View: 4473|Reply: 20
|
Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera. Adakah Menjadi Satu Isu?
[Copy link]
|
|
Sedang hangat menjadi perbualan netizen apabila terdapat seorang daripada kalangan mereka yang membuat pemeriksaan latar belakang ke atas pemilikan Farm Fresh sama ada ianya betul milikan bumiputera atau tidak. Banyak kali juga dilaporkan disebabkan atas dasar gerakan Buy Muslim First (BMF), produk ini telah diangkat dikalangan bumiputera.
Semakan latar belakang ini dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang menggunakan sistem semakan SSM untuk memeriksa adakah benar usahawan yang dikenali ramai, Azmi Zainal “Boss Susu” merupakan salah seorang pemilik produk tersebut.
Namun, timbul beberapa ulasan oleh pemilik akaun Facebook yang lain, adakah menjadi satu kesalahan apabila Azmi Zainal bukanlah salah seorang pemilik Farm Fresh yang sebenar. Bahkan, pemegang saham terbesar syarikat yang mengeluarkan produk Farm Fresh adalah kebanyakannya bukanlah daripada golongan bumiputera.
Ini diulas lanjut oleh saudara Bukhari Ramli dan Fdaus Ahmad.
Berdasarkan hantaran-hantaran di atas, memang jelas dinyatakan bahawa Azmi Zainal tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa susu Farm Fresh ini milik syarikat bumiputera. Walaupun bukan pengasas sebenar, beliau mempunyai pegangan saham ke atas syarikat tersebut.
Terbaharu, Azmi Zainal dalam hantarannya di Facebook menceritakan bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke luar negara melalui pemilikan kilang di Australia. Beliau berkongsi proses yang bermula dengan pelaburan melebihi RM100 juta sehingga ianya sudah mula menampakkan hasilnya pada hari ini.
Farm Fresh juga bakal disenarai awamkan di Bursa Malaysia, hebat bukan?
Sesungguhnya kisah Azmi Zainal membangunkan dan mempopularkan jenama susu tempatan Farm Fresh sebelum ini sering saja menjadi buah mulut dan juga inspirasi kepada masyarakat kita.
Bermula dengan penghasilan produk tenusu, nama Azmi juga semakin menjadi bualan selepas beliau terlibat dengan perusahaan daging serta membuat penampilan dalam rancangan realiti TV dan sukan permotoran tempatan sebagai penaja.
Sumber : Odisi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adehhhh pandai orang bukan islam pancing orang islam...benci2 depa kat islam, perlu gak orang islam tarik pelanggan Islam...cehhh tak guna selama ni kena kencing dengan orang bukan islam...ye ye je orang kata susu tu pemilik dia orang islam, alih2 diguna je |
|
|
|
|
|
|
|
X jd isu kalo x claim as produk bumiputra dan muslim. Tp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad pun bukan owner Pau Ahmad
Ahmad cuma drebar bawak pau cina buat merataaaa di jual
Ingat Ahmad Ingat Pau Ahmad |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan harap aku nak beli susu farm fresh dah hahahaha{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
adikfatin: Adehhhh pandai orang bukan islam pancing orang islam...benci2 depa kat islam, perlu gak orang islam tarik pelanggan Islam...cehhh tak guna selama ni ...
Bila melayu sanggup jadi pengkhianat alibaba maka rosak institusi. Bukan masalah rasis tapi memang dalam ayat al maidah pun Allah suruh pilih utamakan orang islam sebagai pemimpin, kawan dan pelindung.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dalam majalah 3 ada cerita pasal FF ni...
memang bukan 100% melayu...
rasanyanya tak pernah baca boss susu ckp yg FF ni full bumiputera |
|
|
|
|
|
|
|
Susu kurma dia mmg sedap. Brand mcm good day ke dutch lady x lain boleh tiru rasa dia..tapiiiii..sebotol rm7 mahal yakmat.. |
|
|
|
|
|
|
|
mijot: rasanya dalam majalah 3 ada cerita pasal FF ni...memang bukan 100% melayu...rasanyanya tak pernah baca boss susu ckp yg FF ni full bumiputera
Netizen sendiri yg speku susu ni bumiputra punya. Yelah dok mengadap gegarvaganza je..
|
|
|
|
|
|
|
|
some agents dia yang selalu guna nama bumiputera
nak tarik pelanggan.......
harga beli kat agent vs kedai2 vs big stores pun lain ...............
pilihan di tangan anda |
|
|
|
|
|
|
|
Geng yang hanya BMF pasti anggapnya isu penting buat yang lain mungkin tak kesah asalkan ada sijil halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan full bumi could be 99%
Ini bumi hanya 2% jer...
Tak sure kalau dia pernah claim he own the company, tp bila org sebut2 kata company tu dia punya, tak pulak dia menidakkan...
Lebih kurang mcm Rosyam Mart, hasil partnership dia dan rakan kongsi, alih2 rupanya share dia beberapa percent jer, itupun dpt share sbb guna nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
alahai aiols awal2 lg dh tau mmg cainis punyer...sbelum FF sponsor GV lg aiols dh tau...yg aiols pelik tetibe jer abg susu nie diketengahkan...well well well pandai kn game depa? |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 aku ingt farmfresh pakcik ni punya.
..sbb di potray mcm pakcik ni tokey besar.
skrg aku nk ban bkn sbb company bkn company bumiputera.
tapi sbb rasa tertipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
feberet aku farm fresh ni..
tapi sepanjang beli tak terfikir langsung nak tahu ownernya cina ke melayu ke india ke...
selagi halal dan sedap, aku beli..
|
|
|
|
|
|
|
|
hantar je la tokey dia si loi tuan ee tu masuk gegar vaganza. setel masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
isu ni bukan ke dah lama org tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Mula tu bangga gak sbb ingat mmg milik dia. Sbb nak support product bumi rupanya salah support pulak! Sape2 ada info product tenusu org2 kita harap kongsikan ye! |
|
|
|
|
|
|
|
Nothing new. But the way they projected Azmi Zainal as the owner is brilliant. Mcm mana depa start jual susu. Direct selling, system ajen, stokis.
Just look back few years.
Point of thought, kalau bukan dia yg promote susu kurma ni. Ada ke org2 melayu akan jadi penjual tepi jalan, pasar malam menjual di laman rumah, online. Jadi stokis. Pengedar. Jadi soalan cepumasnya, pernah kah anda jumpa penjual susu tepi jalan ni bangsa lain? time bulan posa berebut2 org beli kat bazaar ramandhan.
Dan bila dah berjaya, dia ialah juru cakap, masuk TV, rancagan TV dll.
Pada aku satu perancangan marketing yg menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|