Bintang utama filem adiwira The Batman, Robert Pattinson disahkan positif Covid-19, lapor Vanity Fair.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/04/113301zcygnz7gygrcrh0a.jpg) Kredit foto: Vanity Fair
Penggambaran filem itu yang sebelum ini ditangguhkan pada Mac akibat pandemik Covid-19, dihentikan hanya beberapa hari selepas kru penggambaran kembali semula ke set di studio di luar London.
Warner Bros. dalam kenyataannya bagaimanapun enggan mengulas mengenai kesihatan pekerjanya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202009/04/113308pk4eoapipijojwvw.jpg) Kredit foto: IG Pattinson
"Salah seorang ahli penggambaran filem The Batman disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani pengasingan. Penggambaran dihentikan buat sementara," katanya. - CARI
|