Kredit foto: Twitter chipchipnoi
Setiap individu pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan insan tersayang.
Tweet ini menjadi viral dek kecomelan seorang bapa yang membantu anaknya menyiapkan hadiah untuk dirinya sendiri tanpa pengetahuannya.
Kredit foto: Twitter chipchipnoi
Menurut kicauan daripada anaknya ini, pada mulanya beliau ingin membuat kejutan kepada bapanya, namun terdapat pula cerita di sepanjang persiapan yang berlaku.
Gadis berkenaan ingin menghadiahkan bapanya itu jambangan bunga sempena ulang tahun kelahiran beliau. Beliau terpaksa berbohong memberitahu sedang menyiapkan gubahan ini untuk pelanggan sedangkan gubahan bunga itu adalah untuk bapanya.
Sudah menjadi sikap seorang bapa, pasti akan membantu anaknya walaupun tidak diminta. Pakcik memang comel!
Menurutnya lagi, kini hanya tinggal bapanya sahaja sejak ibunya dijemput Ilahi.
Kredit foto: Twitter chipchipnoi
Warga maya tersentuh hati melihat perkongsian ini dan berharap gadis berkenaan berkongsi saat bapanya menerima hadiah ini nanti.
Kredit foto: Twitter chipchipnoi
Banyak cara untuk membahagiakan orang tua. Ini adalah satu daripadanya. - CARI |