Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyegerakan lesen untuk pemilik saluran YouTube.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/07/123516t12y12un6kfy7run.png) Kredit foto: FB
“Sebagai pemain industri kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan.
“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.
“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya pada sidang media diskusi Gabung Anak Seni berkenaan Akta Finas 198: Relevan Yang Terbatal? di Petaling Jaya semalam, lapor MalaysiaKini.
Ellie, 50, menegaskan langkah itu perlu bagi mengelak pemilik saluran YouTube mengaut keuntungan peribadi.
“Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.
“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif," katanya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/07/123553fn5djjaojoa3nz55.png) Kredit foto: MalaysiaKini
Pengguna Facebook dan TikTok tidak perlu bimbang kerana Ellie menjelaskan bahawa mereka tidak terbabit dengan cadangan itu dan menganggap mereka sebagai pengguna home video. - CARI |