CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6303|Reply: 29

Berkat Susah Senang Bersama Isteri, Lelaki Syukur Dari Proton Wira Kini Guna Mer

[Copy link]
Post time 16-12-2020 03:02 AM | Show all posts |Read mode



Setiap pasangan pasti memiliki pengalaman pahit manis dalam menjalani rumah tangga yang dikongsi bersama pasangan masing-masing.

Begitulah seperti yang dikongsi oleh suami kepada seorang selebriti media sosial Adira Salahudi iaitu Ammar Azizan dalam sebuah posting di laman Twitter miliknya.

Menceritakan tentang kisah sewaktu dari sebelum perkahwinan mereka berdua sehingga sekarang, Ammar telah memuat naik gambar ‘posing’ di hadapan kereta lama dan kereta baru mereka.




“Dari bercinta tahun 2013 pakai wira turbo. Alhamdulillah lepas kahwin dapat rezeki tukar kereta dapat anak hagemaru. Bersyukur sangat,” tulis Ammar.




Difahamkan, sejak bercinta dahulu pasangan ini menggunakan kereta model Proton Wira. Selepas berkahwin, berkat daripada penat lelah mereka menguruskan perniagaan, Allah murahkan rezeki mereka menimang anak dan juga kereta baru.

Hasil perkahwinan dengan Adira, yang pernah digelar Song Ji Hyo Malaysia gara-gara wajahnya mirip dengan aktres terkenal dari Korea, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Adam Arsel Dimar.

Justeru, rata-rata netizen memberi ucapan positif dan memuji kecomelan ‘Hagemaru’, nama usikan anaknya Arsel selain tumpang gembira dengan perjalanan hidup mereka.


Alhamdulillah comel hagemaru ni






Rezeki lepas kahwin tu ada






Susah nak cari wife susah senang bersama!






Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerja keras dalam mencari rezeki, kini mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan. Tahniah buat pasangan ini.




Sumber: Twitter Ammar Azizan/OhMyMedia











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la ukuran kejayaan manusia ni terletak pada jenama kereta yg dipakai?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm kulit laki ya.. Cucuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:43 AM | Show all posts
Kurex replied at 16-12-2020 03:11 AM
Kenapa la ukuran kejayaan manusia ni terletak pada jenama kereta yg dipakai?????


dekat sini je kot..europe sana mostly kereta biasa je walau bisnes juta2. yg penting insurance tiptop. aset lain tiptop..pembelajaran anak2 pun semua tiptop




Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dah bercinta dari umur 16, mmg la drive kete capuk..
I dulu gi deting naik lrt n ktm kau masa uni..
Malas nak komen lebih sbb baru setahun je kawin.. semoga berbahagia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
berkat forex
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2020 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting bju tetap sama walaupun dh tukar kereta yg disewakan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
whoareyousss? ko keja apa nyah? lhdn bayar tak tiap2 tahun? jangan ko dok gegeh menayang segala hujung2 kantoi scam duit orang jahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 07:20 AM | Show all posts
Kurex replied at 16-12-2020 03:11 AM
Kenapa la ukuran kejayaan manusia ni terletak pada jenama kereta yg dipakai?????

aku ada seorg yang aku kenali, family ni ada seorg aje anak perempuan if ada lelaki nak kenal anak dara dia soalan yg biasa dgr.. dari mulut mak dia "pakai kete apa" "rumah dah beli/ besar atau kecik" "berapa simpanan kau ada" perghhh aku pun fikir mcm ini lah manusia ukuran kejayaan dengan harta benda dgn meterial ni semua boleh jamin anak dara dia hidup bahagia oh my god...donia donia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita nampak life dia kat alam maya je ok tapi kita tak tau apa yg dia lalui...

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Perniagaan apa yg ko uruskan . Org skrg ni suka show off kt socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
yusryimran replied at 16-12-2020 07:20 AM
aku ada seorg yang aku kenali, family ni ada seorg aje anak perempuan if ada lelaki nak kenal anak ...

Nk buat camne. Dah ramai yg bersifat materialistik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 07:46 AM | Show all posts
AshKetchum replied at 15-12-2020 11:14 PM
whoareyousss? ko keja apa nyah? lhdn bayar tak tiap2 tahun? jangan ko dok gegeh menayang segala huju ...

kan.. macam budak pompuan yang gigih upload caption pakai merc merah.. kononnya hasil titik peluh bagai.. hujung-hujung, netizen bongkar pasal scam kutu iphone..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kan influencer..korang mmg la tak kenal sbb korang dah kertu..mana kenal budak bbnu dapat paid review memahal..

Modus operandi dia dan geng2 dia mcm jgk hafiz maahad tu ..
UP BINI..BELI HADIAH BINI ..ROMENTIK...SUSAH SENANG DGN BINI PALING PENTING MUKA HELOKKK LA XHELOK KORANG PON LEH JADI INFLUENCER..AHAX
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
yusryimran:    aku ada seorg yang aku kenali, family ni ada seorg aje anak perempuan if ada lelaki nak kenal anak dara dia soalan yg biasa dgr.. dari mulut mak dia ...

Ya lorrr..takde keta,takde umah,takde simpanan,larat ke anak dara orang nak kenyang dengan cinta jer.realiti hari ni nak segala benda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan m.o anak didik mamat tu ka..dah stat nak  up cita sedeh zaman dulu..class depa yg terbaru kut..suma pakat2 duk cerita zaman dulukala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 08:54 AM | Show all posts
bosannya.. perjalanan masih panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 09:20 AM | Show all posts
Tak cerita pula dia meniaga apa. Cepat sangat hidup mewah macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:26 AM | Show all posts
Kowser melayan golongan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 12:31 PM | Show all posts
tunggu la aku laki bini ade modal kami nk suntik badan kasi cerah laki bini..gi estetik klinik kasi mancung skit hidung aku nk besarkan boobies biar jadi hijaboobies baru nk jadi influencer couple..

BLEH GITTUHH??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068129 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list