Edited by trunks at 19-9-2020 04:25 PM
Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara bahkan turut mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Senarai 30+ tempat makan best di Melaka seperti di bawah ini adalah berdasarkan pilihan orang ramai yang sering mencadangkan destinasi-destinasi ini untuk pelancong cuba sendiri keenakan makanan orang Melaka. Kalau bercuti di Melaka kelak, boleh simpan senarai ini di wall FB anda.
Menu makanan tradisional orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Namun, senarai tempat makan menarik di Melaka seperti bawah ini bukannya hanya mengkhususkan tentang asam pedas semata-mata bahkan kesemua pilihan menu makanan baik masakan Melayu Melaka, makanan western, masakan nyonya & sebagainya turut disenaraikan. Yang pasti, kalau anda bercuti ke negeri Melaka, senarai destinasi tempat makan di bawah ini akan memberi anda satu rujukan yang menyenangkan perjalanan anda. Sila bookmark untuk rujukan masa hadapan.
30+ Tempat Makan Best di Melaka Yang POPULAR Untuk Anda Cuba
1. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh & kalau nak makan kuih keria di sini tahap kesabaran perlu disemai di dalam dada. Mentaliti kena betul sebelum terjah tempat ini. Kuih keria di sini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi siap pecah panggung satu Malaya. Sedap memang sedap tapi kena sabar.
2. Asam Pedas Selera Kampung
Kalau anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas Melaka adalah wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Melaka untuk anda mencuba asam pedas asli dari Melaka dengan pelbagai pilihan ikan-ikan segar. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak untuk lauk pauk makan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam & sebagainya. Senang cerita, kalau berada di Restoran Asam Pedas Selera Kampung boleh dikatakan semua menu lauk pauk tradisional orang Melaka & negeri lain ada di sini.
3. Asam Pedas Pasar Borong
Masih cerita asam pedas. Destinasi kali ini adalah bertempat di Medan Selera Pasar Borong & di sini banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas & antara nama kedai yang popular di sini ialah Dahlia Asam Pedas & Matahari Asam Pedas. Antara cadangan yang nak diketengahkan kalau dah bercuti ke Melaka sudah tentulah asam pedas telur ikan, daging tetel & pilihan asam pedas ikan yang biasa anda lihat. Selain nasi di sini juga ada menyediakan roti canai & banyak pilihan makanan santai malam yang lain samaada bergoreng atau western food. Sesuai untuk pelancong datang ke sini untuk makan malam dengan suasana yang meriah & santai dari malam sampai ke lewat pagi.
4. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
Lokasi Kota Laksamana memang sangat terkenal dengan Asam Pedas & bahkan ada beberapa kedai lain yang turut menyajikan makanan asam pedas. Kadang-kadang keliru juga kedai makan mana yang sebetulnya menjadi bualan mulut orang. Kedai yang telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana ini memang agak besar dengan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang boleh anda rasa baik ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel & sebagainya. Setiapnya dijual secara set bersama dengan sambal belacan, telur masin & sedikit sayur. Dan hidangan asam pedas akan dimasak selepas ditempah & dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk tanah liat.
5. Aida Rich Café
Lokasinya di Ayer Keroh & kalau anda sedang berada di sekitar sini bolehlah ke Aida Rich Café yang popular dengan menu makanan orang Melaka seperti asam pedas & masakan nyonya. Suasana kedainya yang elegan & pilihan menu makanan di sini juga banyak samaada makanan santai atau makanan berat berlatar belakangkan nyonya & western. Antara menu popular di sini ialah ayam cili, ayam pongteh, asam pedas nyonya, asam pedas tetl & sebagainya. One stop centre yang tepat untuk anda mencari makanan tradisional orang Melaka di Ayer Keroh.
6. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil
One stop centre untuk mereka yang inginkan masakan kampung dengan pilihan banyak. Destinasi makan ini lebih popular dengan hidangan kari kepala ikan & juga tidak ketinggalan dengan pilihan-pilihan lauk pauk Melayu yang beraneka seperti gulai, asam pedas, masak lemak & sebagainya. Memang sesuai untuk anda singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.
7. Roti Canai Kayu Arang
Destinasi ini terletak tidak jauh dari Bandaraya Melaka sekitar 10-15 minit memandu. Walaupun menu utama kedai makan ini adalah hanya roti canai namun tidak bermakna hanya roti canai yang boleh anda makan di sini. Banyak juga pilihan makanan lain yang ada di sini seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goreng rempah & pelbagai aneka kuih muih tradisional orang Melaka. Roti canai di sini memang ada kelainannya sendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan jenis roti canai seperti roti tanpal, roti bom, roti telur & sebagainya juga banyak & yang paling rare adalah roti canai nanchos, memang lazat. Jadi kalau makan roti canai di sini memang boleh rasa asap-asap arang seperti makan satay. Rasanya memang agak lain daripada roti canai lain kalau anda memang pandai beza.
8. Mee Goreng Hassan a.k.a Mee Goreng Bodo
Walaupun nama mee bodo bukan bermakna orang yang makan bodo. Mee Bodo hanya gelaran yang diberikan oleh orang setempat kerana mee goreng yang dibuat di sini sangat simple & hidangannya pula hanya dimakan dengan telur goreng merah, hirisan timun & sambal lada specialnya. Namun, popularity warung ini memang sangat terkenal di kalangan orang Melaka & setiap pagi memang sangat penuh orang yang datang ke sini untuk merasai hidangan mee gorengnya. Mee goreng di sini bukannya digoreng menggunakan cili boh seperti di kebanyakan kedai lain tetapi menggunakan sambal yang diresepikan oleh tauke kedai ini sendiri. Sambal merah seakan sambal nasi lemak ini wajib ada di dalam mee goreng untuk memberi satu kick rasa yang lebih kaw. Telur gorengnya pula digoreng menggunakan minyak cili yang memberi warna merah keemasan & rasa yang lebih masin (tetapi masin yang sedap).
9. Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir, Melaka
Kalau anda kepingin mencari kuih muih tradisional Melayu yang akan membangkitkan nostalgia zaman muda, salah satu tempat makan menarik di Melaka yang paling ideal adalah ke Kedai Makan Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir. Dengan puluhan pilihan kuih muih tradisional Melayu, pasti membuatkan anda rambang mata nak makan apa. Selain kuih muih di sini juga popular dengan makanan berat orang Melayu kita seperti asam pedas, ayam golek & sebagainya. Memandangkan kedai ini memang popular dan hanya satu sepertinya di Melaka, makan waktu cuti atau peak hour memang full. Jadi pandai-pandailah datang awal atau datang pada waktu orang lain tak datang.
10. Roti Jhon Tarik Mael Lambung
Roti John tarik merupakan satu menu makanan yang sangat popular di sini. Kalau anda sukakan cheese makan roti john di sini adalah jawapan destinasi yang paling tepat untuk anda singgah di Melaka. Dengan menggunakan cheese mozzarella yang memang sangat jarang orang lain guna untuk buat roti john, pengalaman menarik hirisan setiap bahagian roti john lebih membuatkan kita meleleh air liur nak makan. Pelbagai makanan santai lain seperti burger turut ada di sediakan di Roti John Mael Lambung.
|