Kredit foto: IG
Teruja lah peminat melihat Dr Say Shazril bergandingan dengan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Mona Allen dalam drama pertamanya berjudul Kebaya Kasut Kanvas. Mana tidaknya, dari doktor ke pentas lakonan perginya.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagramnya berserta kisah kali pertama hasratnya untuk berlakon disampaikan kepada keluarga.
Kredit foto: IG
"Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan pandangan orang.
"Yalah, 'Belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito?' Sekurang-kurangnya, itulah apa yang ibu bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat nak berlakon. Tapi, bila fikir balik, apa salahnya doktor berlakon?" tulisnya.
Kredit foto: IG
Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril bin Shaharuddin yang memegang watak Dr Zuki menzahirkan rasa syukur dipertemukan dengan pihak produksi yang sporting dan rakan artis yang banyak memberi tunjuk ajar.
"Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain?" - CARI |