|
Langsung tidak tahu dirinya bakal disaman, Boy Iman mengakui hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca berita yang melaporkan dirinya diisytihar muflis.
“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.
“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya berseloroh kepada Malaysiakini.
Kredit foto: IG Boy Iman
Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Noruliman A Rahman, 40, muflis berkuat kuasa semalam.
Menurut laporan itu, Boy Iman selaku penghutang penghakiman gagal melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.
Melalui syarikatnya DBI Technology Sdn Bhd, Boy Iman sebelum ini melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017.
"Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.
"embinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.
"Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa 'scam'," kata peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pihak yang memfailkan tuntutan terbabit.
Prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman selepas dia gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan berkenaan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|