View: 11277|Reply: 129
|
[Tempatan]
Anugerah Bintang Popular ABPBH Tidak Termasuk Dalam Aktiviti Terlarang PKPB - Is
[Copy link]
|
|
Beberapa hari lepas, timbul isu mengenai pelaksanaan SOP PKPB di mana netizen menggesa kerajaan membatalkan acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Menjawab persoalan tersebut, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memberitahu sebarang acara langsung yang membabitkan industri kreatif tidak termasuk dalam aktiviti larangan di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada Mei lalu.
Menurutnya ia termasuk penganjuran acara Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung esok.
Sebelum ini beberapa individu dan juga organisasi telah bersuara mengenai isu ini termasuklan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang turut menyatakan pendirian agar pihak penganjur menangguhkan hasrat mereka untuk melangsungkan program ini.
PENGANJURAN PROGRAM ABPBH : DI MANA KEPRIHATINAN KITA?
1- DPPWP mengambil maklum mengenai hasrat dan keinginan penganjur untuk meneruskan acara tahunan mereka iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke 33.
2- Kami juga mengambil maklum berkaitan pengumuman pihak penganjur bahawa program tersebut tidak akan dihadiri oleh penonton dan kelab peminat, tetapi hanya akan dihadiri oleh sebilangan artis yang terbabit dan jawatankuasa acara.
3- Sehubungan dengan itu, kami menyeru agar semua umat Islam bermuhasabah kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan rahmat dan petunjuk terutama dalam menghadapi musibah Covid-19.
Kami mengambil pendirian supaya pihak penganjur menangguhkan hasrat mereka untuk melangsungkan program ini kerana memahami fasa genting yang dihadapi oleh Malaysia iaitu memerangi pandemik Covid-19.
4- Kami juga mengingatkan agar penganjur dapat merenungi Firman Allah SWT didalam Surah Al-An’aam ayat 43-44 :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ * فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul kepada umat yang dahulu, maka Kami uji mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). Maka alangkah baiknya andai mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”
5- Keputusan meneruskan program ini mengakibatkan program-program lain yang terbatal kerana PKPB akan menjadi suatu seruan baru untuk dianjurkan pula.Kami juga tidak ingin acara ABPBH ini menjadi pemangkin kepada permintaan pembukaan semula pusat-pusat hiburan yang berjaya ditutup semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dan menjadi punca kepada permintaan program lain untuk dilaksanakan.
6- Akhirnya perlu difahami, pandemik Covid-19 ini bukan sekadar perlu diperangi dengan pematuhan SOP daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi juga mestilah diperangi pada aspek rohani dengan mengamalkan hukum syariat yang betul.
Ia juga perlu dilalui dengan penuh muhasabah tatkala ramai yang terkesan daripada pandemik yang tidak tahu bila akan berakhir. Semoga Allah SWT terus memberikan kita taufik dan hidayah dalam menjadikan kehidupan kita diberkati dan dirahmati.
Kami menyeru seluruh umat Islam bersama kami dalam membantah program-program hiburan yang melalaikan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada masyarakat.
Sumber : yoy.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Waaaahhh spesel sungguh retis2 ni semua eh |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada kluster artis sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
merepeknya la... bola yang terang2 pemain je macam2 alasan kata tak boleh. bukannya ragbi nak main peluk2. masuk pun buat test la siap2 negatif ke positif. pemain tak sampai 30 orang pun. yang retis2 sah2 300 orang |
|
|
|
|
|
|
|
akan ada kluster axiata arena ??? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah arwah lobai pas masih hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 13-11-2020 02:48 AM
Jangan ada kluster artis sudah la
Aku pon terpikir mcmni... Alang kan org nk bernikah skang pon, pejabat agama benar kan 8org jer. Tu pon nikah kat pejabat agama jer |
|
|
|
|
|
|
|
Piknik xsampai 10org xblh.. Retis kumpul dgn kru backdrop dgn mc dgn sound system dgn mekap artis dan tech team yg mostly dlm 100-200org dibenarkn pula.. Bodowww |
|
|
|
|
|
|
|
Korang kena piki.anak datuk nk juga hiburan
... |
|
|
|
|
|
|
|
1.Retis=menteri
2.Bantuan nk jugak
3.Scammer xnk ngaku
4.Pakai sexy kate sibuk netizen ni
5.Tunjuk kote bukan die
Yg salah tetap rkyt marhaen, yg buat majlis kenduri, jumaat, mkn di gerai, duk dlm kereta... |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 yg dtg nanti pakai facemask tak masa red carpet tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols menteri pun iols akan izinkan jah...
dengan syarat retis2 yang iols tak suka jah yang pergi tu...
kalau boleh yang pergi retis yang asyik keluar gosip2 babi macam sambut hari jadi 100 kali setahun, sapu rumah untuk suami, suami mekapkan jadi bapok, anak asyik jatuh, tibai unta, tukar jantan buat kali ke 6, bakal berkahwin tapi tak kahwin sudah2 etc...
bagi tenggelam dek lautan terus retis2 ni... kalau ada kluster tu bonus untuk mereka di cerca lebih banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
wadoyu eskpek gaisss? Abahcow pun anaknyer retis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjangkitan belaka la yg gigih nk pergi tu.rmai yg suffering ni pkpb segala.income,emosi etc.sedap2 nk berhimpun plak.da "ditegur" Allah pon gigih semangat nk berpesta lgi.tone down la sket.kot menang ABP dapt package covid puas hati agak nye.sehari bley kta purata 700-800.bila nk trun pon tak tau.budak nk blja pon sush.bukn holistic sgt online ni.pyah bila nk blaja bukn berdpan2 ni.mak bpak pon mna yg kena wfh,mna nk ngadap ank,mana yg gaji separoh.mna yg mkn x cukup,depression n mcam2 mslah lgi la.takat otak je ada.akal tarak baik jdi burung unta! Sah2 otak pon kecik.cluster BALA by menteri2 pon x abes lgi ni oiiiii!!!
Done kesurupan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan majority Melayu moslem lebih mementingkan hiburan drpd solat di masjid. Benda2 maksiat sebegini dibiarkan berleluasa ketika negara dilanda musibah. Insaflah, takdir! |
|
|
|
|
|
|
|
@dizekni ada pergi tak nnti? Mesti dpt tiket vip sempena menjadi kerani N17 JASA. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tergelak dengar justikasi pak mail pasal retis menari ramai2 atas pentas. Canggih sangat teknologi hologram kat ibu pertiwi ni? Cgi movie pun hauk, acah2 nak buat ala2 hologram. Dah salah tu mengaku je lah..takyah nak bodohkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
dafi tercalon ke? oh agaknya jovian tgh dpt job buat baju rakan artis. rugi la kalau cancel |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]AMP0ctjrZwA[/youtube]
The outright winner tahun ini....Kak Lina pompom...anugerah artis popular BH...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|