilkan kisah dua beradik kembar mempunyai rambut mendapat sambutan menggalakkan hingga tular di tempat kedua dalam laman YouTube.


"Upin & Ipin Tumbuh Rambut juga tular di Indonesia. Kalau tular di negara seberang bermakna kuatlah penangan episod kali ini. Kebanyakannya memarahi watak Fizi yang mengatakan Upin dan Ipin botak.


"Watak Fizi juga pernah 'trending' di tangga nombor satu ekoran kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal hingga kami perlu membuat permohonan maaf ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu," katanya.


Mengulas siri baharu Upin & Upin ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu, Burhanuddin berkata, stesen televisyen (TV), MNC TV adalah rakan kongsi syarikat animasinya.


"Jadi, setiap siri baharu Upin & Ipin akan ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu. Ini kerana, tiada stesen TV tempatan yang mahu membeli siri baharu ini. Disebabkan itu, stesen TV tempatan hanya menayangkan ulangan episod lama.


"Kebiasaannya, penonton di sana merakamkan, kemudiannya berkongsi dalam YouTube barulah penonton Malaysia dapat menontonnya.


"Ramai bertanya mengapa siri baharu tidak disiarkan di kaca TV tempatan. Nak buat macam mana, stesen TV tempatan tidak mahu membelinya.


"Tidak dinafikan, siri animasi agak mahal harganya. Saya faham dengan keadaan stesen TV yang kurang berkemampuan, jadi ia memberi kekangan untuk membeli produk ini," katanya.


Selain itu, Les'Copaque juga mengeluarkan siri baharu berjudul, Upin & Ipin: The Helping Heroes. Siri itu khusus bagi membantu kanak-kanak belajar dan mendalami bahasa Inggeris.


Siri Upin & Ipin Iqra pula dihasilkan untuk kanak-kanak belajar mengaji bersama Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Almakki.










Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 08:20 AM | Show all posts
ujang ni mana2 pergi mesti ada isu...  nampak macam ada masalah ego je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:21 AM | Show all posts
ujang ni pergi mana2 mesti ada isu...  nampak macam ada masalah ego je dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk Ujang. tapi cerita pasal ujang sikit je. Selebih tu cerita pasal kampeni yg tkde kena mengena dgn ujang. Clickbait
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:29 AM | Show all posts
eyansss replied at 25-2-2021 08:21 AM
ujang ni pergi mana2 mesti ada isu...  nampak macam ada masalah ego je dia ni...

tulah rasanya dia nie ego sikit.. biasala org lama kan dlm bidang ni mesti la susah sikit nk terima pandangan org
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tiada apa-apa yang berlaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang aku suka beli Gila-gila jadi aku memang follow Ujang ni.Cerita aku budak minang,3 dara pingitan & kemudian dia buat majalah Ujang pulak memang best.
Kesian dia,watak din beramboi tu awal2 majalah ujang wujud,dia yang create.Tapi sebab ada pihak lain yg cunning,pergi patentkan din beramboi tu.Terus ujang kena stop production sampai bangkrap.Mula dr tu dia jatuh teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang aku suka beli Gila-gila jadi aku memang follow Ujang ni.Cerita aku budak minang,3 dara pingitan & kemudian dia buat majalah Ujang pulak memang best.
Kesian dia,watak din beramboi tu awal2 majalah ujang wujud,dia yang create.Tapi sebab ada pihak lain yg cunning,pergi patentkan din beramboi tu.Terus ujang kena stop production sampai bangkrap.Mula dr tu dia jatuh teruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 09:11 AM | Show all posts
tak habis2 dgn masalah si ujang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:39 AM | Show all posts
Tajuk artikel pasal Ujang, content 80% cerita pasal Les Copaque...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:59 PM | Show all posts
upin ipin skrg tak bestlah..mmg suka tgk yg lama2 punya dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss: ujang ni mana2 pergi mesti ada isu...  nampak macam ada masalah ego je ni...


kan. Dulu aku pun follow gak fb dia ni. Idea, originality ada tapi tak berwawasan sampai nama & karya sendiri kena sauk depan hidung pun tak sedar. Pastu dah kene tendang ala2 play victim.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 03:54 PM | Show all posts
aku pernah berbual dgn org kuat majalah gila2...  lama dulu la..

tanya pasal ujang yg dihentikan dari syarikat nya tp dia tk brp nk jwb.. tp dari jawapannya sikit2 aku buat kesimpulan yg ujang ... mcm masalah yg disebut sini lah... gila2 mmg ada prinsip tersendiri tp dia ni nk buat style dia..so dia terpaksa dikleluarkan dari syarikat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:10 PM | Show all posts
Mcm Zulyahya je muka beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh mnc mmg beli rupanya.patutla siri bru semua mnc keluarkan.tv malaysia xde
Npe la tv malaysia kedekut nk beli kartun tempatan?best kot upin ipin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:30 PM | Show all posts
hasniey replied at 25-2-2021 04:17 PM
Owh mnc mmg beli rupanya.patutla siri bru semua mnc keluarkan.tv malaysia xde
Npe la tv malaysia k ...

sbab tv malaysia suka channel menjual produk cikai woo chop n derama2 tak logik tu..deyollss rasa kartun ni takde pekdah gituhh..last2 ummah indon lagi advance dari tv tempatan..sedeyhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 04:32 PM | Show all posts
dia ni dari dulu suka melompat2 tempat kerja disebabkan dipecat/dibuang..aku syak mesti ada masalah dalam diri smpai g mana2 company pun sampai kena buang..bad reference dalam CV tau..biar la kita ni benti sbab dpat better job offer jgn la sbab dipecat/dibuang oleh majikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:37 PM | Show all posts
eyansss replied at 25-2-2021 08:21 AM
ujang ni pergi mana2 mesti ada isu...  nampak macam ada masalah ego je dia ni...

tu la pasal, sampai naik meluat pula sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 05:01 PM | Show all posts
sayang betul dgn bakat ujang ni
dikenali dr dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 05:56 PM | Show all posts
ujang ni org kampung yg berjaya. so ego tinggi la skit tapi kurang cerdik.

tp ye lah x patut la nk patent2 kan org lain punya produk. tau la ujang tu x cerdik. sian dia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.095611 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list