Fathia Latiff tidak menafikan takut dengan pandangan orang ramai yang salah anggap tujuan sebenarnya kembali bertudung.
"Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti.
Kredit foto: IG
"Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi, mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka," ujarnya dalam program terbaru terbitan Astro Gempak, Lancaang Bethol.
Fathia sebaliknya menegaskan bahawa tindakannya itu adalah urusan antaranya dengan Allah.
"Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang."
Akuinya, ia bukan perkara mudah berdepan dengan kecaman demi kecaman warga maya.
"Siapa yang tak nak buat baik, kan. Jujur saya cakap, bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain, tapi kerana Allah dan diri sendiri.
"Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqamah dan doa baik-baik saja," katanya.
Kredit foto: IG
Semoga Fathia lebih kuat menghadapi ujian hidup selepas ini dan terus istiqamah. - CARI |