View: 5376|Reply: 35
|
Ini bukan iklan berbayar:KFC’ Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Aku( Ayam),
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 10-2-2021 12:16 AM
KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI 2021 – 2021 mungkin bermula dengan rasa déjà vu, tetap kini ada sesuatu yang baharu untuk anda dan deria rasa anda! KFC Malaysia telah memperluaskan penawaran makanannya dengan pelancaran KFC Zero Chicken Burger* – burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.
Tawaran waktu terhad ini dilancarkan khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang mengingini variasi baharu dalam pilihan makanan mereka. Berkolaborasi dengan jenama pengganti daging Quorn, KFC Zero Chicken Burger* menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol.
KFC Zero Chicken Burger* padat dengan kepuasan Original Recipe 100% dalam setiap gigitan. Patty tanpa daging disalut sepenuhnya dengan adunan 11 herba dan rempah rahsia KFC dan digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.
Walaupun produk ini khusus buat peminat KFC untuk menikmati burger lazat KFC tetapi tanpa ayam, namun ianya bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana ianya disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.
“Beberapa tahun kebelakangan ini, protein tanpa daging telah mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan sumber protein alternatif. Disinilah bermulanya ciptaan konsep ‘Tanpa Ayam’ – burger yang rasa seperti ayam tetapi tiada ayam, namun sememangnya rasa lazat KFC yang memuaskan! Kami
amat teruja untuk rakyat Malaysia merasai KFC Zero Chicken Burger* ini sendiri untuk mempercayainya!”kata Evelyn Ng, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.
KFC sentiasa berusaha untuk membawakan anda trend makanan terbaharu yang selamat-untuk-dimakan, segar disediakan, dan enak. Oleh sebab itu, kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan. Kami konsisten dalam memastikan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi selaras dengan garis panduan dan Produk bertanda * tidak sesuai untuk vegan / vegetarian. SOP yang ditetapkan kerajaan. Jadi, dapatkan KFC Zero Chicken Burger* tanpa risau melalui beberapa saluran tanpa sentuh seperti Bawa Pulang, Self Collect, Pandu Ambil, Pandu Lalu, dan Penghantaran.
Boleh didapati secara rasminya bermula esok untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada di seluruh restoran KFC di Malaysia. Nikmatinya A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula RM12.99 sahaja. Anda cuma perlu buat pesanan atas talian di www.KFC.com.my atau aplikasi mobil KFC Malaysia.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nanti bole cuba...dedulo masa belajar mmg beli daging Quorn bila stok daging halal habis... |
|
|
|
|
|
|
|
Soy patty ke euwww.. i mmg xleh la..
Cheese tu vegetarian/vegan bole makan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 10-2-2021 05:36 AM
Soy patty ke euwww.. i mmg xleh la..
Cheese tu vegetarian/vegan bole makan ke?
Sedap gak soy patty, tak rasa soya pun |
|
|
|
|
|
|
|
Macam best aje burger ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu je beli makanan vegetarian. sedap wei. tak ingat brand ape, tapi nugget kambing die mmg rsa kambing |
|
|
|
|
|
|
|
Nenolen replied at 10-2-2021 12:09 AM
Nanti bole cuba...dedulo masa belajar mmg beli daging Quorn bila stok daging halal habis...
Iols tak minat quorn dolu2. Tak tau la kalau rasa dia dah ok la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Berminat la nak beli esok... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbeli lauk 'ayam' kt kedai yg sediakan makanan utk vegetarian..tak sodap. Tak kena dgn tekak aku |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu org kata kalau burger beli McD, ayam KFC, tapi skrg i suke burger KFC lagi dan ayam suka 2-2. So nak try lah menu baru ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 10-2-2021 05:36 AM
Soy patty ke euwww.. i mmg xleh la..
Cheese tu vegetarian/vegan bole makan ke?
Katanya vegan xleh mkn beger ni..ada tgk kt ig... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan kaka buat odit system cashier kt restaurant.. Dia ckp most of franchais ni tempat masak mesti ada bau kencing tikus..esp kepci
Tp masih dpt plat A kebersihan atas sebab2 yang only God's know what |
|
|
|
|
|
|
|
nak try la hujung minggu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ok nak try pulak, macam best best |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tak sedap je. Tapi kena try la baru tahu.
Apa2 pun sujud syukur la ayam2 di luar sana kalau mendengar berita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Speaking about Vegetarian; vege soy ni lagi tak sihat, they put favouring. Jangankan daging/ikan/ayam flavor, ikan kering flavor pun ada. Kalau betul-betul vege, makanlah vege naturally. Tak pun makan cottage cheese (paneer). Cottage cheese lagi sedap dari tauhu biasa. Tak paham aku |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dulu maharani burger pun no meat juga? Tak ingat sgt sebab tak sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi harga ayam turun tak?
haaaaaaaaaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
owh mcm pernah makan je jenama quorn ni..jenis sosej punya...patty pernah ke ek..ntah
sosej tu sedap rasanya...tp cepat muak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|