View: 27058|Reply: 243
|
[Tempatan]
Edisi hobi kami mahal : wanita maut dirempuh lori usai berbasikal di putrajaya.
[Copy link]
|
|
Edited by willow12 at 21-12-2020 12:06 PM
Sumber: berita harian
PUTRAJAYA: "Saya nampak macam ada benda tergolek, ingatkan barang terjatuh daripada lori sebelum saya bunyikan hon berulang kali bagi memberhentikan lori berkenaan," kata Mohd Shukri@Budiman Hassan.
Mohd Shukri ialah saksi utama kemalangan membabitkan penunggang basikal dengan lori di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, kira-kira jam 9.40 pagi tadi.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Shukri berkata, dia ketika itu baru pulang dari berjoging dan memandu kenderaannya menghala ke rumahnya di Presint 11.
Katanya, kenderaannya berada di belakang lori berkenaan yang dibawa perlahan.
"Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti (daripada bergerak).
"Apabila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Shukri berkata, beliau memeriksa kawasan di sekitar dan menemukan mangsa, lalu memeriksa nadinya yang didapati amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.
"Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao mengesahkan kemalangan itu dan kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
"Buat masa ini siasatan masih dijalankan dan kita sudah menahan pemandu lori berkenaan untuk bantu siasatan," katanya.
Kat grup whtsapp taman iols kata, wanita itu dtg dari subang jaya sorang diri. Takde pula maklumat dia dtg naik kenderaan lain atau pun mmg berbasikal dari subang jaya.
Apa2 pun takziah kpd keluarga mangsa. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun. Berhati-hati masa bawa basikal tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu .hari ni hujan renyai renyai pon aku tgk ada jer yg berbasikal..kalo budak budak boleh la nak tego..ni katehori apak apak dah....takziah family mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa yang amateur ni automatik bodoh ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dok lorong kanan plak tu...
Erm...je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar kabar dari seberang sana nak tukar lane..
Kalau iya pun tolak la basikal lintas dulu jangan kayuh tepi divider tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kayuh kasaorangan kah arwah adik ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tadi merayap ke putrajaya dgn kereta. Rasa nak langgar je basikal ketepi ketengah 2-3 org tertonggek tonggek. Kosser. Semak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tragedi ni jadi pengajaran kpd cyclists yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf cakap aku tengok geng2 basikal memalam kat tepi persiaran utara tu pun dah geleng kepala. Putrajaya ni jalan dia kosong tu yang bagi false sense of safety maybe to some people.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cyclist ni toloooong la pakai baju kaler terang, beskal tu letak la lampu liplap. Hari tu aku nyaris nak terlanggar sekor. Dah le dekat nak maghrib, jalan gelap pulak tu. Kang kalau mati kat situ x memasal berantu pulak jalan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah.. lori x nmpk ke caner!? |
|
|
|
|
|
|
|
Weekend yg lepas kat tempat aku selonggok conquer jalan. 1 lane tu diaorg je. Mcm lahanat perangai sekor2! Ehhh siap tok ketua dia angkat tangan tahan kereta sebab diaorang nak jalan. Waddehek sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai lampu lip lap tu akak sangat satuju. Selepas ini adik2 cyclist membeli lampu liplap di ikea seperti lampu liplap yang dipasang semasa hari raya aidilfitri..
ikat dan lilit lilit pada basikal supaya kelihatan dari jauh lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..semoga terampun segala dosa
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika pemasangan lampu lip lap juga tidak berkesan,
adik2 cyclist boleh guna cara motosikal yang memasang lagu max volume juga.
satu batu lagi pengguna jalan raya sudah boleh tahu akan kelibat adik2 cyclist
jadi mereka akan lebih berhati2 |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ms dia eksiden berbasikal tu sejenis pakai melekap2 terbonjol sana sini dgn skirt pendek mcm hijabistas pi cycling?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Facebook, saksi tulis rider tu yg terbabas sendiri. Dia ikut lorong kanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..pg td i nk g kerja pun ramai geng2 dorg ni menyelit..tlg la p cycling tmpt takde org |
|
|
|
|
|
|
| |
|