CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18968|Reply: 140

"Kuih Tinggal Satu Tapi Lokek" - Uncle Kentang Tak Jadi Sedekah Pada P

[Copy link]
Post time 14-10-2020 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih popular sebagai Uncle Kentang meluahkan rasa kesal terhadap seorang peniaga yang disifatkannya kedekut.




Gambar hiasan




Dalam satu kemas kininya baru-baru ini, dia mendakwa peniaga berkenaan terlalu berkira apabila enggan menyedekahkan baki sekeping kuih walaupun sedang bersiap untuk menutuo gerainya.






"Makcik jual nais tepi jalan rugi besar tak pandai tambat hati pelanggan.

"Dalam bekas kuih ada sekeping yang tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai.  Makcik ini tak pandai niaga.  Yang sekeping kuih itu patutnya sedekah kat saya. Tak payahlah lokek," tulisnya.


Sikap berkira ditunjukkan peniaga berkenaan membuatkan Kuan membatalkan hasratnya untuk bersedekah kepada makcik berkenaan.










Kredit foto: Facebook Uncle Kentang




"unca untuk laris niaga adalah bersedekah, ingat tu," ujarnya. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul, ada peniaga yang berkira amat. Ada sekali tu mak aku nak tapau bihun goreng 2 bungkus. Makcik tu kata bihun goreng tu kalau buat 2 bungkus ada balance lagi. Dia tanya mak aku nak tak yg balance tu, mak aku ok je. So dia buat 2 bungkus size biasa & satu bungkus lagi kecik. Tapi bila bayar kira 3 bungkus harga sama. Mak aku jenis malas nak bising2, dia bayar je la. Aku ingatkan mak aku je kena. Rupanya jiran2 pon sama gak. Nasib baik bisnes makcik tu dah bungkus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak sedekah tak payah tunggu orang buat baik ye uncle kentang. Mana tahu makcik tengah sesak nak pakai duit, dia ingat at least sorg lg beli kuih boleh la tambah 50 sen. 50 sen org miskin dgn org kaya jauh beza ye uncle. Lgpun mentaliti org sesak duit ni lain, 50 sen pun sgt berharga. So whateva the reason makcik tu tak sedekah kalau ko nak buat baik buat je. Selalu simpan sangka baik kat semua org. Iols pun selalu tgk kuih/bihun dah tinggal sejemput tp kalau org tak pelawa x payah nak masuk medsoc sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
awkward rasa baca post nih, bukan ke kita tak patut expect lebih dari yg ape kita bayar? kalau orang bagi lebih tu rezeki, org tak bagi lebih kenapa nak meroyan? ramai je peniaga murah hari bagi lebih kadang extra sebungkus nasi la sampai tak larat nak abeskan, ye la kalau kita beli 2 bungkus nasi tu maksudnya mmg nak 2 jeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ko nak sedekah kene tgu mcik tu bagi kuih free kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls pn setuju kalo nk bisnes maju xleh bkira sgt..dulu selalu beli kt satu kedai sbb husband suka asam pedas die tp perasan kalo byr mesti nk ltk sen sen kt blkg tu. Mcm 15.30, 13.70.. iolls ok je kalo die nak roundup or rounddown sen tu. Tp bila die still ltk2 tu yg trus cop die berkira hahahah. Smpai skrg ktorg pgl kedai tu kedai 15.30
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2020 04:47 PM | Show all posts
dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.

terpulang kat makcik tu nak sedekah ke x? kalau ada 10 orang  suka pau boleh gulung tikar kedai nasi lemak.

kadang2 hidup kena ada timbang rasa duduk dalam situasi peniaga. jangan duk fikir orang lain kedekut lah apa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:50 PM | Show all posts
harap lepas ni pergi kfc tengok dapat ke tak seketul ayam , tengok kfc tambat hati customer ke x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 04:51 PM | Show all posts
Isu macam ni tak bahas kan pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 04:59 PM | Show all posts
betul la uncle...ni minta sambal lebih pun minta dua posen.
aku minta tak nak kacang, bawa bekas sendiri, taknak pula dia tolak duit kertas bungkus dgn kacang tu.

mmg akak boikot dah makcik nasi lemak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa jadi macam tu? Makcik tu mungkin nak makan kuih baki tu.

Ujian datang banyak cara.. Uncle Kentang {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:10 PM | Show all posts
setuju dgn uncle ni..
nak meniaga ni kena menang hati customer.. kalau customer suka, kau jual mahal pun dia sanggup datang..

dulu ada kawan iols ayah dia kerja kantin kilang, selalu buat air berjag2, bila customer datang, tuang air terus siap.. habis je waktu meniaga (kilang ada bunyik loceng), air2 lebih tu dia sedekah terus sbb dah habis waktu, even sebenarnya boleh je jual lg..

bila ayah dia dah habis tender, orang baru yg amik alih, jenis buat air bila ada order.. mmg lgsg takde sedekah la cite dia.. sampai HR kilang tu contact ayah dia balik utk masuk tender for free.. pekerja semua mintak ayah dia balik (ni aku tahu sbb aku jumpa HR tu kat wedding)

kadang bukan apa, kalau ikut logik, mesti semua tak beli sbb nak tunggu air free tu kan, tp sbb kan ayah dia jenis tak berkira, pekerja2 situ pun segan la nak amik kesempatan.. (ini kilang zaman dulu, sebelum lambakan pekerja asing), orang melayu kan penuh adat sopan santun..

lepas tu ayah dia masuk tender ke kilang lain, kali ni ayah dia kan buat satu tong air kordial.. mmg rajin bersedekah.. hidup tak kaya raya, tp disayangi semua.. even bisnes kecik pun, takde sebab nak kedekut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju... Kaka norm suka peniaga yang xberkira kuah.. Xberkira sambal... Xberkira nasi.. Mmg akan dtg lg dan lg.. Yg jenis sambal, kuah dgn kerak goreng pun nk caj smpi rm1(seriously?) mmg kaka norma pangkah besar2 xkan dtg lg... Macam sedap sgt...

Yeah!  Puas hati dpt luah hari ni... First day pkpd. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin makcik tu nak makan... dari pagi jual.. yg lebih acik nak ngap
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.terpulang kat makcik tu nak sedekah k ...


Believe it or not ada je staff KFC even mekdi yang baik hati bagi kaka extra masa dh nk tutup biz..
Siap ckp xpela.. On the house.. Since they know they will throw it anyway...

True story. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:15 PM | Show all posts
lol.. dah makcik tu meniaga...

entah2 satu tu untuk makcik tu mkan...kot dari pagi dia x makan...
klu ko baik hati...ko beli jek la tiga2...kenapa dah nampak kuih tu satu blance ko nak amik dua jek..?
nak harap makcik tu sedekah dulu....ko dah kenapa pakcik kentang....???

klu aku walaupun asalnya nak kuih dua jek...tapi klu tgk baki peniaga tu satu jek...aku amik jugak tiga2...kira mcm tolong makcik tu meniaga...peniaga tepi2 jalan ni bukan untuk mereka jadi kaya raya...kadang2 demi kelangsungan hidup.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-10-2020 04:47 PM
dia ni siapa nak sound  orang  pasal sedekah? makcik tu peniaga.  dia bukan malaikat tahu isi  ...

Mungkin tinggal sekeping kuih tu makcik tu nak makan ke..kan..lagipun kalau meniaga kuih ni bukan semua kuih penjual tu yang punya..ada orang hantar..dia tukang jual je..dapat lah untung 10sen 2
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:27 PM | Show all posts
apasal uncle tak ambik 3 ja kuih tu bagi habis?
kenapa nak tunggu makcik tu sedekah?

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nasi lemak ke makan berat tu mybe penjual tu buat sendiri..so kalau dia kedekut tu boleh lah dicerca gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 05:27 PM | Show all posts
Cocoais replied at 14-10-2020 05:23 PM
Mungkin tinggal sekeping kuih tu makcik tu nak makan ke..kan..lagipun kalau meniaga kuih ni bukan  ...

tu lah senang2 kecam. lepas tu nak sedekah bersyarat. kalau nak bg , bagi je lah. xperlu tunggu kuih sekeping. cuba suruh dia pergi kfc? ada berani minta baki seketul ayam?

dan mungkin juga sekeping kuih tu rosak ke apa jd dia mmg xnak jual. hanya tuan badan je tahu cerita sebenar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list