PELAKON popular, Erra Fazira dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi, hari ini.
Pembantu peribadinya, Sharendra Abd Razak ketika dihubungi yang mengesahkan perkara itu berkata, Erra mula mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.
"Pada awalnya dia hanya demam biasa. Dia juga sengal-sengal badan dan sakit urat. Pagi tadi, pergi hospital dan doktor sahkan dia menghidap demam denggi.
"Ini kali kedua dia dimasukkan ke wad. Kali pertama ketika melahirkan Aleesya dulu," katanya kepada Harian Metro.