CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3323|Reply: 23

Sukar Bergerak, Wanita Obesiti Pernah Koma 12 Hari

[Copy link]
Post time 10-2-2021 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Berat badannya yang mencapai 150 kilogram (kg) memberi bebanan kepada Rosmarina Che Ghani apabila beliau bukan sahaja sukar bergerak malah pernah koma selama 12 hari pada Disember tahun lepas.








Rosmarina, 40, berkata kedua-dua kakinya kini membengkak dan sembap akibat masalah kesihatan yang dideritainya seperti darah tinggi, kencing manis serta asma kronik yang memerlukannya bergantung kepada ubat-ubatan setiap hari.

"Berikutan berat badan berlebihan juga saya hanya mampu berjalan secara perlahan-lahan dengan memegang dinding di dalam rumah atau untuk ke tandas, selain melakukan kerja rumah ringan sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di rumah sewanya di Taman Desa Rimbunan, Peringat di sini, hari ini.


Rosmarina berkata beliau dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bulan lepas selepas koma dan atas sebab itu beliau kini nekad ingin mengurangkan berat badan bagi menjaga kesihatannya.


Katanya, disebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang dihidapinya, Rosmarina perlu menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di HUSM Kubang Kerian, namun disebabkan kekangan kewangan selain pengangkutan, beliau terpaksa menukar tarikh atau membatalkan janji temu.


Sebelum ini, Rosmarina menjual makanan secara kecil-kecilan di kawasan rumah namun terpaksa berhenti sejak tiga tahun lepas disebabkan masalah kesihatan dan ujian terus menimpanya apabila suami, Ahmad Dusuki Aziz, 40, kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang berdekatan pada Disember tahun lepas.




Kredit foto: Bernama/MalaysiaKini



“Bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan dan ia digunakan untuk keperluan perubatan selain kos berulang-alik setiap kali menghadiri janji temu di HUSM Kubang Kerian," katanya.


Beliau berharap agar mendapat bantuan kerusi roda khas elektrik dan katil beroda berikutan kini beliau hanya tidur di kerusi sahaja dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0301441000154726 atas nama Rosmarina Che Ghani.




Sumber: Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 05:46 PM | Show all posts
JKM ni pun satu hal kasi RM250 kasilah RM1K kan yg minta tu orang susah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 05:47 PM | Show all posts
JKM ni pun satu hal kasi RM250 kasilah RM1K kan yg minta tukan orang susah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 10-2-2021 05:47 PM
JKM ni pun satu hal kasi RM250 kasilah RM1K kan yg minta tukan orang susah

Wow, mcm da gaji org bekerja da
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah faham macam mana orang boleh obesiti.
Obesiti faktor dia makan kan? Ke ada faktor lain?
Makan tak hingat. Seronok makan sampai obes kemudian dikategori sebagai sakit? Apoo

Kenapa makan sehingga memudaratkan diri, tak ada bezanya dengan orang yang mendadih.
Maaf tak mampu nak bersimpati dengan orang yang menganiaya diri sendiri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 10-2-2021 06:08 PM
Aku tak pernah faham macam mana orang boleh obesiti.
Obesiti faktor dia makan kan? Ke ada faktor l ...

Kadang2 org ada penyakit mcm prader willis syndrome makan sampai mati. Kebanyakannya mmg addicted to food. Bezanya dgn addiction lain, sumber ketagihan tu tak boleh cut off terus. Kalau alcoholic, dia boleh cut off terus supaya tak teringin. Kalau org ketagihan alcohol disuruh minun sikit2 je dah tentu tak jadi. Tp ketagihan makanan kena makan juga tp kena hadkan so agak susah utk kawal diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Y nih sptutnye buat operate potong perut sbb beto2 masalah kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aurat kot tu..photog pun gigij nak tunjuk kaki bengkak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel: Y nih sptutnye buat operate potong perut sbb beto2 masalah kesihatan.



Harap menteri wanita akan bantu guna elaun sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 10-2-2021 06:08 PM
Aku tak pernah faham macam mana orang boleh obesiti.
Obesiti faktor dia makan kan? Ke ada faktor l ...

pemakanan mungkin punca utama...lgpun dia claim ada asthma, so asthma yg kronik doctor akan bg steroid...steroid boleh increase appetite, so mudah nak gain weight..lg ada kencing manis lg...
bila da byk penyakit cmtu, bdn rasa lemah&buat keje sikit dah letih...so aktiviti fizikal akan sgt kurang....lg la jd kan org tu cenderung kearah kegemukan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
RM250 tu dapat apa je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2: pemakanan mungkin punca utama...lgpun dia claim ada asthma, so asthma yg kronik doctor akan bg steroid...steroid boleh increase appetite, so mudah nak ...


Betul2. Aku setuju sebab aku ada sedara yg alami benda sama. Ubat memang beri kesan pada berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon mana2 duktur bleh bagi diskaun 90% utk akak ni buat BS..ksian kat dia ni sampai pengsan koma smua sbb gemss..{:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak runtuh ke jamban duduk?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat sgt ni sampai 150kg.
Camna la akak ni nk bergerak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 07:50 AM | Show all posts
sedih tgk org tak berdaya mcm gini.
tkde ke coach diet yg nak tolong dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih
Iols masa 78kg pung terasa sakit lutut..
Tapi iols tak nampak gemuk...
Tapi kita yang rasa..so..sendiri sedar lah
Huhu

Harap akak ni dipermudahkan lah urusannya utk kurus
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 10-2-2021 06:08 PM
Aku tak pernah faham macam mana orang boleh obesiti.
Obesiti faktor dia makan kan? Ke ada faktor l ...

Kalau tengok sakitnya tu..ubatnya mmg banyak steroids
Tu maybe jadi salah satu punca
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk komplikasi kesihatan camni mmg calon yg bagus operate ptg perut
Tp tang duit la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 10-2-2021 07:06 PM
Harap menteri wanita akan bantu guna elaun sendiri

Beto kak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.812109 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list