Setiap latar belakang kerjaya tidak dapat lari dari tekanan kerja termasuk lah guru di sekolah.
Lazimnya, para guru terkenal dengan sikap sabar dan penyayang kerana bukan mudah menghadapi 1,001 perangai murid sekolah dan sudah pasti mereka juga mempunyai sikap rasional sesama rakan sekerja jua.
Jarang sekali kita lihat protes para guru di negara kita, tapi lain pula ceritanya dengan guru-guru di SMK BB Seri Petaling seperti dikongsi pengguna akaun Twitter ini.
Berdasarkan kain rentang itu, para pendidik di sekolah berkenaan menggelarkan Puan Pengetua Norwaja Binti Nordin sebagai 'pengetua mental' dan menggesa pihak atas memindahkan segera pengetua itu.
Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warga maya termasuk bekas pelajar pengetua itu sendiri.
Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1
Salah guna kuasa pengetua/guru besar memang wujud
Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1
Kenapa tak bersemuka sebelum gantung banner?
Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1
Nak timbulkan kontroversi ke?
Kredit Foto - Twitter Mxstaqim1
Jika difikirkan, siapa yang sanggup untuk bekerja dalam persekitaran toksik? Manusia toksik di tempat kerja bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana mereka adalah golongan pembuli mental dan fizikal yang boleh dikatakan profesional.
Malah, dalam diam mereka membunuh mental dan kemampuan orang lain. - CARI
|