Berbisa betul ya mulut makcik-makcik bawang. Bab judging orang, memang nombor satu. Tapi, itulah yang terpaksa ditelan oleh Kak Jenab atau nama sebenarnya Nor Hafizhatul Haq Mohd Ruslan, selama dua tahun.
Graduan dari University of Derby di England ni kata, asalnya dia memang kurang minat dengan course yang dia ambil di sana. Namun, kerana mengenangkan ibu dan bapanya, dia tetap teruskan juga pelajaran.
[size=1.6]“Masa tu saya rasa nak packing beg nak balik Malaysia. Saya menangis sebab tak ada hati untuk belajar dalam jurusan ni, tapi peluang itu diambil kerana pengajian atas tajaan. Tapi mak dari jauh pesan kepada saya untuk terus bertahan, banyakkan doa agar diberi kekuatan.” – katanya.
Bila dah balik Malaysia, dia sempat bekerja di sebuah syarikat, sebelum membuat keputusan untuk berniaga tauhu begedil secara kecil-kecilan. Tapi, bila dah dapat tahu dek orang, haa mulalah ada yang cakap macam-macam.
[size=1.6]“Ada makcik-makcik bawang kata saya gagal belajar di overseas, sebab tu lah saya balik kampung jual tauhu bergedil.”
Untuk tutup mulut-mulut makcik bawang ni, Kak Jenab post gambar konvonya di Facebook supaya mereka tahu yang dia dah berjaya tamatkan pengajian, dan bukannya gagal. Apa yang buat makcik-makcik ni jadi lagi malu sendiri, Kak Jenab sekarang dah ada sebuah kafe untuknya menjual tauhu begedil. Haa, sentap kau!
Rata-rata netizen juga memuji keenakan tauhu begedil yang dijual oleh Kak Jenab. Tak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan inspirasi mereka pada Kak Jenab.
Itulah, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena pedulikan cakap orang. Buat je apa yang kita minat dan suka. Tapi mestilah benda yang betul. Rezeki Tuhan tu ada je mana-mana. Bukan manusia yang tentukan. Yang penting kita usaha, inshaAllah mesti ada hasil.
Kredit: mStar, Twitter Kak Jenab, ohmedia.my
|