View: 4388|Reply: 25
|
[Dunia]
Lelaki pecah saluran pernafasan akibat tahan bersin
[Copy link]
|
|
Lelaki pecah saluran pernafasan akibat tahan bersin
Agensi
Januari 10, 2021 10:54 MYT

Anak panah menunjukkan angin yang keluar (warna hitam) di kawasan tisu lembut. - Foto MedIzzy Journal
SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.
Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.
Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.
Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.
Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.
Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.
Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.
Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.
Jadi tolong jangan tahan bersin anda! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau nak bersin.. Bersib saja.. Tapi sila brrsin dlm mask. |
|
|
|
|
|
|
|
dan bersin membongkok kelantai
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 10-1-2021 12:13 PM
dan bersin membongkok kelantai
Jgn lupa lap tangan dgn sanitizer wipes.. |
|
|
|
|
|
|
|
uiii bhya. prnah tahan bersin sbb dlm lif terus rasa xslesa dlm telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
cara tak nak bagi bersin, tutup hidung/tahan nafas |
|
|
|
|
|
|
|
pernah terbaca tekak pun boleh pecah kalau menahan bersin.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak pakai mask... bersin dalam baju... atleast takde la kita spread pada orang lain... walaupun still tak di galakkan... |
|
|
|
|
|
|
|
fienamie replied at 10-1-2021 01:51 PM
cara tak nak bagi bersin, tutup hidung/tahan nafas
Kau ni baca ke tidak?
Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
bersin je lah bt apa nak tahan
tp klu buang angin tengok sekeliling dulu klu dlm lift tahan dulu kesian kat orang yg berhampiran  |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Pecah Saluran Pernafasan Akibat Tahan Bersin
Anak panah menunjukkan angin yang keluar (warna hitam) di kawasan tisu lembut. - Foto MedIzzy Journal
SEORANG lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.
Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.
Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.
Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.
Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.
Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.
Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.
Pakar kesihatan di hospital itu berkata tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan.
Jadi tolong jangan tahan bersin anda!
Sumber : AstroAwani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huhu time covid ni kalau kau bersin org pandang lain mcm je..
N please la cover mulut.. ada manusia xde common sense main bersin depan muka orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kat luar, kalau nk bersin, mmg aku lari jauh2 Dr org ramai.. Paham2 lah covid ni, nanti semua org tgk mcm kita pesalah |
|
|
|
|
|
|
|
Besar impak rupanya sbb tahan bersin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak penah tahan walaupun iols sejenis bersin berpuluh kali sehari disebabkan ada alahan.
Terutama waktu pg sejuk, time sapu sampah bagai.
Kadang2 g lepaskan kuat2 bersin sbb bengang tak larat asik duk bersin hahah.
Penah gak time bersin tiba rasa sakit kat perut dia cam tekanan apatah tp mmg sakit gila seolah ada kecederaan kat otot situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus info ni... aku pun kalau bersin mmg menahan. Puncanya xnak ganggu org lain. Tp hati2 dengan bau bersin ni... Mmg menyengat..  |
|
|
|
|
|
|
|
Bersin kan salah satu cara sistem badan "buang penyakit"... Lagipun bersin ni nikmat! Kalau bersin tak menjadi, terus rasa lain macam.
Siapa ada sakit tulang belakang, memang sengsara bersin ni. Macam dia tarik urat sampai nak putus!
Dan jangan sesekali bersin sambil jegilkan mata... Boleh terpelanting biji mata! |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah i pernah tahan bersin, rasanya banyak kali jugak selalunya i bersin bila makan makan pedas, kalo x tahan habis naik haba cili tu sampai ke pangkal hidung, bahaya rupanya tobat xnk buat lg |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya tahan bersin. Tapi musim covid19 ni ramai nak bersih atau batuk pun rasa bersalah sebab takut orang salah sangka. |
|
|
|
|
|
|
|
2 years ago i pernah tahan bersin. sebab masa tu i exam dalam hall yang sangat besar dan hujan renyai-renyai. i tahan bersin dengan menutup hidung dan mulut i.
lepas beberapa saat i rasa telinga i berdengung. sebab continuosly i rasa tak sedap di bahagian telinga. i jumpa doctor. doctor kata gegendang telinga i terluka sedikit. sejak dari hari tu i ak akan tahan atau tekut hidung mulut semata-mata tak nak ganggu org. |
|
|
|
|
|
|
| |
|