View: 9521|Reply: 59
|
Dah Lima Tahun Tam Spider Tak Dapat Royalti, Apa Cerita Ni RPM?
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan komposer terkenal, Tam Spider yang juga ahli Recording Performers Malaysia (RPM) mengakui sudah lima tahun tidak mendapat bayaran royalti daripada badan itu.
Tam berkata, dia hanya menerima bayaran royalti untuk tahun 2014 dan 2015 sebanyak RM7,000 kira-kira tiga bulan lalu.
"Untuk tahun 2016 sehingga tahun ini, tidak tahu bila pula akan dapat. Apa saya perasan dalam RPM ini, kalau ada pihak yang desak dan bising, baru mereka bayar. Kalau tidak, memang akan diam terus. Malah, jika ada pun, kadang-kadang mereka diamkan juga.
"Ketika ia dikawal Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) sebelum ini pun sama juga. Apabila RPM diwujudkan, konsepnya lebih kurang. Mereka ada buat kutipan, tapi tidak diagihkan kepada ahli mengikut waktu yang sepatutnya. Bayangkan, sewaktu ia dikendalikan PRISM, saya pernah mendapat bayaran royalti sebanyak RM200 ke RM300 sahaja setahun. Kalau ada keluhan baru dinaikkan sikit," katanya.
Foto: Google
Tam berkata, isu royalti tidak sepatutnya timbul selain berharap siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyelesaikan kemelut yang melanda.
"Kita ada banyak persatuan pengkarya dan karyawan untuk mewakili penggiat seni, tapi seperti tak berfungsi. Bagi saya, isu ini tak patut timbul sebab ini hak anak seni dan harta intelektual. Saya tahu badan yang diwujudkan ini ada sistem, jadi ia patut berjalan lancar.
"Apabila timbul isu ini, kita nak tahu saluran betul untuk suarakan hak. Memandangkan ini adalah hal belakang tabir, kalau boleh kita pun tak nak jadi isu besar. Jadi ia perlu diuruskan dalam keadaan baik.
"Namun, jika majoriti ahli bising, pasti ada sesuatu yang berlaku. Cumanya, apabila sudah sampai ke peringkat SPRM, saya berharap perkara ini akan selesai. Kasihan pada pemuzik lain yang berhempas pulas, tapi tak dibayar," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendesak Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid meletak jawatan berikutan kegagalannya menyelesaikan isu royalti artis.
Freddie berkata, Sheila sudah tujuh tahun menjawat jawatan itu, tetapi isu royalti belum ada kesudahan sehingga kini.
Kemudian, SPRM menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis kelmarin bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.
Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).-CARI
Sumber:Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_sindarella at 27-11-2020 12:59 PM
Masa kerja kt butik lama.. boss first time nak involve fesyen show. Suruh i cari lagu melayu nak buat catwalk sesuai ngan koleksi baju sopan kemelayuan...
Bagi music dekat organizer.. organizer suruh tukar lagu. Dia ckp jgn pakai lagu melayu. Sebab leceh. Nnt kalau ada orang industri kat event show.. nnt dia claim kena bayar royalti. Last last tukar... Ambik lagu kety peri. Hahahaa.
Tak sangka time kutip rajin. Tp tak sampai plak pd tuan punya lagu. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ira_sindarella replied at 27-11-2020 12:58 PM
Masa kerja kt butik lama.. boss first time nak involve fesyen show. Suruh i cari lagu melayu nak bua ...
Baru iols paham kenapa rwstoran suka pasang lagu omputih
Paling tak.boleh lupa..kfc pasang lagu mahligai dari air mata by lestari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ke hari ni aku tak faham kaedah bayaran royalti ni..
1. Sampai bila seseorang artis tu layak mendapat royalti? Macammana pembahagian percent? Penyanyi, pencipta, penerbit..
2. Berkenaan hak cipta, publishing/ recording company pegang hak cipta sampai bila?
3. Ada dengar juga, artis tak boleh persembahkan karya nyanyian sendiri kerana terikat dgn isu hakcipta dari sykt penerbitan..
Isu ni, bukan hanya isu kat Malaysia, tapi seluruh dunia.
Harap sapa2 dalam industri boleh bg pandangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
najib888: Sampai ke hari ni aku tak faham kaedah bayaran royalti ni.. 1. Sampai bila seseorang artis tu layak mendapat royalti? Macammana pembahagian percent? P ...
Yup me too. Can someone in industry explain please
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Sheila Majid... makan gaji buta keee |
|
|
|
|
|
|
|
RPM takde duit ke tu...Tak baik buat macam tu, sampai kena tagih datang tuntut royalti. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Sheila dah kena serbu SPRM kan kelmarin? |
|
|
|
|
|
|
|
sokmogitu replied at 27-11-2020 07:57 PM
Tok Sheila dah kena serbu SPRM kan kelmarin?
Acik forever menyampah dgn silamajid perasan namampos neh
Mak heshe fefeling kerabat chuols puikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
so maknanya mmg AIM pun berkubur je la di angin lalu.. sedihnyaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara leluhur aman2 buat Anugerah Musik Indonesia 2020 smlm...di saat AIM macam berkubur tanpa nisan |
|
|
|
|
|
|
|
Lama beno,tak kan nak tunggu smpai 10thun kot |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu dia jarang2 orang mainkan dah, macam logik jugak royalti 7k tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 27-11-2020 08:37 PM
Lagu dia jarang2 orang mainkan dah, macam logik jugak royalti 7k tu.
Tak juga. Kerap je iols dengar lagu heols compose kat radio like Janji Kita-Spin, Bertakhta Di Hati-Faradhiya, Peneman-Hazama n few others. Kalau lagu spider memang jarang dah dengar di radio |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha retis, nak wat camana? Memanjang nak hidup mewah, tapi dia lah victim paling teraniaya seantero planet. They are always in a character, any character, you name it. |
|
|
|
|
|
|
|
I terbaca dh 5 thn xpakai spender |
|
|
|
|
|
|
| |
|