View: 4361|Reply: 35
|
[Dunia]
Jibek kucing lagak ekstrem
[Copy link]
|
|
Jibek kucing lagak ekstrem
https://www.hmetro.com.my/santai/2020/10/626055/jibek-kucing-lagak-ekstrem
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 6:20 AM
Nurul Husna Mahmud
[email protected]
LENGKAP dengan alat keselamatn
PERLU bergayut dalam 'harness' kira-kira satu hingga dua jam meniti laluan berhalangan mungkin fenomena biasa bagi anda yang melakukan aktiviti lasak berhalangan di Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Namun kali ini luar biasa apabila disertai kucing jantan bernama Jibek.
Kucing dari segi tabiat, gemar tidur dan lebih suka 'melepek' di sofa atau dibelai, lain ceritanya bagi pengunjung istimewa itu apabila dibawa tuannya Azhan Dziaruddin, 39, mencuba aktiviti luncur keluang (flying fox).
Pada awalnya, Jibek kelihatan tidak selesa mengenakan 'harness' khas sepadan dengan saiznya yang mempunyai keberatan 7.5 kilogram itu mula membiasakan diri tergantung di dada tuannya ketika sesi latihan 'flying fox'.
Selain sut keselamatan itu, Azhan tidak lupa mengenakan topi bersaiz mini berwarna jingga sebagai pelindung tambahan dan reaksinya diam bersahaja mengundang rasa lucu dalam kalangan peserta yang mengikuti cabaran 'river thrill' baru-baru ini.
Kata Azhan, aktiviti bergayut atau 'flying fox' baharu pertama kali dilakukan bersama kucing kesayangannya itu menyifatkan Jibek antara 'buddy' aktiviti rekreasi paling setia apabila sering mengikuti dia ke mana-mana sejak 2017 lagi bermula dengan sukan pendakian.
JIBEK selesa bertenggek di bahu Azhan
"Jibek sudah terlatih dengan aktiviti lasak bermula dengan aktiviti pendakian dan baru-baru ini melakukan aktiviti paragliding sempena Hari Merdeka di Kuala Kubu Bharu.
"Pendedahan Jibek lebih banyak berbanding kucing lain membuatkannya tidak mudah takut selain selesa dikelilingi orang ramai. Apabila kehadirannya diterima dan haiwan itu sudah biasa melakukan aktiviti berkenaan memudahkan saya membawanya mengikuti aktiviti riadah di luar," katanya.
Menjelaskan sepanjang melakukan cabaran itu, kata Azhan, ketika 'flying fox', Jibek hanya diam dan hanya 'mengiau.'
MEMPUNYAI peminat.
"Bezanya Jibek ini berbanding dengan kucing lain ialah apabila saya kenakan harness dan gelungsur daripada satu stesen ke stesen lain, dia tidak banyak kerenah.
"Tidak menggelupur atau melompat tetapi reaksi 'dia' apabila tidak selesa akan mengiau. Mungkin atas sebab takut dengan bunyi air sungai yang deras di bawah trek tali ini.
"Mungkin juga berada dalam posisi tergantung membuatkan Jibek rasa penat dan lenguh hingga haiwan itu 'merengek.' Tetapi apabila dilepaskan di khemah sebaik selesai, saya tengok karakternya kembali seperti biasa," katanya.
Malah Azhan bersyukur sepanjang melakukan aktiviti itu, dia mendapat sokongan dan kerjasama peserta lain yang sanggup memberi laluan selain membantu sekali sekala mengendalikan Jibek.
KETIKA sesi ‘memanaskan badan’
"Saya berharap selepas ini hasrat mencuba aktiviti abseiling bersama Jibek di Sungai Pisang tercapai. Sekarang ini tengah latih supaya dia tidak takut bunyi air deras.
"Diharap Disember nanti boleh cuba aktiviti terbabit. Untuk air ketika ini saya bawa Jibek mandi sungai tiada masalah dan tidak buat ragam ketika berendam. Cuma Jibek sedikit sensitif," katanya.
Sementara itu, jurulatih rekreasi, Hazirah Herman, 21, pula bertanggungjawab membantu Azhan, mengakui tugasnya memastikan posisi dan postur selesa serta selamat bagi Azhan dan Jibek.
"Apabila diberitahu ada peserta istimewa iaitu kucing akan sertai aktiviti flying fox memang teruja sebab saya sendiri peminat haiwan itu. Memang terhibur tengok Jibek diam sahaja pakai 'harness' dan topi keselamatan.
AZLAN (kanan) memberi sijil sebagai tanda melepasi cabaran di Skytrex.
"Apabila bergayut sekali sekala dengar suara mengiau tidak pasti sama ada itu jeritan ketakutan atau cara ekspresi gembira. Pada saya situasi itu memeriahkan lagi kumpulan peserta dan mereka bertambah semangat apabila lihat Jibek berjaya lepasi setiap cabaran," katanya.
Hazirah menyarankan teknik 'Butterfly' bagi mengelak berpusing-pusing ketika menggelongsor selain meminta Azhan sesuaikan kedudukan badan selesa buatnya setiap kali melepasi halangan," katanya.
Sementara itu Pengurus Skytrex Azlan Idrus berkata, ia satu pengalaman baharu buat pusat rekreasi termasuk pasukannya untuk mengendali peserta dalam kalangan haiwan peliharaan.
"Dalam norma baru, kami mengehadkan hanya 15 orang sahaja bagi setiap slot dan trek. Ketika ini hanya 'river thrill dan 'rapid extreme' dibuka dan 'double dare' ditangguhkan seketika.
SELAMBA muka Jibek ketika menyeberangi trek.
"Sejak kami beroperasi, ramai yang berkunjung dan kami hanya membuka lima slot untuk setiap trek pada hujung minggu. Sebaiknya mereka mahu melakukan aktiviti di pusat ini kena tempahan secara atas talian.
"Terutama kalau ada permintaan istimewa seperti kami lakukan pada Jibek, kami ada persiapan tambahan iaitu tali keselamatan membantu dia tergantung sama. Apabila Azhan ada harness khas, tugas kami menjadi lebih mudah," katanya.
AKSI Jibek ketika diberi snek.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Jibek tak jatuh atas batu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sungguh si jibek ni |
|
|
|
|
|
|
|
kucing aku bawak masuk keter nk pegi vet pun sampai terkencing2 |
|
|
|
|
|
|
|
patut rakam mcm mana rupa jibek masa flying fox..
|
|
|
|
|
|
|
|
jibek ni memang extreme
dulu dah cover cite pasal dia
macam mana la owner dia tadah bahu bawak 7.5kg tu merata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Comel dia.. Dgn muka samseng dia. |
|
|
|
|
|
|
|
beratnya ko jibek 7.5kg... makan ape lettew... |
|
|
|
|
|
|
|
Jibek boleh berjodohan dan Joyah iols yg suka jugak aktiviti lasak, tak suka dibelai, garang, suka bergaduh |
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm kucing aku. tapi takde la bawak pegi extreme.
berat pon lebih kurang.
adeh rindu ayang kat rumah. berat dah lebih berat beras lima kilo dah |
|
|
|
|
|
|
|
besar tul kucing dia,baka ape ni, |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 1-10-2020 08:09 AM
Semoga Jibek tak jatuh atas batu..
Mcm thread sebelah kan, pastu redho |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau omputih, iols suka follow ig henrythecoloradodog, ownernya suka pg camping bawa anjing n kucingnya Sama2, jrg jumpa kucing jenis dok elok bila dibawa berjalan. Kucing iols yg boleh jln pakai harness pun org jumpa selalu puji2 behave, ni kan lagi boleh bawa camping dan buat aktiviti extreme, mmg rare.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Teknik baru nk bagi popular di kalangan gadis2..untung la ada kucing |
|
|
|
|
|
|
|
untung la. kucing iouls bunyi vacuum pon dah lari. geram je. Ingat nak beli robot vacuum tapi haritu iouls tengok satu episod My Cat from Hell ada kucing stress sebab robot vacuum sampai tuan kucing kena let go robot vacuum.lelaki kalau jenis belai kucing ni insyallah penyabar orangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 1-10-2020 08:25 AM
patut rakam mcm mana rupa jibek masa flying fox..
Adoi tak boleh tahan gelak aku tengok gambar ni hahaaa...walaupun bulu dah mengerbang camtu muka tetap comel! |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 1-10-2020 09:56 AM
besar tul kucing dia,baka ape ni,
maine coon mix tabby |
|
|
|
|
|
|
| |
|