CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7431|Reply: 65

"Bertapa Seksanya Bila Sesak Nafas" Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dijan

[Copy link]
Post time 18-1-2021 01:14 AM | Show all posts |Read mode





Sudah hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia hingga mengakibatkan jutaan orang dijangkiti wabak dan ratusan ribu meninggal dunia.


Namun disebalik kebimbangan tentang jangkitan wabak berbahaya ini, masih ada lagi segelintir manusia yang tidak yakin akan bahaya virus Corona ini. Tak kurang juga yang hanya menganggap serangan akibat virus Covid-19 hanya seperti selsema biasa sahaja.


Kisah yang dkongsikan oleh seorang wanita yang bertarung 10 hari melawan virus Covid-19 ini mungkin boleh memberi pengajaran buat kita semua tentang bahaya penyakit ini jika antibodi lemah dan juga amat berisiko tinggi kepada golongan yang berpenyakit kronik.


Wan E'reen Wan Hasan, 30, ibu kepada tiga anak setiap hari menyaksikan mayat pesakit Covid-19 diusung dengan dibaluti beg mayat berwarna hijau membuatkannya tidak mampu untuk tidur lena pada setiap malam.


Dalam keadaan sesak nafas ketika di wad kritikal, hanya anak-anak yang sentiasa berada difikirannya dan ia menjadi kekuatan untuk terus semangat melawan penyakit itu.



"Saya tetap lawan sakit itu dengan memperbanyakkan zikir dan tawakal ketika tempoh di dalam itu (wad kritikal) kerana memikirkan anak di rumah.


"Ketika jalani rawatan di wad kritikal empat hingga lima kali kena ambil darah dekat nadi. Doktor beritahu saya sudah berada dalam senarai pesakit akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) jika oksigen tidak dapat lagi membantu.


"Ketika mendengar keputusan itu, saya hanya memikirkan nasib anak, bagaimana kalau tidak sempat jumpa dan kucup mereka," katanya.


Antara simptom awal Covid-19 dihadapinya termasuk demam, sakit dada, batuk, tekak kering dan sakit belakang badan.


Katanya, keadaan kesihatan merosot sejak mendapat simptom awal pada 24 Disember lalu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjalani ujian 'rapid test kit' atau RTK bagi mengesan Covid-19.


"Kebetulan cuti kerja pada 30 Disember itu dan saya mendapatkan RTK di institusi swasta dan keputusannya adalah positif.


"Ketika itu sudah mula sesak nafas dan suami terus hubungi 999 keesokan harinya supaya saya dapat jalani rawatan lebih cepat.


"Masa dalam ambulans doktor bertugas kerap tepuk dada sebab saya menggelupur tidak boleh bernafas seperti lemas," kongsinya.


Wan E'reen berkata, pelbagai situasi meruntun emosi dialaminya ketika berada lima hari di wad kritikal sebelum dipindah ke wad biasa.


Katanya, katil di sebelahnya menempatkan wanita warga emas yang diserang strok dan terpaksa makan serta minum menggunakan tiub khas.


"Jururawat membantu membancuh susu dan apabila dia sesak nafas, apa yang dia hanya mampu buat adalah menguis-nguis kakinya pada tilam.


"Begitulah betapa seksanya apabila pernafasan jadi sempit. Bukan itu saja, di ruangan berbeza, hari keempat di wad kritikal saya terdengar seorang lelaki terjerit-jerit cakap sesak nafas.


"Lelaki itu mahu membunuh diri dan mengugut jika tidak dibenarkan pulang, dia mahu membuat laporan polis. Jururawat dan doktor membantu supaya dia tenang," katanya.


Wan E'reen yang bekerja di sektor swasta, dibenarkan keluar hospital selepas disahkan bebas daripada Covid-19 itu pada 10 Januari lalu.


Namun, katanya, kesan sampingan daripada jangkitan virus berkenaan menyebabkan dia menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).


"Rasa mengalah pada awalnya sebab setiap hari terpaksa telan 20 biji ubat dan perlu melakukan sendiri suntikan pencair darah.


"Keadaan diri tidak sama seperti dulu dan jangka masa untuk pulih mengambil masa lima bulan berdasarkan pengalaman doktor dan mungkin lebih," katanya yang akan menjalani rawatan lanjut di Institut Perubatan Respiratori (IPR).


Menurutnya, sepanjang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh itu, suami antara menjadi tulang belakang dalam menguruskan anak di rumah.


Katanya, insya-Allah dalam masa sebulan lagi dia boleh melayani anak seperti biasa dan buat masa sekarang masih tidak boleh buat kerja berat.


"Anak memang memahami dan faham ibunya sakit dan berdikari, baik yang kecil mahupun yang besar.


"Jadi, saya berharap orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.


"Katil di sana tidak pernah kosong dan sentiasa dipenuhi pesakit. Bayangkan ada 28 katil, tetapi yang menjaga kami hanya dua jururawat saja,"  


Menurutnya, dua jururawat itu melakukan pelbagai tugas seperti drip (titisan intravena), mencuci najis, kutip sampah dan memantau pesakit.


Nasihatnya buat orang ramai agar sentiasa jaga diri dan tidak mengambil mudah dengan wabak Covid-19 kerana selain boleh meragut nyawa, petugas kesihatan juga sudah penat dan telah banyak berkorban masa dan tenaga. - CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 01:26 AM | Show all posts
kesiannya.dah sembuh tapi kena radang paru2 pulak..bertabahlah sis
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
pening baca ayat dia dh le panjang.campur eng bm pastu perenggan pun takde. apa dia nk citer sebenarnya pun tk tau. nk citer pengalaman covid dr A sampai Z ke nak citer simptom ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami n anak2 tak jangkit pulak drpd dia ye..6 hari jgk from first symptom dia duk rumah tak bgtahu pulak dia mmg self quarantine from suami n anak2 ke tak. Aku just curious sbb ada kes jangkit from rakan sepejabat yg jumpa beberapa kali je. Tapi dgn family yg berjumpa hari2 dan tidur sebantal tak jangkit pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi makan hari2 masa kat pusat kuarantin maeps tu.. Dia cakap doctor xde bagi ubat pun.. Sendiri kena makan vit c hari2 je.. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 18-1-2021 06:31 AM
Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi maka ...


Aku pon dgr kwn aku ckp mcm tu jgk..lps tu ada sorang sedara mak aku..kena covid..ye ye je ambulance dtg ambik kat rmh lps tu balik lps 2/3 hari.mcm kes mawar karim & emma maembong kot..blh kuantine je kat rmh..x teruk sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 18-1-2021 06:31 AM
Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi maka ...

Aku pon dgr kwn aku ckp mcm tu jgk..lps tu ada sorang sedara mak aku..kena covid..ye ye je ambulance dtg ambik kat rmh lps tu balik lps 2/3 hari.mcm jes mawar karim & emma maembong kot..blh kuantine je kat rmh..x teruk sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:05 AM | Show all posts
takut baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut baca. Nak gi environment spital tu pun takut. Dalam wad C19 tu umpama biohazard lab

Lepas sembuh peparu tetap berparut means nak tarik nafas pun semput
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick: Suami n anak2 tak jangkit pulak drpd dia ye..6 hari jgk from first symptom dia duk rumah tak bgtahu pulak dia mmg self quarantine from suami n anak2 k ...



i pun terfikir benda sama.bila dapat tau je ada pesakit covid terus datang pakai ppe siap sanitize sana sini ibarat tempat pesakit pernah lalu pun sangat bahaya padahal duduk serumah mesti lah guling2 atas katil cium peluk anak semua kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi: takut baca..


Memang takut kalau antibodi tak kuat dan kronik tapi mostly beratus ribu yg kena tu sembuh dan tak bergejala
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:44 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-1-2021 06:31 AM
Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi maka ...



.. kat maeps tu yang tidak bergejala ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih: Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi makan hari2 masa kat pusat kuarantin maeps tu.. Dia  ...


Hari tu ada baca kisah pesakit covid, dia kata kalau peringkat 4&5 ni yang doktor kena bagi ubat tambahan special sebab tahap teruk, tapi pesakit peringkat 3 ke bawah ni masih boleh dirawat seperti pesakit biasa. Seeloknya tetap jumpa doktor untuk tahu tahap virus covid, kalau doktor bagi buat kuarantin di rumah, elok je buat kat rumah sebab hospital dah sesak takut makin teruk. Tapi kena betul2 kuarantin, jangan keluar sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick: Suami n anak2 tak jangkit pulak drpd dia ye..6 hari jgk from first symptom dia duk rumah tak bgtahu pulak dia mmg self quarantine from suami n anak2 k ...


Mungkin antibodi badan suami dan anak2 dia lebih kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
[quote]helicornia: pening baca ayat dia dh le panjang.campur eng bm pastu perenggan pun takde. apa dia nk citer sebenarnya pun tk tau. nk citer pengalaman covid dr A

Ok je aku baca. Baca betul2 dan hadamkan macam baca buku cerita kanak2. Memang panjang tapi aku suka panjang2 ni. Banyak dia punya info berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapati dia lambat dapatkan rawatan. Simptom2 awal dia alamo pada 24 dis, tapi dia pergi dapatkan rawatan pada 30 dis. Jangan tunggu ada cuti, terus pergi hospital atau call ambulance. Kena sedar diri dah ada simptom2 covid maka kena cepat bertindak, tahap 4 & 5 sangat berbahaya. Dia bernasib baik nyawa dia Allah bagi panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 08:22 AM | Show all posts
Mopiko replied at 18-1-2021 01:26 AM
kesiannya.dah sembuh tapi kena radang paru2 pulak..bertabahlah sis

memang seksa....rasanya semua mati sakit
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Respect pada 2 org jururawat seperti yg diceritakan dlm artikel ini. Anda memang hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:30 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-1-2021 06:31 AM
Ada sorg patient buat Q&A pasal pengalaman kena covid ni.. Ada follower tanya ubat apa doc bagi maka ...

Boleh jadi jugalah. Sebab ada terbaca kalau pesakit covid ni diberi antibiotik ia akan menguatkan ketahanan virus tu sendiri. Hanya sebilangan saja yang perlukan antibiotik.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 18-1-2021 07:44 AM
.. kat maeps tu yang tidak bergejala ...

Tak semestinya.. Yg buat Q&A ni mmg bergejala.. Tapi disebabkan hospital penuh, so kena transfer ke maeps
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.898971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list