CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 14

Selalu Tukar Span Cuci Pinggan

[Copy link]
Post time 14-12-2020 09:16 AM | Show all posts |Read mode


Span pencuci pinggan sememangnya menyimpan banyak bakteria kerana selain tandas, dapur mengumpul paling banyak bakteria. Ia perlu ditukar tiga minggu sekali kerana penggunaan yang terlalu lama akan mengumpul pelbagai bakteria.

Merendam span di dalam air sabun, boleh menjadikan span lebih kotor dari tandas kerana kuman akan melekat pada span tersebut.

Ia boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-cirit.

Berikut adalah tiga tips bagi membantu anda mengelakkan bakteria pada span.

1. Jangan guna span untuk semua kotoran



Jangan guna span untuk menggosok sisa makanan yang sudah berbau, kotoran dari buah dan sayuran, atau kotoran dari haiwan peliharaan. Pendek kata, jangan guna span yang sama untuk semua jenis kotoran.

Gunakan span yang berbeza untuk setiap cucian seperti untuk mencuci pinggan mangkuk, membersihkan meja atau untuk mencuci kotoran lain.

Cuci tangan sebersihnya menggunakan sabun cuci tangan selepas menggunakan span.

2. Basuh atau keringkan

Cuci span setiap kali selepas digunakan. Ia boleh membantu mengurangkan sedikit kuman dari span.

Membersihkan span dalam microwave adalah cara paling efektif untuk membunuh bakteria. Namun, perlu diingat, span sintetis, logam dan yang kering mudah terbakar, jadi perhatikan suhunya.

Anda juga boleh mengering atau menjemur span selepas digunakan. Bakteria menyukai air dan tidak akan membiak dalam span kering.

3. Bersihkan atau sering tukar span

Walaupun sudah melakukan pencucian dan pengeringan, namun ia bukan hasil seratus peratus tiada bakteria pada span.

Bakteria dapat bertahan dan melindungi diri mereka dalam sisa makanan, oleh itu bakteria memang sukar untuk dibersihkan.

Maka, ganti span tiga minggu sekali atau apabila sudah terlalu kotor dan berbau.

Memang sukar untuk mencipta kebersihan di dalam rumah namun usaha yang sedikit ini mungkin dapat membantu mengelakkan keluarga tersayang dari serangan penyakit.

Paling penting, pilih pembersih dan span yang cepat kering serta mempunyai permukaan yang kecil untuk mengelakkan pengumpulan banyak bakteria.

Selain span, kain lap pinggan atau kain mengesat tangan juga harus sentiasa ditukar. Begitu juga dengan sikat rambut, tukar atau bersihkan selalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 09:21 AM | Show all posts
memang selalu tukar span, bakteria suke mende lembap2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:24 AM | Show all posts
Nice info TT, boleh dimanfaatkan dan terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak guna span, aku guna ala2 jala tu...aku rasa lagi bersih cuci pinggan apa...malam2 selepas selesai semua cuci apa yg patut dicuci..aku akan rendam dgn air panas jala tu...esk pagi sebelum nak guna pun akan buat benda yg sama.

air sabun pencuci pinggan pulak, kalau aku guna utk cuci pinggan makan...aku akan tukar baru sebelum cuci bekas minuman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 12:59 PM | Show all posts
Aku memang tukar biasa sebulan sekali... guna Scotch Brite yang sponge pink lubang pastu ada penyental sekali melekat tu.. Mahal kedaung 1 dekat 8 hinggit... biasanya uag tukau tu akan digunakan utk basuh sinky atau tumpahan2 dilantai so gitu ler sterusnya every month
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 03:03 PM | Show all posts
buragazz replied at 14-12-2020 12:59 PM
Aku memang tukar biasa sebulan sekali... guna Scotch Brite yang sponge pink lubang pastu ada penyent ...

berapa lama boleh tahan sponge tu? iols pun guna scotch brite tapi yang biasa hijau kuning tu. boleh la tahan sebulan lebih je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2020 04:22 PM | Show all posts
lil_honey replied at 14-12-2020 03:03 PM
berapa lama boleh tahan sponge tu? iols pun guna scotch brite tapi yang biasa hijau kuning tu. bol ...

Sebulan.. pernah try Mr.DIY punya dua tiga kali sental tercabut yang span sental ngan span lembut tu.. hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 02:57 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Walaupong sedap guna span tapi rasanya lebih cuci kalau guna jaring pembasoh tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2020 08:19 AM | Show all posts
aku tak amik sesuatu urusan tu terlalu detail hingga menimbukan kesulitan. basuh aja apa adanya..span tu selalu dibilas lepas diguna terus. apa yg mushkilnya. jgn terlalu risau pada benda remeh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 02:26 AM | Show all posts

Hmmm...

Edited by AceHand at 17-12-2020 09:31 PM
buragazz replied at 14-12-2020 12:59 PM
Aku memang tukar biasa sebulan sekali... guna Scotch Brite yang sponge pink lubang pastu ada penyent ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Ini aku tak pernah guna... Mungkeng aku boleh cuba...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 07:12 AM | Show all posts
AceHand replied at 17-12-2020 02:26 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Ini aku tak pernah guna... Mungkeng aku boleh cuba...

Mahal la sikit.. Harga dia boleh beli 3 span kuning ada penyental hijau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 02:17 AM | Show all posts

Hmmm...

buragazz replied at 18-12-2020 07:12 AM
Mahal la sikit.. Harga dia boleh beli 3 span kuning ada penyental hijau tu...

[AceHand SPECTaceLAR]

Tapi basoh pinggan pong nak selesa jugak... Baru rajin siket...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 07:12 AM | Show all posts
AceHand replied at 20-12-2020 02:17 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Tapi basoh pinggan pong nak selesa jugak... Baru rajin siket...

Kann... kang klu ada kesan minyak la lagi mensirap...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2020 11:33 AM | Show all posts
kita guna cuci pinggan macam jala tu..
biasa rendam clorox dan air panas..
kalau rabak baru buang
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 01:37 AM | Show all posts

Hmmm...

buragazz replied at 21-12-2020 07:12 AM
Kann... kang klu ada kesan minyak la lagi mensirap...

[AceHand SPECTaceLAR]

Inilah salah satu sebab aku tak suka barangang plastik... Kalau menda berminyak susah mau cuci...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.085492 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list