|
|
Neelofa terharu apabila ditawarkan untuk mengendalikan program televisyen meskipun dirinya kini berniqab.
Pengacara dan usahawan itu bagaimanapun enggan muncul di kaca TV tanpa ilmu yang cukup.
 Kredit foto: IG
Katanya kepada BH Online yang dipetik Media Hiburan, dia terkejut apabila masih menerima banyak tawaran mengendalikan program TV.
"Saya terkejut kerana wanita berniqab seperti saya ditawarkan mengendalikan program untuk stesen premium pada waktu perdana.
"Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan," katanya.
 Kredit foto: IG
Tidak mahu pergi (ilmu) kosong, katanya jika bersedia menerima tawaran tersebut.
"Biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu," ujarnya.
Dalam masa sama, Neelofa memaklumkan dia mahu menghentikan aktiviti seni buat sementara waktu, malah tidak terfikir untuk kembali berlakon. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|